Papan pemotong kayu adalah peralatan yang sering digunakan di dapur. Namun, bila terlalu kerap digunakan, terutama untuk memotong daging, sayur, dan bawang, papan pemotong boleh ‘berdaki’ atau meninggalkan kesan dan bau yang tak menyenangkan.
Selain mencacatkan rupa, daki pada papan pemotong juga boleh mengumpul kuman yang tak baik untuk kesihatan.
Jadi, bagaimana kita boleh membersihkan papan pemotong kayu ini dengan lebih efektif? Berikut adalah beberapa bahan semulajadi yang boleh anda gunakan!
1. Sabun cuci pinggan
Anda boleh mencuci papan pemotong kayu dengan menggunakan sabun pinggan mangkuk dan air panas. Caranya adalah basuh kedua-dua belah dan sental menggunakan berus dawai sehingga semua kotoran degilan hilang. Kemudian, bilas dan biarkan sehingga kering.
Jangan biarkan papan pemotong kayu anda terendam di dalam singki untuk jangka masa yang lama kerana ia boleh menyebabkan kelembapan dan bakteria berkumpul.
Ads
2. Cuka
Cara seterusnya untuk membersihkan papan pemotong kayu anda adalah menggunakan cuka. Caranya adalah semburkan sedikit cuka pada papan pemotong dan biarkan ia kering tanpa mengelapnya.
Cara ini bukan sahaja boleh menghilangkan kotoran tetapi ia juga membantu menghilangkan bau.
3. Lemon dan garam
Ads
Cara terakhir untuk membersihkan papan pemotong kayu adalah dengan menggunakan lemon dan garam. Anda hanya perlu menabur garam di atas papan pemotong kayu dan gosok menggunakan lemon sehingga kering.
Kemudian, kikis permukaan pemotong kayu untuk mengeluarkan segala kotoran degil. Bilas dan biarkan sehingga kering.
Membersihkan papan pemotong kayu dengan cara di atas disarankan untuk dilakukan setiap hari selepas menggunakannya. Semoga bermanfaat!
IMPIANA : Dengan cara ini, papan pemotong kayu anda akan kelihatan baru kembali.
Proses membeli rumah tidak seharusnya menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Dengan dokumen yang lengkap, perunding yang berpengalaman dan peguam yang cekap, segalanya boleh diproses dengan cepat dan lancar. Tapi terdapat banyak perkara lain yang perlu anda pertimbangkan sebelum hendak membeli rumah kerana ini merupakan salah satu pelaburan yang terbesar dalam hidup. Jika tersalah beli, menyesal tak sudah nanti. Buat pembaca yang sedang berkira-kira nak melabur pada sebuah rumah teres, ikuti panduan-panduan memilih rumah yang dapat memberi manfaat jangka panjang buat anda dan keluarga.
Nota penulis : Panduan membeli rumah teres ini ditulis oleh Tuan Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah. Artikel telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
Kepentingan orientasi matahari. Sebaiknya, elakkan cahaya matahari petang dari mengadap bilik tidur utama kediaman kerana ia akan menyababkan suhu di dalam bilik panas di waktu malam.
Datang melihat sendiri lokasi kediaman sekurang-kurangnya satu kali pada sebelah pagi dan satu kali pada sebelah petang.
Pastikan cucur atap memanjang kehadapan rumah bagi menghalang silau cahaya dan tempias air hujan dari masuk ke dalam.
Dapatkan kawasan perumahan yang dilengkapi tangki air besar sendiri dan bukan dari saluran utama. Jadi, bila ada masalah gangguan air, kawasan perumahan anda tidaklah terskesan sangat.
Cari kediaman dengan ketinggian siling standard iaitu sekitar 10 kaki bagi memudahkan perletakan kipas siling. Disamping itu juga, ketinggian ini dapat memastikan aliran pengudaraan lancar.
Sebaiknya kediaman perlu ada 3 bilik tidur, 2 bilik air dan sebuah bilik utiliti.
Pintu utama yang tidak mengadap terus ke ruang dapur adalah satu kelebihan kerana ruang dapur merupkan kawasan buat para wanita. Untuk lebih selesa, dapur perlu berada pada bahagian belakang kediaman.
Semak arah kiblat buat penganut agama Islam. Tidak manis pula nanti jika solat mengadap bilik air.
Rekaan bumbung yang terbaik adalah apabila air hujan akan di depan dan di belakang rumah, bukan ditengah-tengah atau satu bahgian sahaja seperti bumbung rama-rama dan flat roof
Bumbung atau coping pada atas tingkap juga perlu bagi memastikan hujan dan silau tidak masuk ke rumah. Lebih panjang, lebih bagus.
Batu bata merah adalah lebih baik berbanding batu bata simen sebagai bahan binaan kediaman. Bahan tersebut akan membuatkan rumah terasa lebih sejuk.
Bumbung yang dibuat daripada clay tiles merupakan bahan penebat haba yang baik. Elakkan material metaldeck sebagai bumbung.
Jika rumah mengadap matahari ataupun bumbung pendek dan tidak dapat menghalang daripada cahaya memasuki rumah, cuba gunakan screen louvers.
Rumah corner lot lebih menguntungkan dan mempunyai high resale value. Jadi jika anda mempunyai bajet lebih, seeloknya dapatkan rumah jenis ini.
Cari kawasan rumah yang berhampiran dengan padang dan jauh dari jalan utama selain mempunyai kawasan lapang buat anak-anak anak bermain.
Jika boleh, elakkan membeli unit yang bersebelahan dengan pusat janakuasa TNB atau kawasan loji kumbahan (IWK)
Kediaman yang exterior nya dicat dengan warna cerah bagi mengelakkan keadaan di dalam rumah panas kerana warna gelap akan menyerap haba.
Point paling penting, pilihlah pemaju yang bertauliah dan berpengalaman membina rumah berkualiti dan tidak mempunyai sebarang rekod buruk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim perayaan ini memang perlu kipas angin yang banyak di kediaman jika tiada aircond. Tapi bila kipas angin ‘stand’ atau jenis berdiri ini rosak memang haru. Nak beli makan modal juga.
Jadi jika mahu berjimat kenalah baiki sendiri, jom manfaatkan perkongsian @lutfyhady cara baiki kipas yang perlahan ini.
Cara baiki kipas yang dah slow kepada kelajuan asal
1. Buka sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu.2. Cabut telinga sebatang yang bagi kipas teleng berpusing tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.
3. Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).
4. Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).
5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.
6. Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu.
7. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.
8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ini saya pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2.
9. Siap semua skru balik mcm asal.
Jadi kesimpulanya, apa yg kita buat:-
1. Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil) 2. Replace ikut tips di atas 3. Pasang semua balik. Selesai !
Ok dah laju
Ngamm, ni baru no.1 speed. Takda video sebelum, slow macam takda kipas ?
Jimat duit dari beli kipas baru dan upah orang baiki min RM30 dan ke atas kalau servis datang rumah. pic.twitter.com/81OiOrdD37
Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..
Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :
Bahan #1 SODABIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.
Bahan #2 CUKA Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.
Bahan #3 UBAT GIGI Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.
Bahan #4 MAYONIS Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan circular dan bilas dengan air.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.