Kelebihan Sistem Akuaponik di Rumah, Jimat Masa & Tenaga. Sistem akuaponik ialah cara inovatif untuk menanam tumbuhan secara organik sambil mengekalkan ikan dalam sistem tertutup.
Sistem akuaponik merupakan sistem tanaman berulang di mana air di dalam kolam ikan digunakan sebagai medium membasahi tanamanl. Di samping itu, sisa dari ikan turut digunakan sebagai nutrien untuk tumbesaran tanaman.
Antara kelebihan sistem akuaponik adalah:
1. Kemudahan Pengurusan
Akuaponik di rumah memerlukan penjagaan yang lebih sedikit berbanding dengan taman tradisional. Anda tidak perlu menyiram tanaman secara manual kerana sistem ini secara automatik menyampaikan air dan nutrien yang diperlukan kepada tanaman.
2. Jimat Air
Ads
Sistem akuaponik mengurangkan keperluan air secara drastik kerana air dikitarkan di antara tangki ikan dan tangki tanaman. Ini bermakna anda tidak perlu membuang air untuk penyiraman yang berlebihan seperti dalam penanaman tradisional.
3. Pemakanan Automatik
Nutrien yang diperlukan untuk tanaman disediakan oleh kotoran ikan yang dilarutkan dalam air. Ini bermakna anda tidak perlu menggunakan baja tambahan secara berkala, mengurangkan kos dan kerja yang diperlukan untuk pemupukan.
4. Penjimatan Tenaga
Dengan penggunaan yang terkawal dalam pencahayaan, pemanasan, dan sirkulasi air, aquaponics di rumah mengurangkan keperluan tenaga secara keseluruhan berbanding dengan sistem pertanian konvensional.
Ads
5. Hasil Tanaman yang Lebih Sihat
Dalam persekitaran yang terkawal, tanaman dalam sistem akuaponik cenderung tumbuh lebih sihat dan bebas daripada serangga berbahaya, menjimatkan masa dan usaha yang diperlukan untuk penjagaan tanaman.
6. Pengurangan Penggunaan Ruang
Anda boleh mengatur sistem akuaponik di dalam rumah, balkoni, atau halaman belakang yang kecil, memaksimumkan ruang yang ada tanpa mengorbankan hasil tanaman yang baik.
IMPIANA: Sistem akuaponik di rumah menawarkan cara yang berkesan untuk menanam tanaman dengan kos yang rendah, menjimatkan masa, dan mengurangkan impak alam sekitar, menjadikannya pilihan yang menarik untuk penanaman di bandar atau untuk individu yang mencari cara pertanian yang lebih berkesan.
Apabila mesin basuh pakaian sudah lama digunakan sehingga bertahun-tahun lamanya, pasti ia sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan memberikan pembersihan yang maksimum.
Tahukah anda, masalah sedemikian boleh berlaku oleh kerana anda tidak pernah mencuci ‘drum’ mesin basuh anda sebelum ini? Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang pernah mencuci mesin basuh tetapi terpaksa berbelanja dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk terpaksa berbelanja besar jika mahu mencuci ‘drum’ mesin basuh yang sedia ada di rumah anda kerana sudah ada kaedah yang lebih menjimatkan.
Bukan itu sahaja, kaedah ini juga amat mudah untuk dilakukan, menarik bukan? Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di mana-mana cawangan kedai ECO Shop di seluruh Malaysia.
Bagi anda yang kali pertama mahu mencuci mesin basuh di rumah, anda disarankan untuk menggunakan dua paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ tersebut dengan cuma berharga RM4.80 sahaja untuk kedua-duanya.
Lihatlah hasilnya, segala kesan kekotoran terlihat setelah anda menggunakan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini pada mesin basuh. Ini terbukti serbuk pencuci ini sememangnya amat berkesan.
Anda juga boleh mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Ceritera rakya
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tip ‘spring cleaning’, elak jadi ‘hoarder’. Apa itu ‘spring cleaning’?Spring cleaning adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti membersihkan rumah secara menyeluruh, biasanya dilakukan pada musim bunga.
Tradisi ini selalunya melibatkan pembersihan yang mendalam dan decluttering untuk mengeluarkan habuk, kotoran, dan barang-barang yang tidak diperlukan. Kebiasaannya tradisi ini dilakukan sebelum masuk ke tahun baru. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sihat untuk semua penghuni rumah.
1) Pembersihan Secara Menyeluruh
Ini termasuk membersihkan semua permukaan seperti lantai, dinding dan perabot. Ini juga termasuk membersihkan kawasan yang mungkin diabaikan setiap hari, seperti di belakang almari atau sudut bilik.
2) Decluttering
Pilih barang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagi perlu dibuang atau didermakan. Ini membantu mengurangkan kekusutan dan menjadikan bilik kelihatan lebih kemas.
3) Membersihkan Tekstil
Seperti mencuci langsir, membersihkan permaidani, dan mencuci selimut atau bantal. Ini penting untuk mengeluarkan habuk dan kotoran yang tersekat.
4) Penyelenggaraan Secara Berkala
Periksa dan bersihkan peralatan rumah seperti penyaman udara, kipas atau penapis udara. Memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
5) Penyusunan Semula
Selepas membersihkan dan mengemas, susun semula ruang penyimpanan untuk memaksimumkan ruang dan menjadikan item lebih mudah diakses.
IMPIANA: ‘Spring cleaning’ bukan sekadar aktiviti pembersihan biasa, tetapi juga peluang untuk memberi perhatian tambahan kepada rumah anda dan mencipta persekitaran yang lebih bersih, selesa dan menyegarkan untuk didiami.
Dekorasi kediaman inggeris di Malaysia memang agak hebat pengaruhnya. Oleh sebab permintaan yang tinggi terhadap elemen dekorasi gaya inggeris yang tinggi, kedai-kedai jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan semada secara langsung atau dalam talian tumbuh bak cendawan. Pun begitu, masa demi masa dekorasi gaya inggeris mengalami perubahan dan beradaptasi dengan persekitaran.
Artikel berkaitan:
Minat Konsep English Kontraktor Wanita Ini Kreatif Ubahsuai Rumah Sendiri Mirip Di Overseas
Maka wujudlah konsep-konsepa gaya inggeris selain klasik dan kedesaan seperti moden inggeris atau kontemporari inggeris. Namun, ramai abaikan beberapa elemen penting dalam dekorasi inggeris. Antaranya ialah:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.