Ibu Ini Kongsi Trik Baju Sekolah Kekal Putih Dan Bersih, Tak Perlu Sental Pun!

Share

Salah satu masalah besar buat para ibu yang mempunyai anak bersekolah adalah bagaimana nak kekalkan keputihan baju sekolah. Biasanya, tak sampai setengah tahun dah kedam. Tak kan lah setahun 3 kali nak kena beli baju sekolah baru kan?

Ada trik yang boleh kita cuba, terima kasih pada Puan Leena Hassan dengan perkongsian beliau di Facebook. Cara ini memang berkesan dan juga menjimatkan. Beliau sendiri belajar dari sepupunya yang juga seorang jururawat.

Ternyata bahan ini bukan sahaja berkesan memutihkan, malah baju juga menjadi bersih dan wangi! Dan yang paling penting, tak perlu lagi risau baju jadi kusan walau tak sampai setahun pakai.

Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih ?. Tapi tidak pernah menjadi.

Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin

 yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?

Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti ???

Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros ? masih ada.

Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan ?

Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…

Anda sudah cuba trik ini? Kongsikan pengalaman dengan IMPIANA!

Sumber : Leena Hassan

 

IKLAN