Basmi Bakteria Yang Terdapat Pada Tilam, Setahun Sekali Lakukan Cucian Mudah Tanpa Guna Sabun Dan Air Ni

Share

1/3 dari kehidupan anda dihabiskan di atas tilam. Tapi ingat tak bila kah kali terakhir anda cuci tilam? TAK PERNAH!!! memang tilam tu dah jadi sebuah bandar habitat untuk bakteria, kulat, tungau dan macam-macma lagi yang mampu mengancam kesihatan.

Tahu kah anda, paling tidak tilam anda perlu dicuci 2 kali setahun. Maksud cuci di sini bukanlah menggunakan air dan sabun. Selain rujuk cara penjagaan tilam yang terdapat pada label yang dilekatkan, ada teknik paling mudah dan lebih berkesan yang boleh anda lakukan.

1. Cuci sarung tilam dan bantal anda setiap minggu dengan menggunakan air panas. Kalau mesin anda tak ada program tersebut, boleh cuci di kedai dobi layan sendiri. Selesai mencuci, keringkan di bawah terik matahari. Kalau cucian dapat matahari terik, ia mampu memusnahkan parasit atau bakteria yang masih terperangkap secara total. Atau boleh guna terus mesin pengering

2. Sementara mencuci, vakum keseluruhan permukaan tilam dengan menggunakan sambungan uphostery atau turbobrush. Ulang 2-3 kali proses vakum bagi anda yang pertama kali mencuci tilam. Lagi lama, lagi bagus.

3. Selesai vakum, Perhatikan jika ada sebarang kekotoran yang terdapat pada permukaan tilam. Untuk mencuci kotoran yang terdapat pada tilam, boleh [klik sini]

4. Untuk menyah bau yang tidak enak ditilam anda, taburkan baking soda di seluruh permukaan tilam. Tak perlu tebal-tebal. Untuk lebih mudah, gunakan botol garam atau ayak tepung untuk taburkan baking soda di atas tilam. Biarkan beberapa jam. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, biarkan baking soda tadi 24 jam.

5. Langkah terakhir adalah vakum lagi sekali keseluruhan tilam dengan menggunakan sambungan turbobrush atau upholstery. Kini boleh lah pasang semula cadar tilam anda.

IKLAN