Kena tipu kontraktor atau tukang rumah antara mimpi buruk buat pemilik yang sedang melakukan renovasi atau membina kediaman.

Tapi hakikatnya ramai saja yang terkena hingga menyebabkan kerugian bukan saja ribuan malah ada beratus ribu ringgit.

Antara penipuannya adalah rumah belum siap tapi tukang rumah dah cabut, hasil kerja tak memuaskan, lari bila dapat duit dan pelbagai lagi kes. Memang stress dibuatnya kerana duit habis rumah tak siap.

Supaya tak terkena pada kita info yang dikongsi oleh Mohamad Harith, yang pernah menjadi mangsa ditipu tukang rumah ini ni boleh kita jadikan panduan dalam memilih tukang yang boleh dipercayai.

“Tip ini berdasarkan pengalaman saya mangsa scam tukang ali baba,”ujar beliau yang kini dalam fasa menunggu perbicaraan di Tribunal Pengguna KPDN.

Elak kena tipu kontraktor atau tukang rumah 

Elak Kena Tipu Kontraktor Atau Tukang Rumah, Lelaki Ini Kongsi Tip Berdasarkan Pengalaman

Ads

1) Cari kontraktor yang direkomen

Orang yang recommend itu WAJIB pernah guna servis kontraktor tersebut. Bukan sebab kenalan atau kawan. Jangan ambil kontraktor yang letak nombor sendiri atau promote diri sendiri.

2) Lihat dulu hasil kerja

WAJIB untuk lihat sendiri 2-3 hasil kerja tukang sebelum ini. Saya pernah pergi melawat tempat hasil kerja kontraktor yang nak dilantik. Bila ditanya, rupanya kontraktor hanya buat reno sikit saja di bahagian dapur, tapi mengaku buat reno untuk seluruh rumah.

3) Ada perjanjian bertulis

WAJIB ada perjanjian bertulis dari awal. Pastikan dalam perjanjian ada ada info yang penting (nama penuh, no IC, nama dan nombor syarikat, alamat, no tel & emel).

Selain itu perlu ada penerangan tentang kerja yang perlu dilakukan secara detail termasuk timeline, jadual pembayaran dan tindakan jika kerja tak sempurna atau tak selesai.

No IC, nama dan no syarikat penting. Bila diberi perisa sama ada ia wujud atau tidak. Ada juga yang tidak berdaftar supaya bila berlaku masalah ia diperlukan bagi membuat laporan kepada Triunal Pengguna.

Ads

4) Pembayaran

Kalau belum mula kerja dah minta deposit 50%, sila cari tukang lain. Maknanya syarikat ini tiada modal. Memang tak salah tapi bahaya.
Buat pembayaran selepas setiap kerja siap dengan sempurna.

Siap A, bayar. Siap B, bayar. Kalau kontraktor tak boleh ikut jadual bayaran begini, cari lain!. Jangan sesekali bayar lump sum atau buat bayaran penuh. Bayar sikit demi sedikit ikut jadual yang dah dipersetujui dalam perjanjian.

5) Kalau boleh cari pekerja dari ‘seberang’

Sebaiknya, carilah kontraktor yang majoriti pekerjanya Indonesia. Walaupun tak menjamin kualiti, tapi selalunya pekerja Indon ini agak disiplin bab datang kerja. Jam 8-9 dah ada di tapak.

Sedih bila bangsa sendiri buat kerja, setiap hari jam 10.30pg masih di kedai untuk breakfast. Setiap hari jam 12.30 tengah hari dah pergi makan, jam 4.30 ptg dah balik.

Ads

6) Jangan ambil tukang atau kontraktor yang terdesak

Jika waktu kita sedang survey, kontraktor asyik mendesak untuk buat keputusan cepat, sanggup terima apa saja, harga diberi paling murah, boleh mula terus, tiada bayaran tambahan ini adalah RED FLAG.

Percayalah, ada tukang di luar sana yang cari projek sebab nak bayar hutang projek lama. Sangkut sebab masalah projek lama, kena ganti rugi, jadi untuk kambus masalah mereka kena cari projek baru segera.

7) Kerja tak ikut spec minta pecah cepat

Jika kontraktor buat kerja tak ikut ‘spec’, terus suruh pecahkan cepat dan minta buat balik. Jangan terima kalau kerja mereka tak ikut seperti apa yang kita mahukan.

Jika ada penambahan spec, sediakan duit untuk tambah. Jangan suruh tukang buat extra tapi tak bayar, itu zalim.

Sumber: Mohammad Harith

Mesti Baca: Chef Wan Ditipu Kontraktor, Bayar RM420,000 Kos Ubah Suai Rumah Ibu Terbengkalai
Baca Lagi Di Sini:Nora Danish Ditipu Kontraktor, 4 Bulan Tidur Hotel Rumah Tak Siap-Siap!
Artikel Menarik:Ubah Suai Rumah, Penting Bayar Ikut Progress Kerja Elak Risiko Ditipu Kontraktor

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI