“Homemade Hand Sanitizer” Paling Mudah Dari Gel Aloe Vera

Share

Ketika dunia dilanda wabak penyakit yang boleh membawa maut, Semua orang sibuk mempersiapkan diri dari dijangkiti. Antara amaran yang dikeluarkan kerajaan bagi mengelak diri dijangkiti wabak yang membawa maut ini adalah dengan memakai penutup mulut dan pastikan tangan perlu sentiasa bersih.

Hal ini menyebabkan topeng muka dan pembersih tangan atau lebih dikenali sebagai hand sanitizer habis di pasaran. Jika anda tidak mempunyai stok hand sanitizer anda sendiri, apa kata anda buat sendiri dengan menggunakan bahan mudah.

RESEPI HAND SANITIZER MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan rubbing alcohol
1/3 gel aloe vera asli tanpa aroma
8-10 titik pati minyak lavender (pilihan lain: cengkih, kayumanis atau peppermint)
Mangkuk untuk membancuh
Sudu
Corong kon
botol pam

CARA-CARA:
1. Gaul rata rubbing alcohol bersama gel aloe vera di dalam mangkuk (jika anda inginkan tekstur lebih pekat, tambahkan gel aloe vera
2.Titiskan pati minyak lavender ke dalam bancuhan dan gaul sehingga rata
3. Masukkan bancuhan ke dalam botol pam menggunakan corong kon dan ia siap untuk digunakan

IKLAN