Tip Pilih Comforter yang Selesa untuk Tidur yang Berkualiti. Memilih comforter yang selesa adalah salah satu aspek penting dalam memastikan tidur yang berkualiti dan rehat yang menyegarkan. Comforter bukan sahaja berfungsi untuk memberikan kehangatan tetapi juga memainkan peranan besar dalam keseluruhan keselesaan tidur.
Dalam memilih comforter, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan dan keinginan anda.
1. Ketahui Jenis Comforter
Pertama sekali, adalah penting untuk memahami jenis-jenis comforter yang ada di pasaran. Comforter boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti bulu, sintetik, atau kapas. Comforter bulu, contohnya, terkenal kerana kelembutan dan kehangatannya yang luar biasa, namun ia biasanya lebih mahal dan memerlukan penjagaan yang teliti. Sebaliknya, comforter sintetik yang diperbuat daripada serat poliester adalah pilihan yang lebih berpatutan dan mudah dijaga, tetapi mungkin tidak menawarkan kehangatan yang sama seperti comforter bulu. Comforter kapas adalah pilihan lain yang baik, terutamanya untuk iklim yang panas atau sederhana, kerana ia ringan dan bernafas dengan baik, menjadikannya ideal untuk mereka yang tidak memerlukan kehangatan yang berlebihan.
2. Pertimbangkan Saiz
Selain bahan, saiz comforter juga memainkan peranan penting. Adalah penting untuk memilih saiz yang sesuai dengan katil anda. Saiz comforter yang biasa merangkumi Single, Queen, dan King. Pastikan comforter yang anda pilih cukup besar untuk menutup katil dengan sempurna dan cukup panjang untuk meliputi sisi katil dengan baik, supaya anda tidak terjaga dengan keadaan selimut yang tidak selesa pada tengah malam.
3. Periksa Ketebalan
Ads
Ketebalan comforter juga mempengaruhi tahap keselesaan. Comforter yang tebal adalah sesuai untuk iklim sejuk dan memberi kehangatan yang optimum, manakala comforter yang lebih nipis sesuai untuk iklim panas atau bagi mereka yang lebih suka tidur dalam suhu yang lebih sejuk. Oleh itu, ketebalan comforter perlu dipilih berdasarkan iklim tempat tinggal anda dan keselesaan peribadi anda.
4. Bahan Pengisi
Bahan pengisi dalam comforter juga merupakan aspek penting yang perlu dipertimbangkan. Comforter dengan pengisi bulu itik atau angsa biasanya menawarkan kehangatan yang baik dan ringan, tetapi harganya mungkin lebih tinggi. Pengisi sintetik adalah pilihan yang lebih ekonomi dan mudah dijaga, tetapi mungkin tidak sehangat pengisi bulu. Comforter dengan pengisi kapas adalah mesra alam dan bernafas dengan baik, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mengalami alahan atau yang mencari pilihan yang lebih semula jadi.
5. Kualiti Jahitan
Jahitan comforter adalah satu lagi elemen yang tidak boleh diabaikan. Jahitan yang berkualiti tinggi memastikan pengisi comforter tidak bergerak dan membantu mengekalkan bentuk serta keselesaan. Comforter yang mempunyai jahitan berkotak atau berpetak biasanya lebih baik dalam mengekalkan pengisi pada tempatnya dan memastikan keselesaan yang konsisten.
6. Pemeliharaan dan Penjagaan
Penjagaan comforter juga perlu dipertimbangkan sebelum membeli. Pastikan anda membaca label penjagaan untuk memahami cara mencuci dan menjaga comforter dengan betul. Comforter sintetik atau kapas biasanya lebih mudah dicuci berbanding comforter bulu, yang mungkin memerlukan pembersihan kering atau penjagaan khusus.
Ads
7. Faktor Alahan
Untuk mereka yang mempunyai alahan, memilih comforter yang hypoallergenic adalah langkah yang bijak. Comforter dengan bahan anti-alahan atau pengisi sintetik boleh membantu mengurangkan risiko alahan dan memastikan tidur yang lebih selesa tanpa gangguan.
