Suasana Aidilfitri masih lagi terasa jadi tidak hairanlah jika ramai antara kita yang sedang merancang untuk mengadakan open house. Setelah puas beraya bersama sanak saudara di kampung, kini tiba masa untuk kita meraikannya dengan menjamu jiran tetangga serta teman-teman dikota.

Sudah tentunya ruang makan akan menjadi tumpuan utama ketika rumah terbuka kerana disitu juga merupakan tempat tuan rumah menyajikan juadah SyawalJadi, untuk memastikan tetamu selesa dan gembira, kita perlulah membuat persediaan yang rapi. Penataan meja makan haruslah dilakukan dengan teliti dan bersesuaian dengan makanan yang dihidang.

IKLAN

Selain pinggan mangkuk, jangan lupa sediakan alas meja, pasu bunga, pemegang lilin dan pelbagai lagi aksesori meja makan untuk menaikkan mood dan menambahkan keindahan ruang makan rumah anda.

IKLAN

Dibawah ada saya kongsikan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menghias meja makan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri ini :

IKLAN
  1. Gunakan set pinggan mangkuk yang ringkas tapi menarik. Elakkan alatan kaca yang sumbing dan pinggan mangkuk plastik yang retak atau bocor. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada tetamu dan memberikan imej buruk kepada tuan rumah. Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’
  2. Untuk lebih mudah dan cepat, anda boleh juga gunakan pinggan dan cawan pakai buang yang biasanya dibuat daripada kertas atau plastik. Selepas digunakan boleh terus buang, tidak perlu anda nak basuh dan keringkan. Tapi seeloknya sediakan lah pinggan kertas yang berkualiti dan tidak mudah koyak kerana takut tetamu tidak selesa ketika menjamu makanan.Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’
  3. Jangan lupa sediakan tisu dan air basuh tangan disatu sudut yang mudah untuk tetamu nampak agar mereka tidak tercari cari dan minta pada tuan rumah. Maklumlah, mungkin kita busy tambah lauk atau bancuh air yang dah habis sampai tidak menang tangan nak melayan semuanya. Jadi benda kecil beginilah kita perlu peka agar momentum kita tidak terganggu.Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’
  4. Alas meja juga merupakan salah satu aspek penting untuk menghias meja makan. Pastikan ianya sentiasa kemas, bersih dan digosok sebelum diletakkan atas meja. Tapi kalau sudah namanya rumah terbuka, pasti akan ada berlaku perkara yang tidak diigini. Tambahan pula kita tidak akan dapat mengawal tetamu yang ramai serta kanak kanak kecil yang lincah. Jadi sebagai alternatif mudah, lapikkan alas plastik diatas alas meja anda yang cantik itu agar mudah untuk dibersihkan.
    Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’
  5. Akhir sekali, accessorize! Letakkan lilin wangi dan pasu bunga yang dihiasi bunga segar. Selain menarik, ia juga akan menjadikan ruang makan sentiasa berbau wangi dan segar. Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI