Tanam Keledek Jepun terutamanya dalam polibeg, pastikan medium tanah kena peroi, barulah ada isi!. Ini merupakan antara tip untuk tanam Keledek Jepun buat yang nak cuba tanam sendiri di rumah.
Bukan apa, jika beli Keledek Jepunni, boleh tahan juga harganya. Lebih jimat, berbaloi dan puas hati bila tanam sendiri Keledek Jepun ni. Lebih selamat sebab menggunakan baja organik dan paling penting bebas racun perosak.
Ikut tip tanam Keledek Jepun seperti yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelani ini sebagai panduan;
Keledek Jepun, jenis keledek yang paling mahal dekat Econsave. Rebus makan camtu je sedap betul.
Caranya:
1. Beli, selepas itu ambil buah yang agak kecil..basahkan sikit.
2. Simpan dalam bekas yang kedap udara, letak tempat redup. Wak biasa letak tepi sinki je senang nampk. Takut terlupa je nanti
Ads
3. Lepas 2 minggu intai la kalau dah keluar tunas, boleh dah pindahkan dalam polibeg. Saya guna 6 polibeg saiz 12×12.
4. Keledek ni medium tanah kena peroi. Tanah tak boleh padat. Kalau padat nanti tak ada buah/ ubinya.
5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya kena 2:1.
Ads
2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam.
Guna baja organik terbaik.
Tempoh tuaian hasil 2 bulan. Yang ni baru sebulan, cabut sebab tak nak buah dia besar sangat. Nak saiz comel-comel gini je. Rebus makan malam malam time hujan..asyik!
Ads
Info Ekstra!
Tanam keledek ni bila daunnya rimbun banyak menjalar biarkan sahaja tak perlu cantas.
Untuk kekalkan kelembapan dan cepat keluar tunas. Semua biji benih perlu simpan dalam bekas bertutup.
Kalau guna tanah gambut boleh. Kalau tanah liat/merah kena campur cocopeat (sabut kelapa hancur).
IMPIANA: Nak cuba tanam keledek jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanahnya peroi, tak pada barulah ada isi/ubinya nanti. Sedapnya makan keledek rebus panas-panas.
Orkid tanaman berbungayang memang diminati ramai disebabkan warnanya yang menarik. Tapi tak semua berjaya memastikan koleksi orkid mereka tahan lama. Kalau ada pun, masalah lain pula yang berlaku iaitu orkid kedekut bunga.
Baja orkid memang mahal. tapi, tak perlu risau, anda sebenarnya boleh hasilkan baja organik untuk orkid dari sisa bahan dapur iaitu kulit bawang dan kulit kentang. Nak tahu caranya, boleh tonton video yang disediakan
Musim hujan membawa kelembapan yang tinggi, dan walaupun beberapa tanaman mungkin berjuang untuk bertahan, terdapat jenis tanaman tertentu yang bukan sahaja bertahan tetapi juga berkembang subur dalam musim ini.
5 jenis sayur yang sesuai ditanam musim hujan
1. Kangkung
Sayur ini memang hidup subur dalam cuaca lembap dan bergenang air. Hujan memang tidak akan menjejaskan pertumbuhan sayur ini malah makin cepat membesar.
2. Bayam
Anak pokok bayam yang dipindahkan pada musim hujan memang sangat sesuai untuk tumbesarannya. Air hujan akan membantu tumbesaran pokok bayam dengan lebih cepat.
3. Sawi putih
Sawi sebenarnya adalah pokok sayur yang mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak mudah layu bila terkena titisan hujan walaupun secara terus menerus. Jadi sesuai sangat ditanam pada musim hujan.
4. Terung
Tanaman ini memang memerlukan banyak air, jadi menanam terung waktu musim hujan adalah waktu yang terbaik.
Walaupun memerlukan banyak air tapi bukan bermakna kita membiarkan ia bergenang dengan air. Keadaan ini boleh menyebabkan akarnya busuk.
5. Salad
Kalau nak mula bercucuk tanam di musim hujan, boleh mulakan dengan pokok salad. Sayur ini memang memerlukan banyak air, selain tak mudah layu.
INFO: Perlu diketahui antara penyakit tanaman yang selalu berlaku di musim hujan adalah akibat kulat dan bakteria. Cuaca yang lembap mempercepatkan lagi serangan kepada pokok.
Tanaman walaupun sudah dibaja, disiram namum masih kelihatan tidak subur, malah ada yang mati. Salah satu faktor yang perlu diperhatikan semula ialah waktu penyiraman yang dilakukan.
Untuk memastikan tanaman tumbuh subur, penyiraman perlu dilakukan pada waktu yang sesuai. Malah, penting juga untuk mengetahui waktu yang tidak sesuai untuk menyiram tanaman bagi mengelakkan kesan buruk pada pokok.”
Selalu dengar orang pesan, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk siram tanaman ini ?
6.00 – 8.00 pagi
Ini waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.
5.00 – 6.00 petang
Boleh siram tapi jangan banyak sekadar lembap.
Elak siram tanaman pada 2 waktu ini
11.00 pagi – 3.00 petang
Ini adalah waktu matahari memuncak atau paling panas. Siraman yang dilakukan pada waktu ini hanya akan menyebabkan tanaman melecur dan kerosakan pada tisu dan sel tanaman.
6.00 petang- malam
Jangan siram terutama waktu malam. Ini adalah waktu pokok berehat. Proses tanaman akan terhenti pada malam hari, ini bermakna air yang disiram waktu ini tak dapat diserap dan di proses.
Lagipun siraman pada waktu ini juga mungkin menyebabkan tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dalam tanah & merosakkan akar.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.