Buat Sendiri Terrarium Bangkit Seri Meja Kopi

Share

Seni terrarium iaitu tanaman hiasan balang kini semakin mendapat perhatian ramai lantaran ia mampu menyuntik efek segar dan hijau serta mudah untuk dihasilkan. Sifat tumbuhan sukulen yang menghiasi balang terrarium serta sesuai hidup di dalam ruang indoor juga, membuatkan ia menjadi pilihan untuk diletakkan di pejabat, balkoni, bilik tidur mahupun ruang tamu.

Apakah perkara-perkara asas yang perlu dilakukan untuk mereka bentuk sebuah terrarium? 

Mereka bentuk terrarium bukanlah sesuatu perkara yang rumit. Beberapa langkah harus diperhatikan untuk mendapatkan sebuah reka bentuk terrarium

yang menarik. Antaranya:
  1. Tentukan tema terrarium yang hendak direka untuk memudahkan anda menentukan jenis tumbuhan dan aksesori yang akan diletakkan di dalam balang tersebut.
  2. Pilih tanaman yang mempunyai pelbagai warna, tekstur dan ketinggian untuk membentuk hierarki.
  3. Tentukan sisi pandangan terrarium. Hal ini penting untuk menentukan posisi tanaman yang bakal ditanam di dalam balang. Jika terrarium dapat dilihat dari semua sisi, maka tanaman yang paling tinggi perlu diletakkan di bahagian hadapan dan sebaliknya.
  4. Salah satu tumbuhan yang digunakan di dalam balang haruslah mempunyai rona yang menonjol dan pelbagai untuk mewujudkan point of intrest.
  5. Bentukan kontur di dalam medium tanaman supaya reka bentuk landskap di dalam balang tersebut lebih alami
  6. Pastikan medium tanaman tidak melebihi 1/3 dari keluasan ruang di dalam balang. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada tumbuhan untuk tumbuh bebas di dalam balang.
  7. Letakkan hiasan tambahan seperti pasir, ornamen dan sebagainya untuk menceriakan lagi reka bentuk

  

Cipta taman mini di sudut meja

 

Cara-cara:

  1. Letakkan batu rona putih sebagai lapisan pertama.

  2. Tutup kesemua permukaan lapisan batu dengan medium tanaman kaktus sehingga penuh.

  3. Keluarkan sukulen dari bekas semaian dan jika perlu buang sebahagian rootball untuk membolehkan ia mudah ditanam di dalam bekas.

  4. Tanam dan susun sukulen mengikut cita rasa ke dalam bekas terrarium yang telah berisi tanah.

  5. Tambah tanah jika perlu sehingga menutupi keseluruhan root ball tumbuhan sukulen dengan menggunakan kon yang dibentuk dari sekeping kertas.

  6. Tekan permukaan medium dengan menggunakan kayu atau hujung berus untuk memadatkannya. Tambah medium jika perlu.

  7. Bersihkan tanah yang melekat pada permukaan kaca dengan menggunakan berus halus dan lembut.

  8. Sembur air pada permukaan medium untuk melembapkannya dan tidak perlu melakukan penyiram lagi setelah siap.

  9. Letakkan batu pada pangkal pokok untuk mengukuhkan root ball.

  10. Taburkan batu halus pada permukaan tanah sebagai kemasan.

  11. Letakkan cengkerang atau batu karang sebagai ornamen hiasan pelengkap gaya terrarium.

 

IKLAN