Langsir dan tirai adalah kemasan jendela yang paling umum kita lihat digunakan dalam rumah-rumah di Malaysia. Kebanyakan orang juga lebih suka langsir berbanding tirai kerana dengan langsir, lebih banyak gaya serta tekstur yang dapat diterapkan mengikut konsep rumah. Langsir adalah gantungan fabrik bertujuan menyekat atau menghalang cahaya dari masuk ke dalam rumah di samping berfungsi sebagai bidai privasi buat individu di dalam daripada terlihat oleh orang luar. Kadang-kadang langsir juga digunakan sebagai pembahagi ruang seperti pembahagian kawasan perempuan dan lelaki yang kita lihat dalam masjid dan surau. Langsir yang sempurna dapat melengkapkan penampilan keseluruhan kediaman dan dapat membantu mengawal suasana dan aliran cahaya semula jadi ke dalam ruang.

Jika anda sedang berkira-kira untuk memasang langsir baru dirumah, jom ikuti tip IMPIANA ini.

1. Gantung Langsir Pada Ketinggian Yang Tepat

Gantungkan langsir anda sehampir yang mungkin dengan siling untuk mewujudkan ilusi optik yang menjadikan ruang kelihatan lebih tinggi dan luas. Trik ini paling sesuai digunakan di ruang tamu. Kawasan utama ini akan serta merta nampak lebih welcoming dan terbuka untuk menerima tetamu.

5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional

2. Panjang Langsir Yang Sesuai Menyentuh Lantai

Langsir yang cantik adalah langsir yang menyentuh lantai. Langsir pendek amat tidak digalakkan kerana akan membuat ruang nampak seperti tidak siap dan janggal.  Terdapat tiga cara langsir anda patut ‘jatuh’ ke lantai dengan cantik dan penuh gemalai :

IKLAN

The Float

5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional
Jarak langsir dan lantai lebih kurang 3-4 inci sahaja. Ini sesuai untuk anda yang tidak mahu langsir cepat kotor dan untuk memudahkan kerja menyapu dan mengemop lantai.

The Kiss

5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional
Langsir berhenti betul-betul di atas lantai. Tidak lebih dan tidak kurang. Segalanya perlu lebih teliti jika anda inginkan gaya ini.

The Puddle

5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional
Langsir sengaja dibiarkan ‘melimpah’ ke lantai untuk gaya lebih elegan. Walaupun nampak leceh, tapi sebenarnya gaya ini sangat versatil.

3. Pastikan Anda Mempunyai Fabrik Yang Mencukupi

Langsir yang tepat mestilah boleh ditutup dan dibuka dengan mudah tanpa masalah. Jika anda tidak mempunyai fabrik yang mencukupi, langsir anda tidak akan dapat menjalankan fungsinya dengan baik iaitu menghalang cahaya dari luar dan sebagai perlindungan privasi. Ukuran langsir yang baik biasanya 2 atau 3 kali ganda lebar daripada saiz keseluruhan tingkap.

IKLAN

5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional

4. Gunakan Fabrik Bersesuaian Dengan Peranannya

Fabrik nipis seperti linen membenarkan lebih banyak cahaya dan tampak lebih kasual, sesuai untuk ruang santai. Fabrik yang lebih berat seperti velvet, akan menghalang cahaya dan memberikan lebih privasi.

5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional

IKLAN

5. Jangan Lupa Gosok Langsir Sebelum Digantung!

Malunya jika langsir yang digantung berkedut dan tidak kemas. Jadi pastikan anda tidak lupa untuk menggosok langsir sebelum anda gantungkannya. Barulah nampak cantik dan kemas.

5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional

Sudah sedia nak beli langsir baru ke? Jangan lupa rujuk tips yang telah kami kumpulkan ini. Selamat menghias!

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI