Guna Span Dan Sabun Kedai RM 2.10 Je Nak Hilangkan Daki Degil Pada Lantai Bilik Air

Share

Siapa ada kesan daki macam “watermark” pada lantai bilik air? Dah sental pun tak hilang. Dah guna pencuci dari yang murah sampai ke mahal pun tak boleh. Nak cuci pakai asid, nanti undang bahaya lain pula kepada kesihatan. Hal ini dikongsikan oleh Noor Amira

di dalam group FB Tukang Apa Hari Ini.

Maaf kalau gambar kurang molek. Nak bertanya, boleh tak cadangkan apa yang saya boleh buat untuk tukar mozek tu? dah banyak kali sental pastu bahan pncuci pun dari yang murah sampai ke mahal hitam tu tak hilang-hilang.

Dalam banyak-banyak komen, banyak yang cadang menggunakan magik span dan sabun buku basuh baju berwarna kuning. Ke dua-dua bahan ini boleh di dapati dari kedai RM 2.10 je. Tapi, hasilnya memang kalah sabun mahal. Yang penting, tak perlu sental kuat

IKLAN