Bukan Sahaja Tampak Lebih Klasik, Kemasan Vinly Kayu Ada Banyak Kelebihan

Share

Selain jubin digunakan sebagai kemasan lantai rumah, kemasan Vinly bercorak kayu juga boleh digunakan sebagai penyeri rekaan hiasan dalaman kediaman anda. 

Bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan corak dan warna menarik, kemasan Vinly bercorak kayu ini nyata tampak lebih klasik dan lebih bergaya. 

Malah, ia juga turut memiliki pelbagai kelebihan dan manfaat untuk ruang rekaan dalaman rumah anda. Jadi, mari kita apa kelebihan yang anda boleh perolehi dengan menggunakan kemasan Vinly bercorak kayu ini. 

Bagi anda yang ada anak kecil khususnya, sememangnya amat sesuai dan digalakkan untuk menggunakan kemasan Vinly untuk lantai rumah kerana ia bersifat kalis air dan tidak mudah kotor. 

Lantai rumah anda bukan sahaja tidak mudah tampak kotor, malah ia juga tidak sensitif dengan sebarang bahan kimia. Jadi ianya sangat tahan lasak dan lebih tahan lama. 

Selain itu, kemasan Vinly ini juga mesra alam dan haiwan peliharaan membuatkan ianya amat sesuai bagi anda yang ada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. 

Menariknya lagi mengenai kemasan Vinly bercorak kayu ini ia memiliki pelbagai pilihan corak dan warna yang menarik. Jadi anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk kemasan lantai rumah mengikut citarasa yang anda suka.

Jadi, bagi anda yang masih mencari kemasan Vinly bercorak kayu untuk lantai rumah, anda boleh dapatkan di mana-mana kedai berdekatan anda atau membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik pautan di sini

untuk pembelian.

Sumber: PropertyGuru Website 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Jubin Simen Kos Lebih Murah, Tetapi Ada Beberapa Kelemahan Yang Anda Perlu Tahu

IKLAN