Siapa tak stress bila rumah asyik panas, sampai kipas pun rasa macam tak cukup nak sejukkan? Apatah lagi bila cuaca sekarang makin panas dan lembap, rasa macam rumah sendiri jadi sauna! Tapi jangan risau, untuk elak rumah panas tak semestinya kena keluar duit banyak. Ada beberapa tip mudah dan murah yang boleh anda cuba buat sendiri, tanpa perlu renovate besar-besaran atau pasang air-cond baru.

Guna Langsir atau Tirai Gelap

Elak Rumah Panas: 7 Tip Mudah Tanpa Kos Tinggi

Pilih langsir jenis gelap dan tebal sikit, supaya cahaya matahari yang masuk dapat dikurangkan. Langsir bukan saja bagi privasi, tapi juga bantu kurangkan haba dalam rumah.

Pasang Cermin Tinted

Elak Rumah Panas: 7 Tip Mudah Tanpa Kos Tinggi

Cermin filem yang ada fungsi tinted boleh pasang pada tingkap untuk tolak haba sinar matahari. Harga pun tak mahal sangat dan paling penting ia tahan lama.

Letak Pokok atau Tanaman Hijau Dekat Tingkap

Elak Rumah Panas: 7 Tip Mudah Tanpa Kos Tinggi

Pokok dan tanaman bukan sahaja cantik, tapi boleh bagi kesan teduh dan sejuk semula jadi. Letak pokok yang tinggi sikit depan rumah atau balkoni untuk elak cahaya terus masuk.

Ads

Gunakan Lampu LED

Elak Rumah Panas: 7 Tip Mudah Tanpa Kos Tinggi

Lampu tradisional jenis pijar menghasilkan haba lebih banyak. Tukar ke lampu LED yang lebih jimat elektrik dan tak banyak keluarkan haba.

Tutup Pintu dan Tingkap Waktu Tengah Hari

Waktu tengah hari panas paling terik, pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat supaya haba luar tak masuk dalam rumah.

Ventilasi Yang Baik

Elak Rumah Panas: 7 Tip Mudah Tanpa Kos Tinggi

Pastikan rumah ada pengudaraan yang cukup, contohnya pasang exhaust fan di dapur dan bilik air supaya udara panas cepat keluar.

Ads

Pakai Permaidani Tipis dan Perabot Ringan

Elak Rumah Panas: 7 Tip Mudah Tanpa Kos Tinggi

Elakkan permaidani tebal dan perabot yang menyerap haba. Pilih bahan ringan dan mudah untuk mengelakkan rumah rasa panas dan lembap.

Cubalah amalkan tip-tip ni, bukan saja rumah rasa lebih sejuk, malah dapat jimat bil elektrik juga! Nak rumah cozy tanpa perlu keluarkan kos besar, ini memang cara paling mudah dan praktikal.

Mesti Baca: Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara
Baca Lagi Di Sini: Lantai Jubin Meletup Bukan Perkara Aneh! Ini Punca Dan Cara Selesaikan!
Artikel Menarik:Jubin Pada ‘Table Top’ Tertanggal, DIY Tampal Balik Guna Gam Ini

Ads

IMPIANA: Semoga menjadi panduan bagi pemilik kediaman yang ingin memasang lantai sama ada kemasan SPC atau jubin seakan bercorak kayu.

Sumber: Syafiee Ariffin 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI