Serangga yang berkeliaran dalam rumah boleh menjadi masalah besar. Selain mengganggu, mereka juga boleh membawa penyakit.
Petua Halau Serangga, Guna 4 Bahan Saja
Trik yang bagus sebab bila menggunakan petua ini, terus serangga kecil ini tak ada dalam rumah. Walau bagaimana pun, bahan ini bukan saja digunakan dalam rumah tapi boleh disemburkan di luar rumah juga.
Bahan-bahan:
Kulit bawang merah, bawang putih dan bawang besar
2 sudu cuka/alkohol
200ml air
2 sudu cecair pencuci
Caranya:
1. Kupas bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Ambil kulitnya.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
3. Biarkan ia mendidih.
4. Selepas itu, tapi air tadi.
Ads
5. Dalam bekas lain, masukkan cuka atau alkohol, kacau.
6. Masukkan juga cecair pencuci.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam bekas spray.
Ads
8. Bolehlah sembur 2 kali seminggu di bahagian penjuru, kawasan yang selalu dikunjungi serangga atau bahagian luar rumah.
.
.
Selamat mencuba.
Ads
IMPIANA : Jimat dan wangi. Kalau nak tahu bau rumah ala-ala orang kaya, bolehlah buat macam nie.
Sofa Chesterfield yang sering dikenali dengan reka bentuknya yang klasik dan elegan, merupakan salah satu perabot ikonik yang tetap kekal relevan hingga masa kini.
Sofa ini tidak hanya menawarkan keselesaan tetapi juga memberikan sentuhan mewah pada sesebuah ruang.
Sejak kemunculannya pada abad ke-18 di England, Chesterfield telah menjadi lambang status dan keunggulan, menghiasi ruang perpustakaan, pejabat dan ruang tamu yang di seluruh dunia.
Dengan kombinasi estetika yang menarik dan fungsi yang praktikal, sofa Chesterfield terus menjadi pilihan popular dalam seni dekorasi dalaman dengan menggabungkan warisan sejarah dengan keperluan moden.
Sofa Chesterfield biasanya dikenali dengan beberapa ciri khas berikut:
Chesterfield dipercayai berasal dari England pada abad ke-18 dan mendapat namanya daripada ‘Earl of Chesterfield’ yang memesan kerusi ini. Sejak itu, kerusi dan sofa Chesterfield telah menjadi simbol status dan kemewahan.
Hari ini, kerusi dan sofa Chesterfield masih popular dan digunakan dalam pelbagai jenis interior, dari yang tradisional hingga yang moden. Ia sering menjadi pilihan dalam dekorasi di ruang tamu atau pejabat kerana stailnya yang tidak lapuk dek zaman.
Jika anda sedang mencari sofa Chesterfield, pastikan untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti bahan, ukuran dan kesesuaian dengan dekorasi ruang anda untuk memastikan ia menjadi pelengkap yang sempurna.
Tip ‘spring cleaning’, elak jadi ‘hoarder’. Apa itu ‘spring cleaning’?Spring cleaning adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti membersihkan rumah secara menyeluruh, biasanya dilakukan pada musim bunga.
Tradisi ini selalunya melibatkan pembersihan yang mendalam dan decluttering untuk mengeluarkan habuk, kotoran, dan barang-barang yang tidak diperlukan. Kebiasaannya tradisi ini dilakukan sebelum masuk ke tahun baru. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sihat untuk semua penghuni rumah.
Ini termasuk membersihkan semua permukaan seperti lantai, dinding dan perabot. Ini juga termasuk membersihkan kawasan yang mungkin diabaikan setiap hari, seperti di belakang almari atau sudut bilik.
Pilih barang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagi perlu dibuang atau didermakan. Ini membantu mengurangkan kekusutan dan menjadikan bilik kelihatan lebih kemas.
Seperti mencuci langsir, membersihkan permaidani, dan mencuci selimut atau bantal. Ini penting untuk mengeluarkan habuk dan kotoran yang tersekat.
Periksa dan bersihkan peralatan rumah seperti penyaman udara, kipas atau penapis udara. Memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Selepas membersihkan dan mengemas, susun semula ruang penyimpanan untuk memaksimumkan ruang dan menjadikan item lebih mudah diakses.
