‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match. Siapa sangka rumah jenis semi D dua tingkat ini mampu mewujudkan landskap laman yang cantik berkonsep Inggeris dengan gandingan suai padan (English Mix & Match).
Istimewanya, pemilik Shahrul Ikram Ismail menamakan laman indah tersebut ‘Chenta Hati Garden’, sebagai lambang cinta pada laman rumahnya.
Lebih menarik, laman berkeluasan 1,000 kaki persegi ini hanya dihias sendiri oleh pemilik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri tanpa melantik pereka landskap profesional. Proses membina elemen seperti kolam, pergola, patio serta rumah burung pula dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 7 tahun dengan anggaran kos RM35,000.
Keutamaan Laman Buat Pemilik
Setiap pemilik landskap kediaman mempunyai keutamaan yang tersendiri apabila menghias laman. Bagi pemilik laman seharusnya mempunyai fungsi tersendiri, pengaliran udara, cahaya dan ruang serta pokok-pokok yang mudah dijaga.
Ads
“Keutamaan diberikan kepada fungsi dan estetika. pertimbangan utama adalah pengaliran udara, cahaya, ruang dan pemilihan pokok-pokok tanaman ‘low maintenance’ serta keselesaan ruang santai tempat duduk,” jelas Shahrul.
Ini jelas dapat diperhatikan apabila tanam-tanaman dan pokok-pokok cukup subur, mendapat pencahayaan dan pengudaraan secukupnya. Begitu juga susun atur perletakan patio, meja taman dan kolam air yang sempurna memenuhi ruang laman.
Dari segi jenis-jenis tanaman yang mudah dijaga dan tahan panas, tidak hairanlah pemilik memilih pokok antaranya seperti Bunga Kertas (bougainvillea), bonsai, sepit ketam (Heliconia) dan Bromeliad sebagai penyeri landskap laman.
Ads
Patio Kawasan Kegemaran
Laman rumah merupakan definisi karakter bagi pemilik kediaman. Laman yang indah dikelilingi pepohon hijau, unggas berterbangan disamping percikan air di kolam pastinya mencetus ketenangan buat pemilik sekeluarga. Jadi tidak hairanlah kawasan patio atau anjung di tepi rumah menjadi tempat kegemaran pemilik sekeluarga untuk meluangkan masa santai bersama.
“Kawasan patio/ anjung tepi rumah merupakan ‘favorite spot’ kami. Kami sekeluarga boleh menikmati suasana teduh sejuk, privasi dan santai untuk membaca dan minum petang,”
“Landskap laman adalah citarasa kepuasan pemilik yang melibatkan aspek visual serta sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan serta dijadikan tempat menarik untuk OOTD,” ujar Shahrul.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan untuk konsep atau renovasi taman landskap rumah ini, pemilik secara ringkas merancang untuk membina sebuah gazebo bercirikan ‘English Garden’ pada masa akan datang.
Ads
INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Shahrul Ikram bin Ismail Jenis Kediaman: Semi D Dua Tingkat Usia Taman Landskap: 7 tahun Keluasan Taman Landskap: 1,000 kps Spesifikasi Ruang Landskap:
Kolam Ikan, Water Feature, Rumah Burung, Meja Taman/ Edible Garden, Ruang BBQ Konsep Landskap: English Mix & Match Anggaran Kos: RM35,000
IMPIANA doakan semoga segala perancangan untuk menambah baik laman dipermudahkan dan dapat direalisasikan pada masa hadapan. Semoga landskap laman berkonsep ‘English Mix & Match’ ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
Dapur rumah adalah salah satu ruang yang cukup penting, macam selalu kita dengar orang kata dapur ni kan nadi sesebuah rumah. Tanpa adanya dapur anda tidak akan dapat memasak untuk ahli keluarga anda. Jika dapur yang anda ada sekarang ini agak kelihatan bosan, tidak salahnya anda cuba untuk ubah suai dapur rumah anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Dinah Rakhim.
Kalau dapur cantik mood nak masak pasti membuak-buak kan! Tengoklah hasil pengkosian ini, walaupun ruang tidak seluas mana. Tetapi pemilik bijak menyusun atur dan mereka bentuk dapurnya agar kelihatan luas dan selesa untuk berada di kawasan ini.
Makeover Dapur Lama Kepada Konsep Putih “Timeless” :
Kitchen Makeover untuk mereka yang sukakan dapur putih. Gambar “before & after” Putih itu “timeless” sebab itu dapur putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar. Using all white cabinets, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring & subway tiles.
Hasil dapur lama diberi nafas baru yang kelihatan mewah dan elegan.
Permaidani atau karpet merupakan elemen pelengkap dekorasi sesebuah kediaman. Bukan sekadar ia melindungi dan memberi keselesaan tapak kaki anda ketika memijak lantai, ia juga menjadi tempat berkumpul, bersantai buat seisi keluarga. Namun sedarkah anda, permaidani mudah dicemar dan sentiasa tercemar walaupun zahirnya nampak bersih?
Permaidani menjadi habitat terbaik pembiakkan kuman, bakteria, tungau dan paling gerun adalah hama. Paling risau, jika anda mempunyai anak bayi yang sedang merangkak. Sistem pernafasannya mudah tercemar jika terhidu habuk dari karpet. Jadi, untuk memastikan permaidani atau karpet anda sentiasa kemas, ini yang perlu anda lakukan.
1.Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan percikkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk disebabkan sisa makanan atau cecair, larutkan 20 bahagian cuka di dalam 80 bahagian air. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
7. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
8. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Pasti permaidani atau karpet anda pernah menjadi mangsa terkena kesan gula getah. Apa yang selalu anda lakukan? ada yang guna minyak lah, cuci dengan sabun dan sebagainya. Namun untuk penyelesaian yang lebih mudah dan cepat untuk tanggalkan gula getah yang melekat pada permaidani adalah dengan menggunakan ketulan ais. Nak tahu macam mana
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seronoknya mulakan kehidupan berumahtangga. Namun dalam memulakan hidup berdua, ada beberapa keperluan asas yang perlu ada agar kerja-kerja rumah dan lain-lain lancar lagi terurus. Jadi wang hantaran tu jangan dibazirkan, tetapi digunakan untuk keperluan anda juga. Jika bajet anda tidak cukup, cari sahaja peralatan terpakai yang masih dalam keadaan yang baik dan masih elok.
1.Dapur – Ruang yang dianggap nadi bagi sesebuah kediaman ini merupakan kawasan yang paling banyak akan menggunakan belanja. Pastikan anda memiliki dapur mudah alih, gas atau elektrik. Tidak perlu terlalu besar asalkan ia cukup untuk menyediakan juadah bagi dua orang atau tiga.
2. Tilam – Tilam antara barang yang sangat penting untuk kediaman baru anda. Jika anda telah beli dengan set katil, pastikan tilam anda cukup berkualiti kerana ia perlu di pakai maksima 10 -15 tahun. Tilam saiz queen atau king ya!
3. Peti Sejuk– Jangan menidakkan kemampuan anda berbelanja barangan dapur hanya kerana anda baru kahwin. Peti sejuk kecil satu pintu dilihat amali. Namun jika anda yang jenis gemar membeli barangan dapur, carilah peti sejuk terpakai yang lebih besar dengan harga mampu milik.
4. Mesin Basuh – Dapatkan mesin basuh yang berkualiti dan tahan lasak. Anda jangan lupa selain pakaian anda, mesin basuh juga bakal mencuci keperluan anak isterinya.Segala cadar , sarung bantal, kain baju lampin sewajarnya mampu di cuci dalam masa yang pantas.
4. Set Pinggan dan Mangkuk – Ringkas tapi penting. Pinggan mungkin anda dapat sebagai hadiah perkahwinan tetapi keperluan lain seperti mangkuk lauk, nasi dan senduk atau spatula juga diperlukan. Tidak perlu berjenama mewah, cari sahaja di kedai RM2 yang cantik lagi menjimatkan.
5. Set Kerusi– Jika anda bercadang membeli sofa, pastikan anda membeli sofa utama dahulu. Dari situ and boleh mengembangkan idea tatarias kediaman dengan menggandingkan kerusi yang lain. Jika terlalu mahal, beli sahaja permaidani dahulu bersama bantal-bantal kecil yang selesa.
6. Televisyen – Sesuaikan dengan bajet dan kemampuan anda serta pasangan. Jangan lupa juga dapatkan kebinet televisyen sebagai menempatkan segala kelengkapan menonton anda.
7. Papan Sterika – Anda mungkin mendapat sterika sebagai hadiah perkahwinan. Jadi jangan lupa membeli papan sterika bagi memudahkan kerja-kerja menggosok anda.
Andai terdapat barangan elektrik atau apa-apa barangan yang sama sebagai hadiah perkahwinan, tidak perlu rasa serba salah untuk menjualkan sahaja barang tersebut. Selain untuk mengurangkan barang-barang dirumah, anda juga dapat duit lebih 🙂
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!