Bayam Brazil semakin menjadi kesukaan ramai. Nama sahaja bayam Brazil tapi kita boleh tanam sendiri sayur ini di rumah.  Bukan saja sedap dimakan tapi cara tanamannya juga mudah.

Tak percaya boleh lihat perkongsian Puan Zainol Yunus ini. Dalam botol plastik pun jadi, cantik merimbun pulak tu. Kalau nak cuba ada step by step yang beliau kongsikan. Tanam dalam botol ini bukan saja senang nak alih, petik pun mudah.

DIY tanam bayam Brazil dalam botol plastik

Bahan-bahan

Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)

Langkah demi langkah

1. Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & Alih2. Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & Alih3. Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & Alih4. Masukkan tanah ke dalam botol. Tanah boleh beli di nursery, guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & Alih5. Dapatkan anak benih daripada batang pokok bayam. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & Alih6. Sebelum cucukkan batang bayam Brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang bayam Brazil.

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & Alih7. Batang yang telah ditanam pada botol. Siap!

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & AlihDalam botol kecil macam ni pun boleh

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & AlihIni contoh yang dah lama ditanam.

Tanam BAYAM BRAZIL Dalam Botol Plastik. Senang Nak Petik & Alih

Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar. Daunnya boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Daun bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman.

IKLAN

Khasiat Bayam Brazil

Khasiat bayam Brazil hampir sama dengan khasiat bayam secara keseluruhannya. Seperti sayur bayam yang tergolong dalam keluarga Amaranthus, bayam Brazil turut mengandungi zat-zat baik untuk kesihatan tubuh.

Dalam 100 gm bayam Brazil, dikatakan mengandungi b-carotene (4-8 mg), vitamin C (60-120 mg), Ferrum (Fe) (4-9 mg), kalsium (300-450 mg), dan serat.

Kandungan asid folik dan serat tinggi (20 -30 peratus) menjadikan ia baik untuk kesihatan. Bayam juga kaya dengan mineral seperti besi dan potassium.

IKLAN

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua.

Mesti Baca:Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang
Baca Lagi Di Sini:Renovasi RM60K Kediaman Moden Minimalis Tampil Sempurna Dengan Rona Monokrom
Artikel Menarik:DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

IKLAN

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber Pn Zainol Yunus

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI