Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Namun, pembelian rumah bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sembrono. Terdapat beberapa jenis rumah yang perlu anda elakkan untuk memastikan bahawa anda tidak menyesal di kemudian hari.
Jadi, mari kita lihat antara jenis-jenis rumah yang perlu anda elakkan sebelum membelinya.
1.Harga Rumah Melebihi Kemampuan
Sekiranya anda membeli sebuah kediaman yang harganya terlampau mahal serta melebihi daripada kemampuan kewangan anda, ia boleh memberikan kesan buruk dan masalah besar kepada anda di kemudian hari.
Tidak kira anda mahu membeli sebuah rumah atau seutas beg tangan berjenama mewah, anda sememangnya perlu membeli mengikut kemampuan kewangan anda. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
2.Kawasan Rumah Yang Kerap Berlaku Bencana Alam
Ads
Kawasan perumahan dan kediaman juga antara salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan. Sekiranya anda membeli rumah yang terletak di kawasan yang kerap berlaku bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, tsunami dan sebagainya, anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah kerugian serta kos untuk membaik pulih rumah.
3.Rumah Berdekatan Dengan Pencawang/Stesen TNB
Jika anda membeli rumah yang berdekatan dengan stesen pencawangelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kediaman anda berkemungkinan dan lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah renjatan elektrik yang serius sehingga boleh mengancam keselamatan keluarga anda.
Ads
4.Rumah Dibawah Pemaju Yang Disenarai Hitam
Sebelum membeli rumah baru yang masih dalam projek pembinaan adalah sangat penting untuk anda membuat kajian mengenai latar belakang syarikat pemaju terlebih dahulu. Tindakan ini akan dapat menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan projek perumahan yang terbengkalai misalnya akibat daripada masalah kerugian syarikat pemaju perumahan.
5.Harga Rumah Tinggi Daripada Harga Pasaran
Ads
Antara faktor penting yang perlu anda elakkan sebelum membeli rumah baru, jangan sesekali beli rumah yang nilai harganya lebih tinggi daripada harga pasaran. Masalah seperti ini mungkin jarang-jarang sekali berlaku, namun tidak dinafikan ia sememangnya berlaku.
Apabila anda membeli rumah seperti ini, sudah semestinya anda harus berbelanja lebih bagi memiliki sebuah rumah idaman. Namun sebagai pembeli, anda seharusnya bijak dalam membuat pilihan daripada membeli sebuah rumah yang harganya tidak masuk akal. Betul tak? Jadilah pembeli yang bijak!
Selepas air banjir surut, proses membersihkan rumah dari air bertakung dan lumpur memang cukup melelahkan. Ada yang berkali-kali terpaksa berulang alik membuang air keluar dari rumah. Nak guna peralatan seperti ‘waterjet’ pula tiada, malah sumber elektrik juga masih belum berfungsi.
Sebenarnya ada cara untuk mudahkan kerja pembersihan ini, sekaligus dapat membantu membuang lumpur dan air bertakung terus keluar dari rumah, tanpa perlu berulang alik seperti biasa.
Boleh cuba idea yang cukup mudah, cepat dan paling murah yang dikongsikan oleh Mohd Razak Razaliini sebagai panduan;
Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.
Baldi (Ditebuk lubang pada lantainya ikut saiz getah paip)
Getah paip atau poli pipe
Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
2 buah Kerusi
1. Masukan hujung paip dari bawah baldi dan terus masukan pada lubang plastik sampah tadi. Ikat plastik tadi pada getah paip.
2. Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.
3. Kemudian, letak baldi atas 2 kerusi .
4. Setelah itu, boleh cedok air banjir tuang ke dalam plastik yang berada dalam baldi tadi.
5. Tadaaa… air mengalir mengikut getah terus dan terus keluar. Jadi tak perlu angkut air keluar dari rumah lagi.
6. Pastikan terus kocak air dalam rumah, supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis, lumpur tak ada dah sebab semua dah sebati dengan air yang dibuang tadi. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Tentu ada yang tanya kenapa guna karung plastik, sebabnya itu cara yang paling murah cepat dan tidak rumit dari menggunakan ebow soket white tape, spana bagai.
IMPIANA: Semoga perkongsian idea untuk buang air bertakung dan lumpur terus keluar dari rumah ini bermanfaat, sekaligus membantu dalam memudahkan kerja pembersihan selepas banjir.
Pembelian rumah merupakan antara komitmen terbesar dan pelbagai perkara perlu diambil kira sebelum membeli hartanah ini. Terutamanya dari aspek keluasan saiz kediaman yang menentukan ia kategori kediaman bersaiz kecil, sederhana atau besar. Lebih-lebih lagi jika pemaju tidak menyediakan ‘rumah contoh’, hanya bergantung kepada pelan lantai. Jadi perlu fahamkan dahulu betul-betul rumah yang ingin dibeli supaya tidak berlaku sebarang kesilapan sepanjang proses ini.
Bulan lepas, ada seorang pembeli ni cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh. Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.
Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat 1 kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat 2. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua. Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan “size” rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang saiz rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.
Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).
✅ 𝟰𝟬𝟬-𝟱𝟬𝟬+𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.
Kalau size macam ni biasanya studio unit / soho. Biasa ada 1 bilik atau tiada bilik.
✅ 𝟲𝟬𝟬-𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.
Untuk Size ni dikira size yang kecil. Ada yang cukup untuk 2 bilik, ada yang 3 bilik.
✅ 𝟴𝟬𝟬- 𝟵𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Size ni dikira “standard size” untuk kebanyakan rumah apartment. Size yang boleh dikatakan “selesa”. Tak besar sangat. Tak kecil sangat.
✅𝟵𝟬𝟬-𝟭𝟬𝟬𝟬 ++ 𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝘀.
Untuk saiz ni dikira besar bagi sebuah rumah apartment/ kondo/ flat. Layout rumah juga lebih luas. Sesetengah kondo ada yang bersaiz 1500++sqft yang mana kadang lebih luas dari saiz binaan rumah teres.
( Intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar )
Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)
16×60
18×60
18×70
20×60
20×65
20×70
20×75
20×80
22×70
22×75
24×70
✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟭𝟲-𝟭𝟴 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.
Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.
✅ 𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.
✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 : 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.
Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai “superlink”. Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.
Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.
✅𝟲𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸.
Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.
✅ 𝟲𝟱-𝟳𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 – 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai suka. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.
✅𝟳𝟱 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 – 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴.
Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.
Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan.
Untuk rumah teres 2 tingkat
✅ 𝟭𝟱𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.
Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.
✅ 𝟭𝟱𝟱𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝟭𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁- 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan “just nice”. Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.
✅ 𝟭𝟴𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 -𝟮𝟬𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁++ – 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.
Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.
Nak tulis sikit jadi panjang pula. Tapi ni dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah. Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan .
Semoga bermanfaat.
Rumah bawah ni dekat Elmina. Size 20×80 dengan Luas binaan 2200sqft++. Yang ni kategori rumah teres intermediate yang besar dan luas.
IMPIANA:Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan sebelum ingin membeli rumah. Pastikan faham betul-betul keluasan rumah yang dipilih bersaiz kecil, sederhana atau besar supaya tak silap membuat pilihan.
Kipas siling atau kipas berdiri sering menjadi tempat habuk berkumpul, terutama jika digunakan setiap hari.
Bila bilah kipas penuh habuk, ia bukan sahaja mengganggu prestasi kipas tetapi juga mencemarkan udara dalam rumah. Namun, ada cara mudah untuk memastikan kipas kekal bersih walaupun tidak dicuci selama tiga bulan!
Berikut adalah beberapa tip berguna yang boleh anda cuba untuk elak habuk melekat pada bilah kipas:
Bahan-bahan:
1) Pelembut fabrik
2) Cuka makan
3) Botol penyembur
Ramuan yang diperlukan untuk membuat campuran.
Langkah-langkah:
1) Bersihkan jaring dan bilah kipas seperti biasa.
2) Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam satu bekas. Nisbah campuran adalah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3) Kacau sebati dan seterusnya masukkan ke dalam botol penyembur supaya lebih senang digunakan.
4) Kemudian sembur campuran sehingga rata pada bilah dan jaring kipas, biarkan selama lima minit.
5) Akhir sekali, lap semula dengan menggunakan kain lembap.
Kini habuk sukar untuk melekat pada bilah kipas dalam masa singkat, ulang langkah ini setiap dua hingga tiga bulan sekali.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
IMPIANA : Kena cuba tip ni, barulah habuk susah nak melekat di kipas.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!