Ini 6 Jenis Sayur Umbisi Yang Mudah Di Tanam Dalam Pasu

  1. Sengkuang

Sengkuang sering kali dijadikan salah satu bahan dalam rojak buah yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Penanaman tanaman jenis perrenial memerlukan keadaan cuaca yang berkelembapan tinggi. Juga dikenali dengan nama Mexican potato, tanaman memanjat ini menghasilkan ubi yang boleh dituai dalam masa 6 bulan usia tanaman. Akarnya mampu tembus jauh ke dalam tanah sehingga anda perlu menggali dalam untuk mendapatkan hasil ubinya. Digalakkan memangkas bunganya agar pertumbuhan fokus kepada ubinya. Manakala kekacang pada tanaman ini tidak boleh dimakan kerana bertoksik.

Waktu menanam: Bila-bila masa kerana ia merupakan tanaman tropika, sesuai dengan iklim negara. Lazimnya cara penanaman menggunakan kaedah semaian biji benih secara terus.

Waktu menuai: Harus tunggu matang sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan usia tanaman.

Ini 6 Jenis Sayur Umbisi Yang Mudah Di Tanam Dalam Pasu

 

  1. Keledek

Keledek memiliki kelebihan kerana sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuklah di tanah kurang subur, dengan adanya pembajaan sempurna. Tanaman tropika ini boleh hidup subur dalam julat suhu  27 hingga 30 darjah Celsius iaitu dalam cuaca yang panas. Penyiraman harus dilakukan selalu bagi mengelakkan tanah kering dan pertumbuhan akar yang sempurna.

Waktu menanam: Penanaman menggunakan cara keratan batang dan pucuk pokok yang sedang menjalar. Boleh ditanam bila-bila sahaja kerana ia merupakan tanaman tropika yang serasi dengan iklim negara.

Waktu menuai: Hasil boleh dituai antara 4 hingga 6 bulan usia tanaman bergandung kepada jenis dan penjagaan.

Ini 6 Jenis Sayur Umbisi Yang Mudah Di Tanam Dalam Pasu

IKLAN

 

  1. Lobak Merah

Lobak merah merupakan satu tanaman akar atau umbisi yang tidak sukar ditanam. Ia memerlukan kedalaman tanah sekurang-kurang 30 cm atau 1 kaki. Oleh demikian, ia masih boleh ditanam dalam bekas atau pasu, selain batas. Penyiraman sekurang-kurangnya sekali sehari bagi memastikan pertumbuhan akar sempurna. Lobak boleh dijadikan medium untuk mengajak kanak-kanak berkebun kerana memiliki warna terang dan penjagaan yang tidak terlalu sukar. Selain memiliki akar yang manis, daunnya juga boleh dimakan.

Waktu menanam: Penanaman dengan cara semaian biji benih dalam bekas semaian. Pastikan kelembapan tanah tinggi dan mendapat pancaran cahaya matahari mencukupi untuk ia bercambah.

Waktu menuai: Lobak merah boleh dituai dalam masa 8 minggu usia tanaman.

Ini 6 Jenis Sayur Umbisi Yang Mudah Di Tanam Dalam Pasu

 

  1. Kentang

Jangan disangka tanaman yang berasal dari Amerika Selatan ini tidak boleh hidup subur di Malaysia. Kentang boleh hidup subur di dalam tanah berpasir yang berasid. Sediakan tanah yang berkedalaman 6 inci bagi membolehkan ubi kentang bercambah sempurna, sama ada dalam bekas atau batas. Penanaman menggunakan ubi yang bertunas dan pastikan bahagian ubi ditimbus dengan baik agar tidak terdedah pada cahaya.

IKLAN

Waktu menanam: Lazimnya kentang ditanam dengan cara menggunakan ubi yang sudah bertunas. Pastikan tunas mengarah ke atas ketika ubi ditanam.

Waktu menuai: Kentang boleh dituai selepas 14 hari daunnya kelihatan layu atau lebih kurang 10 minggu selepas ditanam.

Ini 6 Jenis Sayur Umbisi Yang Mudah Di Tanam Dalam Pasu

 

  1. Lobak putih

Lobak putih datang daripada jenis Brassica iaitu satu keluarga dengan kubis. Penanamannya tidak terlalu sukar kerana ia cepat membesar, berbeza dengan tanaman umbisi lain iaitu sekitar 5 hingga 6 minggu sahaja. Anda boleh menanam lobak putih di dalam pasu kerana penanaman secara organik tidak menghasilkan lobak yang terlalu besar dan panjang seperti di pasaran. Tanah yang digunakan mempunyai pH yang neutral.

Waktu menanam: Penanaman dilakukan dengan cara semaian biji benih.

IKLAN

Waktu menuai: Selepas 5 atau 6 minggu lobak putih boleh disemai, atau memiliki sais sebesar bola golf.

Ini 6 Jenis Sayur Umbisi Yang Mudah Di Tanam Dalam Pasu

 

  1. Ubi bit merah (Tanam Dalam Pasu)

Satu lagi tanaman yang mula mendapat perhatian penanamannya di Malaysia. Ramai tidak menyangka ubi bit merah atau Beta vulgaris boleh hidup subur pada iklim tropika memandangkan sebelum ini di ditanam meluas di Amerika Utara dan Britain. Akarnya membentuk ubi yang bulat atau lonjong. Pastikan tanah gembur dan lembap agar akarnya tumbuh sempurna dengan pH sekitar 6 hingga 7. Bukan sahaja ubinya yang manis dan lazat dinikmati, daun ubi bit juga boleh dijadikan makanan berkhasiat.

Waktu menanam: Disyorkan penanaman pada awal musim hujan. Semaian biji benih. Rendam dahulu biji benih semalaman sebelum ia disemai keesokannya.

Waktu menuai: Boleh dituai apabila ubinya bersaiz bola kriket atau dalam jangka masa 2.5 hingga 3 bulan.

Ini 6 Jenis Sayur Umbisi Yang Mudah Di Tanam Dalam Pasu

BACA: Aquaponik: Kombinasi Ternakan Ikan Dan Tanaman

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI