Menanam pokok timun adalah aktiviti yang menyeronokkan dan boleh memberikan hasil yang lumayan jika dilakukan dengan betul.
Namun, untuk memastikan pokok timun anda tumbuh subur dan bebas dari penyakit, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil.
Menurut pekebun yang selalu berkongsi tip penanaman ini jika mahu tumbesar pokok timun cepat dan mengelak dari serangan kulat, pokok yang berusia 7 hari perlu dibuang daun kotiledon iaitu daun yang tiada fungsi.
Lepas 7 hari tanam pokok timun buang daun kotiledon
Pokok timun ini saya tanam 7 hari lalu. Tanam dalam pasu guna teknik hidroponik. Media 100% cocopeat. Baja guna AB Smart.
Hari ini usianya 8 hari lepas tanam. Tumbesarannya pun cantik molek. Dah ada 4-5 helai daun yang berfungsi.
Biasanya dalam tempoh 7-10 hari lepas tanam (tanam anak benih usia 7 hari lepas semai), saya akan buang daun kotiledon (rujuk gambar).
Ads
timun
Cara potong
Potong daun kotiledon dengan pisau/gunting dan buang jauh-jauh daun tadi dari pokok. Nak lagi selamat, bakar atau kambus dalam tanah.
Kenapa daun kotiledon ini saya buang? Ini yang saya dapat daripada guru-guru saya.
1. Daun kotiledon ini ambil air dan nutrien yang banyak. Tapi ia tak buat kerja untuk proses makanan. Jadi kira duk makan saja la kan.
2. Dengan cara buang daun kotiledon ni, kita dapat kurangkan risiko pokok terkena penyakit bawaan kulat terutamanya kulapuk downy.
Ads
3. Dapat membaiki pengudaran pokok.
4. Dapat cepatkan tumbesaran pokok.
timun
Cara ini boleh dipraktikkan untuk semua pokok sayur jenis menjalar. Ini cara yang saya buat ya sahabat.
Ads
Semoga bermanfaat
IMPIANA : Bagi yang baru menanam pokok timun di rumah, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Azuan Abdullah ini.
Pokok Ketumbar Jawa atau nama saintifiknya ‘Coriandrum Sativum’ sangat mudah untuk hidup dan membiak. Pokok ini sering digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan mahupun untuk penjagaan kesihatan.
Rasanya sedap dan wangi bau daunnya.Daunnya pula boleh dicampur dalam kuah tomyam sebab baunya sama macam daun ketumbar.
Perkongsian daripada Nur Fatin Atfie ini boleh dijadikan rujukan;
Ketumbar jawa. Bukan saja sedap di masak tomyam, malah banyak khasiat.
Petua Batuk Berkahak:
Ambil 2,3 helai daun ketumbar jawa, rendam dengan air panas. Tunggu suam sikit, baru minum. Amal kan setiap hari sampai sembuh.
Saya dulu pun tak berapa percaya petua-petua. Tapi bila suami kena jangkitan kuman pada paru-paru dan dia amalkan, alhamdulillah sembuh dengan izin Allah. Anak saya berkahak pun saya buat, bagi anak minum. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah.
Cara biakkan pokok ketumbar jawa seperti berikut;
1. Potong bunga yang ada pada pokok Ketumbar Jawa. Bunga tersebut akan menjadi benih bagi pokok ini.
2. Potong pendek batang bunga ini.
3. Kemudian, cucuk sahaja ke dalam pasu.
4. Seperti begini.
5. Tanam jarak-jarak dan siram macam biasa. Nanti dia beranak pinak seperti ini.
IMPIANA: Jadi bagi yang nak cuba tanam pokok ketumbar jawa di laman rumah boleh cuba cara yang dikongsikan ini. Mudah sangat membiak, hanya perlu cucuk bunganya ke dalam tanah.
Selain perlu penjagaan seperti siraman dan pembajaan sebenarnya cara potong bunga kantan juga main peranan agar pokok berbunga lebat.
Menurut Nur Amirul Nur Azmi untuk memotong bunga kantan yang sudah matang ada caranya supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga akan datang. Pastikan ia dipotong sampai ke pangkal.
Nak potong bunga kantan ada caranya, jangan potong separuh
Bunga Kantan lebat berbunga
Nak kongsi sikit tentang cara melebatkan bunga kantan, pastikan cara potong sewaktu ambil bunga kantan ikut kaedah yang betul. Kena potong sampai ke pangkal.
Jangan potong tengah-tengah. Ramai yang buat potongan sebegini hingga meninggalkan tunggul terlalu panjang. Ia boleh menyebabkan pengeluaran bunga semakin kurang.
Tip ekstra
Selain itu pokok kantan yang ada batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong. Pemotongan hendaklah dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.
Tapi batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun dan batang pokok kantan yang dipotong dan telah kering boleh digunakan kembali untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
IMPIANA : Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Ramai Pekebun-pekebun kecil atau yang berkebun secara hobi, kini lebih gemar menggunkan pencegah serangga dan baja organik atau “homemade”. Sedar akan kesan penggunaan bahan kimia menjadikan bahan organik ini menjadi pilihan utama. Puan Liyana Mohd Poadberkongsi resepi 4 jenis pencegah serangga organik yang juga berfungsi sebagai baja.
Ni semua saya buat bila ada masa lapang. Saya simpan dalam suhu bilik sahaja dan kerap sembur di waktu petang atau pagi. Memang berbaloi-baloi. Pokok-pokok sihat dan tak rosak.
Air rebusan cengkih
Untuk cegah serangga perosak sperti beluncas dan semut, boleh guna air rebusan cengkih. Semburkan pada daun.
Semburan edas air kunyit
Ni air kunyit serbuk + cili padi + bawang kecil. Peram selama sehari. Sedia untuk digunakan. Seeloknya spray pad waktu cuaca sejuk dan redup. Ulat dan belalang tak datang dah
Sisa air basuhan beras
Ni peraman air basuhan beras. Lebih kepada baja yang membekalkan karbohidrat pada tanaman. Siram pada pokok selang 3 hari. Campur air biasa 1L.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.