Api Dapur Masak Semput-Semput, Baik Pulih Dengan Aluminum Foil Sahaja

Share

Beberapa hari ni, banyak Impiana baca perkongsian rakan-rakan di laman sosial mengenai dapur masak api tak konsisten. Api yang keluar macam semput pula.

Puteri Norisya ajar cara untuk baik pulih dapur yang mengalami masalah api semput.

Anda tak perlu keluar duit yang banyak untuk beli dapur baru. Hanya modal aluminium foil sahaja. Api dapur akan jadi ok seperti biasa. Cara-caranya:

 

1. Buatkan gegelung dari aluminium foil mengikut saiz penunu dapur kita seperti dalam gambar

2. Ketebalan dan ketinggian aluminium foil tu bagi sama rata dengan penunu dapur

3. Letakkan gegelung aluminium di sekeliling penunu api dapur

4. Terakhir, ubah suai kedudukan gegelung aluminium tu sehingga api dapur kembali normal

Selamat mencuba. Saya harap perkongsian ini dapat membantu suri rumah untuk jimat kos. Tak perlu modal yang banyak untuk beli dapur baru. Kita boleh DIY sendiri

IKLAN