Sabut kelapa, sering kali dianggap sebagai bahan buangan, sebenarnya berguna dalam dunia pertanian dan berkebun.
Dengan menggunakan sabut kelapa sebagai batas tanaman, kita bukan sahaja dapat mengurangkan sisa buangan, tetapi juga dapat meningkatkan kesuburan tanah dan pertumbuhan pokok.
Idea yang dipraktikkan Syuhadah Zahari memang menarik dan boleh diguna pakai terutama jika kediaman punya laman luas.
Ujar beliau bermula dari tanah kosong hanya tumbuh rumput dia mengambil keputusan menanam pelbagai sayuran yang disukai selain menggunakan semula bahan terpakai.
Dari tumbuh rumput baik tanam sayur yang kita suka
Daripada tanah lapang ni kosong, hanya tumbuh rumput. Lebih baik usahakan tanam pelbagai sayur yang kita suka makan. Dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat. Sambil keluarkan peluh dapatlah kutip hasil tanaman.
Dah tanam, dapat lah kurangkan kos dapur beli sayur. Gunakan tanah dan ruang yang ada.
Coconut husks raised bed
Batas ini diisi dengan tanah hitam sawit, dicampur dengan tanah asal.
Ads
Kemudian ratakan dengan daun buluh yang diperoleh belakang rumah saja. Boleh kumpul untuk buat kompos, bila dah reput gembur sekali dengan tanah.
Ini hasilnya
Pokok ulam raja, biarkan dia berbunga supaya tumbuh anak pokok yang baru.
Menanam pokok timun adalah aktiviti yang menyeronokkan dan boleh memberikan hasil yang lumayan jika dilakukan dengan betul.
Namun, untuk memastikan pokok timun anda tumbuh subur dan bebas dari penyakit, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil.
Menurut pekebun yang selalu berkongsi tip penanaman ini jika mahu tumbesar pokok timun cepat dan mengelak dari serangan kulat, pokok yang berusia 7 hari perlu dibuang daun kotiledon iaitu daun yang tiada fungsi.
Pokok timun ini saya tanam 7 hari lalu. Tanam dalam pasu guna teknik hidroponik. Media 100% cocopeat. Baja guna AB Smart.
Hari ini usianya 8 hari lepas tanam. Tumbesarannya pun cantik molek. Dah ada 4-5 helai daun yang berfungsi.
Biasanya dalam tempoh 7-10 hari lepas tanam (tanam anak benih usia 7 hari lepas semai), saya akan buang daun kotiledon (rujuk gambar).
Potong daun kotiledon dengan pisau/gunting dan buang jauh-jauh daun tadi dari pokok. Nak lagi selamat, bakar atau kambus dalam tanah.
Kenapa daun kotiledon ini saya buang? Ini yang saya dapat daripada guru-guru saya.
1. Daun kotiledon ini ambil air dan nutrien yang banyak. Tapi ia tak buat kerja untuk proses makanan. Jadi kira duk makan saja la kan.
2. Dengan cara buang daun kotiledon ni, kita dapat kurangkan risiko pokok terkena penyakit bawaan kulat terutamanya kulapuk downy.
3. Dapat membaiki pengudaran pokok.
4. Dapat cepatkan tumbesaran pokok.
Cara ini boleh dipraktikkan untuk semua pokok sayur jenis menjalar. Ini cara yang saya buat ya sahabat.
Semoga bermanfaat
IMPIANA : Bagi yang baru menanam pokok timun di rumah, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Azuan Abdullah ini.
Jagung ungu mungkin kelihatan pelik, tetapi manfaat kesihatannya adalah luar biasa.
Dari meningkatkan kesihatan jantung hingga mencegah kanser, jagung ungu menawarkan pelbagai kebaikan yang tidak boleh diabaikan. Berikut merupakan 5 manfaat makan jagung ungu yang disenaraikan oleh laman Halo Doc.
Menurut sumber, di dalam 100 gram jagung ungu mengandungi:
1. Mencegah gangguan berkaitan obesiti
Kalori dan lemak yang terkumpul pada orang yang obes meningkatkan risiko penyakit yang dikenali sebagai sindrom metabolik. Penyakit-penyakit ini termasuk tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan kolesterol tinggi.
Serat dan protein dalam jagung ungu dapat melambatkan pengosongan perut sehingga rasa kenyang bertahan lebih lama. Oleh itu, tubuh tidak mengambil banyak kalori dan lemak tinggi yang boleh menyebabkan obesiti.
2. Menurunkan pengekalan insulin
Pengekalan insulin adalah keadaan apabila sel-sel badan tidak dapat menguruskan gula darah dengan betul. Akhirnya, gula darah dalam badan akan terkumpul dan meningkatkan risiko diabetes jenis 2.
Kandungan antosianin terutamanya serat dalam jagung ungu berperanan dalam menstabilkan tahap gula darah badan. Ini mengurangkan risiko pengekalan insulin kerana badan dapat menguruskan gula darah dengan baik.
3. Menurunkan tekanan darah
Jagung ungu berkesan dalam menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik pada pesakit hipertensi (tekanan darah tinggi). Sebagai contoh, tekanan darah menunjukkan 130/80 mmHg.
Angka 130 (tekanan darah sistolik), iaitu apabila jantung mengecut untuk mengepam darah ke seluruh badan. Manakala, angka 80 (tekanan darah diastolik) adalah masa otot jantung berehat sebelum mengepam darah semula.
Antioksidan dalam jagung ungu berperanan dalam menghalang pembekuan sel darah dengan meningkatkan pengeluaran nitrit oksida (NO). NO berguna untuk melebarkan saluran darah, supaya aliran darah menjadi lebih lancar.
4. Meningkatkan kesihatan otak
Otak berperanan dalam mengawal semua fungsi, termasuk sel, tisu dan organ dalam badan. Sebagai organ penting, otak sangat terdedah kepada kerosakan oksidatif akibat penuaan.
Walau bagaimanapun, risiko ini dapat dikurangkan dengan memakan jagung ungu. Kandungan antosianin di dalamnya dapat menghalang pembentukan bahan pemusnah otak (tirosin) untuk melakukan nitrasi.
Nitrasi dari tirosin ini menyebabkan kerosakan pada otak dan mencetuskan degeneratif otak yang berkaitan dengan usia. Antara penyakit yang dimaksudkan ialah Alzheimer dan demensia.
5. Mencegah kanser
Jagung ungu mempunyai sifat antikanser yang boleh menurunkan risiko pelbagai jenis kanser, termasuk kanser payudara, kanser usus besar, kanser paru-paru, kanser hati dan kanser kulit.
Manfaatnya disokong oleh kandungan antosianin yang berperanan sebagai antiangiogenesis dengan menghalang sel kanser daripada bermetastasis (menyebar ke organ di sekitarnya).
IMPIANA : Jadi, jangan ragu-ragu untuk mengambil jagung ungu dalam diet harian anda dan nikmati pelbagai manfaat kesihatan yang ada pada tumbuhan ini. Makanan ini boleh dimasak dengan cara dikukus, direbus atau dimasukkan ke dalam masakan.
Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP). Memang unik dan kreatif idea makeover pagar besi standard yang pemaju sediakan, dan dah berkarat ini, menjadi seperti ‘pagar baru’ dan mewah apabila menggunakan Aluminium Composite Panel (ACP) dengan corak chevron.
Semuanya pemilik kediaman lakukan sendiri, tak perlu membazir beli pagar yang baru pun. Lebih jimat malah cantik hasilnya. Malah kediaman juga mempunyai privasi tersendiri.
IMPIANA: Jadi buat yang inginkan privasi pada kediaman, boleh makeover begini pada pagar besi standard di rumah, tak perlu tukar pagar yang baru pun. Guna Aluminium Composite Panel dengan corak chevron, lebih jimat dan cantik hasilnya nanti.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.