
Cebisan tisu melekat pada pakaian selesai proses cucian mesin basuh memang membuat kita ‘angin’.
Dek kerana terlupa mengeluarkan tisu ini habis semua pakaian di dalam mesin basuh bertepek cebisan halus putih. Lagi stres jika pakaian berwarna gelap.
Memandangkan kejadian seperti ini selalu berlaku maka kita kena tahu cara untuk menyelesaikannya.
Seorang pengguna Twitter dari Jepun, Yukino telah berkongsi solusi kepada masalah ini dan caranya cukup mudah.
Cebisan tisu melekat pada pakaian, cara tanggalkan mudah saja
Ujar beliau yang turut berdepan dengan masalah tersebut, cara menyelesaikannya cukup mudah.
Bagi pakaian yang telah diselaputi cebisan tisu dalam mesin basuh ia akan kembali bersih dengan cara membuat satu lagi basuhan iaitu 1 kitaran bilasan dan 1 spin dan tambahkan pelembut pakaian.
Selepas kitaran itu, tisu yang melekat pakaian tadi akan hilang. Jadi jangan lagi risau kalau berlaku lagi kejadian ini berlaku.
Masukkan dalam dryer
Dalam pada itu netizen turut berkongsi lagi satu tip iaitu, memasukkan pakaian yang penuh dengan cebisan tisu ini ke dalam dryer. Cebisan tisu akan lenyap dan baju akan bersih selepas proses pengeringan tamat.
Kalau tiada dryer, boleh ikut cara pertama ya.
Sumber: Yukino & Siakapkeli
Artikel Menarik: Pros & Cons Guna MESIN BASUH Jenis Front Loader
Baca Lagi Disini:Cara Paling Berkesan Untuk Cuci Mesin Basuh, Modal Tak Sampai RM5.00 Pun!
Mesti Baca: Air Mesin Basuh Masuk Perlahan, Baiki Sendiri Modal Tak Sampai RM30
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Khasiat Timun Jepun Yang Perlu Anda Tahu

Sekiranya anda ingin menjadikan diet anda lebih sihat dengan menambahkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam hidangan anda, timun jepun merupakan pilihan yang terbaik. Timun, secara umumnya digunakan secara meluas dalam diet tradisional dan spa di seluruh dunia kerana ia adalah bagus untuk manfaat kesihatan.
Menurut kajian, timun Jepun dikatakan mempunyai kelebihan berikut: Antidiabetes, antioksidan, membersihkan toksin dan bahan buangan, melegakan iritasi kulit dan mengelakkan sembelit. Jadi, dalam artikel ini kami senaraikan 10 kelebihan timun Jepun dengan lebih terperinci.
1. Mengekalkan penghidratan badan
Timun jepun mengandungi sebanyak 95.2 peratus air, maksudnya setiap 5 auns hidangan mengandungi 150 ml air. Jumlah ini sudah menepati 26 peratus pengambilan air harian melalui makanan.
2. Menyokong kesihatan jantung
Timun jepun mengandungi kalium (152mg setiap cawan), yang boleh menurunkan tekanan darah. Satu ulasan kajian yang dijalankan ke atas pengambilan kalum menunjukkan pengambilan kalium yang tinggi dikaitkan dengan kadar strok yang rendah dan juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
3. Melindungi otak daripada penyakit neurologi
Terdapat sejenis bahan antiradang yang digelar fisetin dalam timun jepun, yang turut didapati dalam buah strawberi dan anggur. Baru-baru ini, kajian mendapati fisetin memainkan peranan penting dalam kesihatan otak. Ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan impak penyakit neurologi yang berkaitan umur dalam fungsi otak. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan fungsi kognitif bagi individu yang menghidap penyakit Alzheimer.
4. Melindungi kulit daripada kesan penuaan
Terdapat sebab mengapa timun digunakan dalam produk penjagaan kulit, ia telah dibuktikan berkesan sebagai bahan anti-kedutan dalam produk kosmetik, justeru itu melindungi kulit anda daripada kesan penuaan
5. Melawan keradangan dalam badan dan mengurangkan risiko kanser
Timun Jepun membantu mengurangkan tindak balas keradangan dalam badan. Ia mengandungi polifenol yang digelar lignan yang mana berfungsi untuk menurunkan risiko kanser tertentu dan kanser kardiovaskular.
Tambahan lagi, timun Jepun turut mengandungi nutrien tumbuh-tumbuhan yang dipanggil cucurbitacins yang mempunyai ciri anti-kanser.
6. Melegakan kesakitan
Flavonoid, iaitu sejenis bahan antiradang, dan tannin dalam timun Jepun boleh mengehadkan pembebasan radikal bebas dalam badan serta mengurangkan kesakitan.
Seperti yang dijelaskan dalam Journal of Young Pharmacists, tumbuhan ini secara tradisional digunakan untuk sakit kepala, kerana bijinya menyejukkan dan bersifat diuretic manakala jus buahnya digunakan sepagai losyen anti jerawat.
7. Mengurangkan nafas berbau
Nafas berbau selalunya disebabkan oleh bakteria dalam mulut. Sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan air seperti timun Jepun boleh meningkatkan penghasilan air liur dalam mulut. Sementelah itu, air liur membantu membasuh segala bakteria yang menyebabkan bau kurang enak dalam mulut.
8. Melindungi tulang
Timun Jepun merupakan sumber terbaik bagi vitamin K. Satu cawan timun Jepun mengandungi 22 peratus pengambilan harian vitamin K yang disyorkan. Vitamin ini penting untuk kesihatan tulang kerana jumlah vitamin K yang rendah sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi terhadap keretakan tulang. Bahkan, vitamin K dikatakan penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tulang.
9. Mengelakkan sembelit
Timun Jepun diperkaya dengan air dan kulitnya mengandungi serat tidak larut. Kedua-duanya membantu makanan bergerak melalui saluran pencernaan dengan cepat dan lebih mudah bagi mengelakkan sembelit.
10. Mengekalkan berat badan yang sihat
Timun Jepun mempunyai kalori yang rendah (16 kalori setiap cawan) dan kulitnya juga diperkaya dengan serat. Makanan yang mengandungi serat boleh mengekalkan berat badan yang sihat.
Jika artikel ini memberi manfaat kepada anda kongsikan ia kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa Follow, Like & Share : Facebook IMPIANA, Instagram IMPIANAMY, Youtube IMPIANA TV, Tiktok IMPIANAMY
https://www.facebook.com/impiana/
https://www.instagram.com/impianamy/
https://www.youtube.com/channel/UChkERV6rmDOz1CoITHbaw-Q
https://www.tiktok.com/@impianamy
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Cara Ini Untuk Merancang Membeli Belah Sewaktu Bercuti Supaya Tidak Senang Ditipu

Kita selalunya teruja membeli belah apabila bercuti di luar negara. Bagi yang pergi sendiri, sudah pasti ingin membelikan sesuatu yang istimewa buat isteri. Tidak dinafikan ramai yang ingin membawa pulang barangan dekorasi dari negara terbabit seperti pinggan mangkuk, permaidani, alas meja dan pelbagai lagi. Apalah agaknya yang sesuai dibeli? Namun bagi yang pergi berkumpulan adakala keterujaan itu boleh menyusahkan kita jika gagal merancang. IMPIANA mencari idea barangan kediaman yang sesuai untuk dijadikan cenderamata buat isteri dan tip bagaimana membeli belah dengan bijak sewaktu bercuti buat semua.
- Bertanya pada yang pakar
Bila membeli belah di sebuah negara yang besar seperti China, kita sewajarnya sudah mengenal pasti lokasi yang sesuai dengan bajet . Jangan sesekali lupa akan pengangkutan ke destinasi tersebut. Ini bermakna jika mahu membeli untuk diri sendiri bukan niat untuk berniaga, fikirkanlah siapa yang bakal mengangkat barangan tersebut dan adakah mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran sebagainya.
- Kenal pasti kualiti
Jangan tertipu dengan barangan cetak rompak terutama di kalangan peminat antik. Kini banyak pengusaha menyediakan produk yang hampir serupa dan payah untuk kita melihat dengan mata kasar. Lihat dengan betul dan jangan malu bertanya tentang surat pengesahan atau sijil. Selalunya kedai yang menyediakan barangan seumpama ini mempunyai surat khas yang menyatakan kualiti atau latar belakang produk yang ditawarkan.
- Kriteria produk
Orang yang ke luar negara dan membeli belah barangan keperluan rumah merupakan orang yang gigih. Anda perlu ada semangat waja mengangkut segala macam yang anda beli. Biar pun bukan di luar negara. Cukuplah di dalam negara seperti di Langkawi. Jika anda membeli belah seperti pinggan mangkuk di sana, pastikan ada yang membantu atau beg yang lain tidak seberat mana. Jika boleh cukup sebuah beg dan tangan yang lain membawa produk yang anda beli naik turun feri atau pesawat. Jadi rancang percutian dan beli belah anda!
- Kecemasan!
Adakala kita bagaikan kena rasuk apabila membeli belah. Nak pula di kawasan murah dan adanya pula jualan murah. Itulah yang menjadikan kita terlebih beli dan pada masa yang sama mahu mengelakkan diri dari terpaksa membayar berat kargo lebihan yang dikenakan, cuba pakat dengan rakan-rakan yang kurang 40 kilogram (berdasarkan polisi syarikat penerbangan tertentu). Jika tidak bersedia untuk membayar apa yang dikenakan.
- Jika mahu membawa masuk ke dalam kapal terbang ( di tempat duduk) berat tidak boleh melebihi 7 kg dan beg seeloknya berukuran 56cm x 36cm x 23cm dan 40cm x 30cm x 10cm bagi beg yang lebih kecil. Jikalau terlebih dari apa yang ditetapkan, bersedia untuk membayar yuran bagasi.
- Bagi tahu Ground Staff penerbangan akan kargo anda yang anda membawa barangan mudah pecah. Mereka akan membalut dan menampal pelekat simbol mudah pecah bagi memastikan segala barang selamat tiba ke destinasi. Bubble wrap sememangnya sangat perlu bagi memastikan produk anda di bungkus dengan rapi.
- Anda boleh meminta ganti rugi pada syarikat penerbangan jika beg anda ditebuk, dibuka atau di koyak kan. Itu pun jika anda membeli insuran untuk beg anda.
- Jika anda mahu pihak premis menghantar perabot tempahannya ke kediaman terus, pastikan reputasi premis bagi mengelakkan dari ditipu. Barang yang dihantar, tidak sama kualitinya dengan yang ditempah. Pastikan ada pengurus yang boleh dihubungi dan ada polisi tukar ganti.
Awas!
Pelajari nilai mata wang asing anda. Apatah lagi jenis yang banyak angka kosong atau butiran nombornya agak besar. Adakala kita sesat dalam pertukaran mata wang asing ini jika tidak ambil tahu dan mata wang kita berubah nilai. Jadi jangan segan meminjam kalkulator.
- Jangan terpedaya dengan kos penghantaran mahal dan boleh mencecah 30 % daripada kos barang. Kadang-kadang memang ada perabot tersebut boleh dibeli di Malaysia
- Terbeli produk daripada orang tengah
Contohnya lukisan yang berada di Indonesia sebahagiannya adalah lukisan dari China. Mungkin ada yang beranggapan ia merupakan barang yang ada nilai seni setempat yang tinggi rupanya barang dari China.
- Senarai Oh senarai!
Jangan sesekali lupa diri dalam berbelanja. Pastikan anda membeli apa yang disenaraikan dahulu terutama yang melibatkan produk besar seperti lampu candelier. Adakala kita rambang mata dengan dengan tawaran jualan murah yang begitu menggoda. Sudahnya yang disenaraikan tidak terbeli, yang tidak perlu pula yang memenuhi bagasi anda. Dahulukan apa yang penting!
ISTIMEWA EDISI TRAVEL
Apa yang menarik dalam IMPIANA istimewa edisi travel ini ialah dekorasi, idea, tip, gaya, koleksi perabot dan pelbagai aksesori yang begitu cantik dan indah buat tatapan anda.
#impiana #majalahimpiana #dekor #dekorasi #ideadekor
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 Benda Yang Kita Tidak Pernah Tahu Ia WAJIB Dibersihkan. No. 1 Paling Tak Sangka

Ada beberapa tempat ni memang kita selalu terlepas pandang bila waktu mencuci. Impiana kongsikan ‘spot’ yang biasanya kita tak ambil remeh.
1) Bakul Baju
Kita selalu lupa peranan bakul baju ni sebenarnya mengangkut baju-baju kita yang bersih tapi bila bakul kotor, bagaimana keadaan baju kita sebenarnya? Cukup sekadar sentiasa mengelap bakul ini dengan span basah dan biarkan ia kering.
2) Mentol Lampu
Semasa kita sibuk mencuci ‘frame‘ lampu, sebenarnya kita lupa mentol dalam lampu tersebut. Sebenarnya mentol lampu ini lagi banyak mengumpulkan kotoran dan habuk-habuk luar.
3) Bekas pisau
Bakteria dan kotoran boleh memasuki lubang-lubang tempat penyimpanan pisau yang sering kita gunakan.Oleh itu, nak selamat kita wajib bersihkannya at least sebulan sekali dengan merendam bekas pisau di dalam air panas.
4) Tilam
Apabila anda menukar cadar, jangan lupa untuk membersihkan sekali tilam. Hanya dengan menaburkan BAKING SODA untuk 15 minit dan kemudian vacuumnya semula, bau dan beberapa kotoran akan hilang.
5) Sofa
Banyak bakteria dan kotoran yang berkumpul pada sofa yang kita tak pernah tahu. Jadi apa yang kita perlu buat, ialah dengan menabur baking soda seperti di atas dengan membersihkannya semula selepas 20 minit .
6) Remote control, Keyboard Komputer, Handphone dan barang elektronik yang sering dipegang
Paling penting sebelum mencuci, buka dan keluarkan bateri dari barangan ini terlebih dahulu. Cuci dan bersihkannya dengan menggunakan cotton pad atau cotton bud yang di basahkan dengan cuci di celah-celah barang tersebut.
7) Stering Kereta
Spray dan cucikan sahaja dengan menggunakan tuala basah. Ini dapat mengurangkan bakteria dari hinggap di steering yang selalu kita sentuh.
8) Tombol Pintu
Basahkan tuala dengan cuka dan gosokkan pada setiap tombol pintu di rumah. Cuka berperanan menanggalkan kesan degil kotoran pada besi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI