Cara Mudah Tanggalkan Wallpaper Pada Dinding Supaya Tak Comot

Share

Cara Mudah Tanggalkan Wallpaper Pada Dinding Supaya Tak Comot! Wallpaper satu ketika dahulu menjadi trending dalam dekorasi. Walaupun wainscotting, shiplap wall dan pelbagai lagi mengambil tempat,sehingga kini ia mesih menjadi pilihan untuk menghasilkan feature wall bagi seseuatu ruang. Hal ini disebabkan ia lebih mudah diaplikasikan.

Tapi, bila dah jemu atau ingin lakukan renovasi terhadap dekorasi ruang, sudah pasti wallpaper yang digunakan sebelum ini perlu diganti agar padan dengan konsep baru yang ditetapkan. Tapi, yang menjadi masalah macam mana nak tanggalkan wallpaper dengan mudah dan tanpa meninggalkan kesan?


Nak beli wallpaper super murah tapi berkualiti? terjual lebih 42k unit dan ramai cakap puas hati. Kalau nak beli, boleh beli dekat link ni  https://invol.co/cl7ynho


Kaedah 1: AIR SABUN BERSIHKAN WALLPAPER

Teknik ini paling banyak atau popular digunakan. Caranya adalah dengan basahkan permukaan kertas sepenuhnya dengan air sabun.

Caranya, campurkan air bersama sedikit sabun serbuk. Larutkan sepenuhnya dan sapu atas wallpaper menggunakan roller pengecat.

biarkan seketika dan biarkan air sabun tadi deserap kertas. Jika perlu, ulang basahkan kertas dengan air sabun beberapa kali sehingg basah sepenuhnya.

Semakin basah kertas, lebih mudah untuk ditanggalkan. Dah basah sepenuhnya, boleh tanggalkan kertas dari bahagian bawah secara perlahan-lahan.

Baca juga: Bidai Roman Dari Wallpaper, Mudah Dilap Dan Tak Perlu Cuci

KAEDAH 2: TRISODIUM PHOSPHATE (TSP)

Bahan ini banyak digunakan secara profesional. Trisodium Phosphate boleh di dapati dikedai-kedai hardware. Apa yang perlu anda lakukan adlaah, larutkan bahan tadi ke dalam air panas. Selesai dilarut, masukkan ia ke dalam botol semburan

Semburkan larutan pada keseluruhan permukan kertas dan biarkan 15-20b minit sebelum ditanggalkan.

IKLAN