Detik Bunyi Itu Datang Lagi…

Share

 

Ting tong di ruang tamu memecah hening larut malam. Ada siapa di ruang tamu itu? Bersusuk tinggi gelap tegap berdiri di sisi ruang tamu? Acap kali bunyinya membuat kita meremang bulu roma. Malah jasadnya sahaja cukup membuat kita gerun. Namun masih ada yang menggemari reka bentuk klasik seumpama ini. Ibarat lembaga aneh di dalam samarnya malam di ruang tamu.Letaklah di sis ruang makan, pinggir tangga, foyer, ruang tamu atau ruang keluarga, kehadirannya pasti memberi aura berbeza pada suasana.


Namun grandfather clock atau jam klasik yang bersaiz besar ini sememangnya mencerminkan satu tata hias berprestij dan cukup elegan. Ada yang dikunci dan kini pelbagai rekaan yang memukau. Dari moden ke rustik dan vintaj. Bagi yang memilih moden klasik, vintaj atau klasik asli, jam seumpama ini jangan sesekali dilepaskan. Ia cukup penting sebagai salah satu ikon dalam tata hias.


Bagi anda yang mahukan suasana atau tata hias ala kediaman aristokrat dalam gaya lebih kreatif dan moden juga masih boleh memilih jam seperti ini tetapi rekaan yang lebih sezaman atau tidak terlalu serius sebagaimana rekaan asalnya. Ting tong ting tong…bunyi itu bergema di lewat malam….simple-simple je di IMPIANA.

IKLAN