Gunakan Teknik Pomodoro untuk Mengemas Rumah, Mudah & Pantas. Teknik Pomodoro adalah kaedah pengurusan masa yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan produktiviti. Ia melibatkan bekerja selama tempoh tertentu, biasanya 25 minit, diikuti dengan rehat pendek. Teknik ini boleh digunakan secara berkesan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk mengemas rumah.
Jika anda sering berasa terbeban dengan kerja rumah yang tidak berkesudahan, menggunakan Teknik Pomodoro boleh membantu anda menyelesaikan tugas dengan lebih berfokus dan kurang stres. Berikut adalah panduan tentang cara menggunakan Teknik Pomodoro untuk mengemas rumah.
Apa itu Teknik Pomodoro?
Teknik Pomodoro, yang diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada tahun 1980-an, adalah kaedah pengurusan masa yang melibatkan blok kerja 25 minit, yang dikenali sebagai “Pomodoro”, diikuti dengan rehat 5 minit.
Setelah empat Pomodoro, anda akan mengambil rehat yang lebih panjang, biasanya 15 hingga 30 minit. Teknik ini membantu meningkatkan fokus dan mengurangkan rasa terbeban dengan membahagikan tugas besar kepada sesi kerja yang lebih pendek dan terurus.
Langkah-Langkah Menggunakan Teknik Pomodoro untuk Mengemas Rumah
1. Rancang Tugas Anda
Sebelum memulakan, buat senarai tugas yang perlu dilakukan di rumah. Pecahkan tugas-tugas besar seperti “mengemas ruang tamu” atau “membersihkan dapur” kepada beberapa tugas kecil yang lebih mudah diurus. Sebagai contoh, tugas “mengemas ruang tamu” boleh dibahagikan kepada “membersihkan meja kopi”, “mengatur bantal sofa”, dan “mengumpulkan barang-barang”.
2. Tetapkan Masa untuk Setiap Tugas
Gunakan teknik Pomodoro dengan menetapkan masa 25 minit untuk setiap tugas kecil. Sebagai contoh, jika anda ingin membersihkan bilik tidur, anda boleh mengatur satu Pomodoro untuk mengemas katil dan satu lagi Pomodoro untuk menyusun almari. Dengan cara ini, anda memecahkan tugas besar kepada sesi yang lebih kecil dan lebih mudah diurus.
3. Gunakan Timer
Sediakan Timer atau aplikasi Pomodoro pada telefon pintar anda untuk mengira masa. Mulakan sesi Pomodoro dan tumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang telah ditetapkan selama 25 minit. Elakkan sebarang gangguan semasa tempoh ini untuk memaksimumkan produktiviti anda.
Ads
4. Ambil Rehat 5 Minit
Setelah satu Pomodoro selesai, ambil rehat selama 5 minit. Gunakan masa ini untuk berehat seketika, minum air, atau bergerak sedikit. Rehat ini penting untuk memastikan anda tidak keletihan dan dapat mengekalkan tahap tenaga yang tinggi sepanjang sesi kerja.
5. Tandakan Kemajuan Anda
Selepas setiap Pomodoro, tandakan kemajuan anda. Contohnya, jika anda telah selesai membersihkan meja kopi dan mengatur bantal sofa, tandakan kedua-dua tugas tersebut dalam senarai anda. Ini memberi anda rasa pencapaian dan memotivasi anda untuk meneruskan kerja.
6. Ulang Proses
Teruskan dengan sesi Pomodoro seterusnya. Selepas empat Pomodoro, ambil rehat yang lebih panjang, antara 15 hingga 30 minit. Gunakan rehat panjang ini untuk berehat, makan, atau melakukan aktiviti lain yang menyegarkan minda anda sebelum menyambung tugas seterusnya.
7. Sesuaikan Masa Mengikut Keperluan
Teknik Pomodoro adalah fleksibel, jadi anda boleh menyesuaikan tempoh masa mengikut keperluan anda. Jika 25 minit terasa terlalu pendek, anda boleh cuba sesi 30 minit atau sebaliknya. Sesuaikan teknik ini agar sesuai dengan gaya kerja dan tahap keselesaan anda.
Ads
Kelebihan Menggunakan Teknik Pomodoro untuk Mengemas Rumah
1. Mengurangkan Rasa Terbeban
Dengan membahagikan tugas besar kepada sesi yang lebih kecil, anda mengurangkan rasa terbeban dan menjadikannya lebih mudah untuk memulakan dan menyelesaikan kerja rumah.
2. Meningkatkan Fokus
Teknik ini membantu anda menumpukan perhatian sepenuhnya pada satu tugas dalam tempoh masa yang singkat, meningkatkan kualiti kerja anda.
3. Meningkatkan Produktiviti
Dengan rehat pendek di antara sesi, anda akan merasa lebih segar dan bersemangat, meningkatkan produktiviti anda dalam mengemas rumah.
4. Memberikan Rasa Pencapaian
Menyelesaikan setiap Pomodoro memberi anda rasa pencapaian yang positif dan mendorong anda untuk terus bekerja.
Ads
5. Membantu Menguruskan Masa
Teknik Pomodoro membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik, memastikan anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa pada satu tugas atau berasa tergesa-gesa.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan membahagikan tugas besar kepada sesi yang lebih kecil, anda dapat menyelesaikan kerja rumah dengan lebih teratur dan fokus. Ikuti langkah-langkah di atas dan sesuaikan teknik ini dengan keperluan anda untuk mencipta rutin pengurusan rumah yang lebih berkesan dan menyeronokkan!
Boleh je nak beli rumah subsale tapi kena ambil tahu masalah defect. Rumah subsale di Malaysia merupakan pilihan yang semakin popular untuk mereka yang ingin mencari rumah idaman.
Rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal. Dalam bahasa yang lebih mudah, rumah subsale adalah rumah secondhand. Membeli rumah subsale ada kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Antara kelebihan tersebut ialah kurang risiko rumah terbengkalai atau tak siap, sebab rumah subsale sudah tentu rumah yang dah siap.
Pembeli juga boleh periksa dulu keadaan rumah dan juga persekitaran, untuk pastikan rumah tersebut memang dalam keadaan yang baik dan selamat untuk diduduki.
Berikut perkongsian daripada seorang peguam hartanah, Nazri Mustafa. Semoga bermanfaat.
SUBSALE DAN DEFECT:
1. Satu isu beli rumah subsale baru siap ialah isu defect. Rumah baru siap umumnya ada defect.
2. Dalam agreement, pemaju akan dan patut ractify defect dalam tempoh jaminan 24 bulan.
3. Elok siap saja rumah, kita jual. Rumah dalam tempoh defect.
4. Bila kita jual, maknanya rumah ada tuan baru. Agreement pemaju adalah antara mereka dengan penjual. Dengan Pembeli baru tiada ikatan melalui perjanjian S&P yang ada klausa defect tu.
5. Dalam erti kata lain, pemaju boleh refuse untuk baiki defect, setelah ownership sah bertukar milik (lepas transfer semua siap, nama baru dalam geran, ownership sah bertukar milik).
6. Dalam kebanyakan kes sub sale rumah baru siap, penjual akan buat laporan defect terlebih dahulu semasa nak jual dan sebelum serah kunci, semasa rumah masih nama dia.
7. Ada juga kes di mana ikut budibicara pemaju, yang akan honour 24 bulan defect period itu, walaupun sudah bertukar tuan. Selalunya developer besar.
8. Mungkin boleh cadangakan buat Deed Of Novation atau Assignment Of Rights hanya untuk klausa repair defect, tetapi tertakluk kepada Pemaju samada mahu sign document ini atau tidak.
Bagi anda yang bercadang untuk membeli sebuah kediaman rumah, sudah pasti antara rumah jenis sub-sales dan baru yang akan menjadi persoalan mana satu pilihan yang terbaik untuk anda memiliknya.
Malah, persoalan ini sudah pasti akan sentiasa bermain di pemikiran anda selain faktor kewangan dan kawasan kediaman yang ingin dimiliki juga antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesebuah kediaman.
Tetapi sebelum itu, adakah anda sudah benar-benar tahu perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip serta mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama Cik Amaliena, jelasnya kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana setiap para pembeli harus ambil tahu mengenainya.
Katanya lagi, selain itu para pembeli seharusnya bijak serta mengetahui tujuan utama untuk membeli sesebuah rumah di kawasan perumahan yang telah menjadi pilihan.
Jadi, antara kedua-duanya mana satu pilihan yang terbaik? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut dan jawapan persoalan tersebut.
Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Cik Amaliena di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tip beli tinted ini penting jika kita berhajat untuk memasangnya sendiri pada tingkap rumah.
Pemasangan tinted ini perlu selain untuk privacy dan melindungi aurat penghuni rumah pemasangan tinted juga dibuat untuk mengurangkan cahaya dan kepanasan dari sinar matahari.
Memang ada saja perkhidmatan memasang tinted tapi adalah lebih jimat jika ia dilakukan secara DIY terutama dari segi kos upah.
Jika dalam perancangan untuk memasang tinted ini pada tingkap atau sliding door rumah boleh guna tip pembelian tinted dan tip pemasangan yang dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah.
Tip beli tinted dan pasang sendiri secara DIY
Kata beliau tingkap rumah sewanya di bahagian dapurnya visible dari luar. Memang akan nampak orang lalu lalang dan orang dari luar juga boleh nampak penghuni di dalam rumah.
“Jadi saya pasang sendiri saja tinted rumah ini , tinted beli di Shopee. Search saja tinted rumah macam-macam brand keluar.
“Memang terus cantik tingkap macam mirror look a likes. Rumah ini menggunakan tinted warna Silver Black dan Matt White,” terangnya yang kemudian menyenaraikan tip memilih jenis tinted dan pemasangannya agar kemas.
Pilih jenis tinted yang sesuai
1) Warna Silver Black ini kadar ketelusannya~80%, kalau waktu malam dalam rumah pasang lampu boleh nampak bayang-bayang. Untuk warna Silver Black ini tinted akan tapis cahaya dan haba rumah pun jadi redup tidak panas sangat sesuai musim El-Nino. Ia sesuai dipasang di bilik tidur dan ruang tamu.
2) Kalau mahukan 100% privasi dan masih mahukan cahaya masuk, ambil warna Matt White. Warna ini orang dari luar memang takkan nampak. Cahaya pun masih tembus, bilik tidak gelap. Sesuai untuk dipasang di dapur ada privasi dan cahaya masih masuk.
3) Beli saiz yang betul. Ukur saiz tingkap kemudian potong sendiri mengikut ukuran sebenar tingkap. Lebihkan sedikit dalam 5-10mm supaya cermin dapat ditutup sepenuhnya ketika pemasangan.
4) Sewaktu pasang pastikan pakai air sabun yang banyak barulah cantik tinted tak kedut. Tanpa air sabun tinted akan mudah melekat dan berkedut.
5) Bagi beginner disarankan beli extra 2-3 keping tinted sebagai trial. Harga cuma RM4 untuk satu tingkap. Murah sangat berbanding gunakan khidmat profesional yang mungkin mencecah ratusan ringgit.
Bagi yang suka melakukan kerja-kerja DIY pemasangan tinted ini bolehlah dibuat sendiri.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.