Sabun cuci pinggan adalah antara keperluan asas di dapur yang kita gunakan setiap hari. Namun, dengan harga bahan pencuci yang semakin meningkat, ramai yang mencari alternatif untuk berjimat.
Tahukah anda, sebenarnya anda boleh menghasilkan sabun cuci pinggan DIY sendiri daripada hanya 1 liter sabun pekat yang boleh diubah menjadi 6 botol? Ini cara mudah yang bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga berkesan untuk membersihkan pinggan mangkuk. Jom cuba DIY ini!
Ayuh kita lihat!
Bahan-bahan:
1) Sabun pencuci pinggan
2) Dua bekas kosong
Ads
3) Garam halus
Langkah-langkah:
1) Tuang satu per empat sabun pencuci pinggan ke dalam botol kosong.
2) Seterusnya bancuh tiga sudu besar garam halus dengan air panas, kacau sehingga larut. Tambahkan air biasa sekiranya terlalu pekat.
3) Kemudian tuangkan larutan garam ke dalam botol yang sudah diisi sabun pencuci pinggan tadi.
Ads
4) Isi air garam sehingga memenuhi tiga per empat botol, akhir sekali, kocak-kocakkan botol untuk sebatikan kesemua campuran. Siap!
Di ruangan komen, warga maya turut memberikan maklum balas yang memberangsangkan.
Ads
Tip Penggunaan
Gunakan sedikit sahaja sabun pada span dan gosok perlahan untuk membersihkan pinggan.
Simpan botol-botol yang tidak digunakan di tempat yang sejuk dan kering untuk memastikan sabun tahan lebih lama.
IMPIANA: Menarik dicuba ni, boleh la berjimat sikit nanti.
Pembelian rumah merupakan antara komitmen terbesar dan pelbagai perkara perlu diambil kira sebelum membeli hartanah ini. Terutamanya dari aspek keluasan saiz kediaman yang menentukan ia kategori kediaman bersaiz kecil, sederhana atau besar. Lebih-lebih lagi jika pemaju tidak menyediakan ‘rumah contoh’, hanya bergantung kepada pelan lantai. Jadi perlu fahamkan dahulu betul-betul rumah yang ingin dibeli supaya tidak berlaku sebarang kesilapan sepanjang proses ini.
Bulan lepas, ada seorang pembeli ni cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh. Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.
Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat 1 kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat 2. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua. Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan “size” rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang saiz rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.
Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).
✅ 𝟰𝟬𝟬-𝟱𝟬𝟬+𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.
Kalau size macam ni biasanya studio unit / soho. Biasa ada 1 bilik atau tiada bilik.
✅ 𝟲𝟬𝟬-𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.
Untuk Size ni dikira size yang kecil. Ada yang cukup untuk 2 bilik, ada yang 3 bilik.
✅ 𝟴𝟬𝟬- 𝟵𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Size ni dikira “standard size” untuk kebanyakan rumah apartment. Size yang boleh dikatakan “selesa”. Tak besar sangat. Tak kecil sangat.
✅𝟵𝟬𝟬-𝟭𝟬𝟬𝟬 ++ 𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝘀.
Untuk saiz ni dikira besar bagi sebuah rumah apartment/ kondo/ flat. Layout rumah juga lebih luas. Sesetengah kondo ada yang bersaiz 1500++sqft yang mana kadang lebih luas dari saiz binaan rumah teres.
( Intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar )
Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)
16×60
18×60
18×70
20×60
20×65
20×70
20×75
20×80
22×70
22×75
24×70
✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟭𝟲-𝟭𝟴 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.
Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.
✅ 𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.
✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 : 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.
Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai “superlink”. Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.
Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.
✅𝟲𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸.
Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.
✅ 𝟲𝟱-𝟳𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 – 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai suka. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.
✅𝟳𝟱 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 – 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴.
Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.
Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan.
Untuk rumah teres 2 tingkat
✅ 𝟭𝟱𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.
Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.
✅ 𝟭𝟱𝟱𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝟭𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁- 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan “just nice”. Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.
✅ 𝟭𝟴𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 -𝟮𝟬𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁++ – 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.
Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.
Nak tulis sikit jadi panjang pula. Tapi ni dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah. Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan .
Semoga bermanfaat.
Rumah bawah ni dekat Elmina. Size 20×80 dengan Luas binaan 2200sqft++. Yang ni kategori rumah teres intermediate yang besar dan luas.
IMPIANA:Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan sebelum ingin membeli rumah. Pastikan faham betul-betul keluasan rumah yang dipilih bersaiz kecil, sederhana atau besar supaya tak silap membuat pilihan.
Membuang sampah yang ada di rumah ada adabnya. Meskipun hanya membuang sampah, sisa dapur mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara yang betul dan selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Dinas Elni ini sebagai panduan;
Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”
Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.
Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.
Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.
Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.
Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.
Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.
Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.
Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.
Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.
IMPIANA: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.
Siapa sangka, kulit telur yang biasanya dibuang sebenarnya boleh menjadi penyelamat rumah anda dari masalah serangga dan tikus.
Kulit telur yang dihancurkan menjadi serbuk bukan sahaja berguna untuk tanaman sebagai baja organik, tetapi juga berkesan untuk menghalau tikus dan lipas secara semula jadi.
Jom ikuti langkah mudah berikut untuk membuat serbuk kulit telur sebagai penghalau serangga semula jadi!
Bahan-bahan:
1) Kulit telur ayam
Langkah-langkah:
1) Basuh dan keringkan kulit telur.
2) Tumbuk atau kisar halus kulit telur tersebut sehingga menjadi serbuk.
3) Tabur serbuk kulit telur di setiap penjuru dan sekitar rumah.
4) Lebihan serbuk kulit telur itu boleh disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada masa akan datang.
Menurut Abel Lione Korea, serbuk kulit telur itu juga berkesan untuk menghalau haiwan melata yang lain.
“Semut dan lipas yang suka merayap di kawasan dapur pun akan lari apabila ada serbuk kulit telur ini.
“Kalau tak mahu guna kulit telur, boleh juga tabur lada hitam di lubang yang tikus selalu masuk.
“Bau daripada kulit telur dan lada hitam akan menyebabkan rasa kurang senang pada hidung tikus yang sensitif,” jelasnya.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA : Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam rumah dan menjimatkan kos membeli racun serangga.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.