8. Warna dan Corak
Ppertimbangkan juga aspek estetik. Walaupun keselesaan adalah faktor utama, warna dan corak comforter juga penting untuk mencipta suasana bilik tidur yang menyenangkan. Pilihlah comforter yang sepadan dengan dekorasi bilik anda untuk mencipta ruang yang tenang dan menyegarkan.
Ads
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Pilihan yang tepat akan memastikan malam anda penuh dengan rehat yang baik, menjadikan hari anda lebih bertenaga dan segar. Selamat mencari comforter yang sempurna untuk keselesaan tidur anda!
Boleh dikatakan setiap kediaman pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk yang digunakan dan ianya akan dipasang 24 jam sehari secara berterusan. Ini tip penting yang boleh dijadikan panduan supaya peti sejuk tahan lama, tak mudah rosak serta dapat jimatkan bil elektrik bulanan.
1. Label Star-Rating &Teknologi Inverter
Disarankan beli peti sejuk yang mempunyai label penggunaan elektrik cekap star-rating yang baik, dan lebih baik lagi jika ada teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk peti sejuk tersebut.
2. Kedudukan Peti Sejuk
Kedudukan peti sejuk perlu strategik dan terlindung daripada cahaya matahari ataupun peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Pendedahan pada cahaya matahari akan menyebabkan peti sejuk berkerja lebih keras untuk memastikan suhu di dalam ruang simpanan berada dalam keadaan optimum.
Pastikan juga peti sejuk diberikan ruang pengudaraan yang mencukupi; sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk (10-30 cm) daripada dinding di bahagian belakang, tepi dan atas.
3. Jangan Masukkan Makanan Panas
Penting, elakkan memasukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk. Ia boleh merosakkan thermal fuse dan menyebabkan compressor bekerja keras. Sekaligus mengakibatkan peti sejuk gagal berfungsi.
4. Kurangkan Kekerapan Buka-Tutup
Kurangkan kekerapan buka-tutup pintu peti sejuk. Peti sejuk yang terlalu kerap dibuka akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk. Ini juga meningkatkan beban kerja peti sejuk tersebut.
5. Tetapkan Suhu Optimum
Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum; suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC. Kecekapan suhu di dalam ruang simpanan amat penting bagi memastikan makanan yang disimpan berada dalam suhu yang tepat bagi mengelak pembiakan bakteria.
6. Ada Ruang Aliran Udara
Jangan terlalu penuhkan peti. Pastikan ada ruang untuk aliran udara didalamnya. Tetapi, pada masa yang sama, jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong pula. Jika tiada barang untuk disimpan dalam peti sejuk, letakkan sahaja beberapa bekas kosong. Ini akan mengurangkan aliran keluar udara sejuk.
7. Wangikan Peti Sejuk
Akhir sekali, cuci peti sejuk sekurang-kuranya 1-2 minggu sekali. Keluarkan semua bahan, dan bersihkan. Kemudian, langkah terakhir, titiskan sedikit asen vanilla di atas kain bersih dan lap keseluruhan permukaan dalam peti sejuk. Tutup dan biarkan 30 minit sebelum masukkan semula barang untuk disimpan.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi jika nak peti sejuk di rumah tahan lama, tak mudah rosak dan dapat jimatkan bil elektik bulanan, ikut tip yang dikongsikan ini.
Ada beberapa tempat ni memang kita selalu terlepas pandang bila waktu mencuci. Impiana kongsikan ‘spot’ yang biasanya kita tak ambil remeh.
1) Bakul Baju Kita selalu lupa peranan bakul baju ni sebenarnya mengangkut baju-baju kita yang bersih tapi bila bakul kotor, bagaimana keadaan baju kita sebenarnya? Cukup sekadar sentiasa mengelap bakul ini dengan span basah dan biarkan ia kering.
2) Mentol Lampu Semasa kita sibuk mencuci ‘frame‘ lampu, sebenarnya kita lupa mentol dalam lampu tersebut. Sebenarnya mentol lampu ini lagi banyak mengumpulkan kotoran dan habuk-habuk luar.
3) Bekas pisau Bakteria dan kotoran boleh memasuki lubang-lubang tempat penyimpanan pisau yang sering kita gunakan.Oleh itu, nak selamat kita wajib bersihkannya at least sebulan sekali dengan merendam bekas pisau di dalam air panas.
4) Tilam Apabila anda menukar cadar, jangan lupa untuk membersihkan sekali tilam. Hanya dengan menaburkan BAKING SODA untuk 15 minit dan kemudian vacuumnya semula, bau dan beberapa kotoran akan hilang.
5) Sofa Banyak bakteria dan kotoran yang berkumpul pada sofa yang kita tak pernah tahu. Jadi apa yang kita perlu buat, ialah dengan menabur baking soda seperti di atas dengan membersihkannya semula selepas 20 minit .
6) Remote control, Keyboard Komputer, Handphone dan barang elektronik yang sering dipegang Paling penting sebelum mencuci, buka dan keluarkan bateri dari barangan ini terlebih dahulu. Cuci dan bersihkannya dengan menggunakan cotton pad atau cotton bud yang di basahkan dengan cuci di celah-celah barang tersebut.
7) Stering Kereta Spray dan cucikan sahaja dengan menggunakan tuala basah. Ini dapat mengurangkan bakteria dari hinggap di steering yang selalu kita sentuh.
8) Tombol Pintu Basahkan tuala dengan cuka dan gosokkan pada setiap tombol pintu di rumah. Cuka berperanan menanggalkan kesan degil kotoran pada besi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang beranggapan kalau pintu rumah tak sama tinggi atau semakin menurun tak boleh tutup rapat ini mesti sebab cuaca, panas sejuk yang buatkan kayu pintu mengembang dan macam-macam lagi la tanggapan bila pintu tak boleh tutup rapat.
Ini puncanya yang ramai tak tahu. Bukan sebab kayu pintu mengembang atau tanah rumah mendap dan sebagainya. Ini kerana ensel pintu dah lari dari kedudukan asal. Manakan tidak, pintu ni kan tiap hari kita buka tutup, buka tutup. Memang boleh lari la kedudukan ensel tu.
Ensel pintu ni macam lutut kita juga la ye. Selalu guna tapi tak jaga lama-lama alignment tu boleh lari. Jadi macam mana nak jaga pintu agar tak melurut kebawah agar pintu boleh tutup rapat dan tahan lama? Mudah sahaja, kalau buka pintu tu buka la dengan berhemah jangan la main sentap dan kalau tutup pintu tu jangan la main hempas.
Rajin-rajin la letak minyak mesin dekat ensel pintu, tak kisah la pintu rumah mahupun pintu bilik, oleh kata segala jenis pintu la perlu dijaga agar tidak berlaku masalah menurun bila sampai waktu usurnya pintu tu.
IMPIANA kongsikan bagaimana nak adjust atau baiki pintu yang sudah mendap kebawah atau turun ke bawah dan tak boleh tutup dengan rapat. Kadang-kadang tu terpaksa ketuk,angkat dan ada yang tendang pintu nak bagi rapatkan. Siapa pernah jadi macam ni? Kongsi sikit dengan IMPIANA.
Tak perlu ye, sampai nak tukar pintu rumah baru pulak kalau hadapi masalah macam ni. Sebab mudah je kalau anda tahu cara atau teknik yang betul untuk baiki pintu yang dan tak boleh tutup dengan rapat. Pintu yang selalu jadi macam ni mestilah pintu jenis kayu. Jadi bila jadi macam ji keselamatan pun kurang, sebab pintu rumah tak boleh tutup dengan rapat.
Tonton video ini untuk anda lakukan jika hadapi masalah macam ni.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.