IMPIANA: ‘Spring cleaning’ bukan sekadar aktiviti pembersihan biasa, tetapi juga peluang untuk memberi perhatian tambahan kepada rumah anda dan mencipta persekitaran yang lebih bersih, selesa dan menyegarkan untuk didiami.
Jubin Tahan Lama, Tak Rosak Elak Pencuci Lantai Guna Bahan ‘Hydrochloric Acid’. Jubin lantai perlu dicuci dengan menggunakan kandungan bahan yang sesuai bagi menjaga ketahanannya supaya permukaannya kekal berkilat dan tak rosak. Terutamanya pada lantai bilik air yang perlu kerap dicuci untuk menjamin kebersihannya.
Satu dua menjak ni ramai yang aku tengok, bantai pakai stain remover jenis asid untuk cuci lantai. Lepas tu tiles tu rosak sebab dah kena ‘makan’ (bahasa betulnya: etch) oleh asid tu.
Kalau camtu, macam mana nak cuci lantai toilet betul tak? Paling kurang seminggu sekali kena la cuci. Kenapa nak kena cuci? Ada beberapa sebab. Contohnya, rambut gugur penuh atas lantai. Kadang bilik air yang takde proper ventilation, lantai jadi berlendir dan licin, bau hapak.
Yang parah lagi, kalau tiles jenis poros, start naik kulat yang hitam-hitam tu… nampak geli la. So harini aku breakdown sikit, cara nak cuci dan chemical/produk apa yang sesuai. Bukan main taram je kalau nak jaga tiles jangka masa panjang.
Paling basic pakai berus dan sental pakai sabun cuci pinggan. Sunlight la, Rimau ka, Glo ka, ikut suka. Yang ni, lantai berlendir dan berbau insyaAllah setel. Tambahan pula, sabun cuci pinggan ni sejenis degreaser. Kalau ada sisa shampoo dan conditioner, dia boleh cuci bersih dari lantai. Beza memang ketara. Aku buat gini dalam seminggu sekali.
Kedua: Bathroom Cleaner (Elak Hydrochloric Acid)
Bathroom cleaner ni penting kena tengok bahan. Kalau ada hydrochloric acid, tinggalkan. Jahanam tiles rumah. Contohnya Mr Muscle botol oren tu, haa walaupun dia bathroom cleaner, dia ada hydrochloric acid. Elakkanlah. Kebanyakkan stain remover memang pakai hydrochloric acid – biasanya botol warna coklat tu. Aku rasa sabun badang pun sama.
Kalau macam Harpics, dia pakai citric acid dan formic acid. Acid jugak tapi dia tak sekuat hydrochloric acid. Fungsi asid ni untuk apa? Untuk buang kerak-kerak daripada sabun mandi/sabun badan.
Kalau rajin cuci pakai sabun cuci pinggan tu, maka tak teruk la. Dua minggu sekali atau sebulan sekali boleh la pakai bathroom cleaner. Lagi satu, dia boleh disinfect/nyahkuman bilik air kita. Dan kulat-kulat degil pun mati. Tapi still kena sental la pakai berus.
Akhir sekali: Guna Clorox
Boleh ke pakai clorox je? Jawapan mudahnya boleh. Clorox ni alkali, old school la, bau dia busuk. Cuma, clorox ni dia tak bunuh kulat sebab dia tak meresap. Dia boleh cuci sekadar permukaan. Dan jangan sesekali gatal campur clorox dengan acid – menempah maut namanya. Serious, bahaya.
Kesimpulannya, clorox ni boleh pakai tapi ikut dose yang betul. Aku tak pakai la sebab bau dia, pastu dia tak berapa effective.
Aku tulis pepanjang ni apa yang korang dapat? Korang perlukan dua product je sebenarnya. Satu, sabun cuci pinggan. Dua, sejenis bathroom cleaner yang BUKAN hydrochloric acid. Mr Muscle botol putih tu boleh pakai, selamat untuk tiles.
Tak perlulah bazir duit beli produk ngarut-ngarut yang merosakkan tile.
Satu-satunya masa boleh pakai acid: untuk buang kesan karat. Sekali tu je. Bukan pakai hari-hari.
Okay gitulah. Semoga bermanfaat.
IMPIANA:Jadi nak cuci jubin lantai bilik air, pastikan guna bahan yang betul barulah ia kekal bersih, tahan lama dan tak mudah rosak.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.