Air Tangan Si Bujang, “Makeover” Bilik Rumah Kampung Cantik Macam “Studio House”

Share

Sekarang ni, ramai kaum adam suka dekor rumah kan. Semalam IMPIANA terbaca satu posting adik ni makeover bilik tidur nya sendiri. Memang terkebil-kebil mata tengok gambar sebelum dan selepas makeover 

dilakukan. Menurut pemilik Keyme Jxr kediaman ayahandanya telah berusia lebih 40 tahun. Keseluruh struktur diperbuat dari kayu. Tapi dengan kemahiran memasang siling yang menjadi sumber pendapatannya, bilik struktur kayu ni kelihatan seperti sebuah studio selepas makeover.

“My dream room” Dari siling, cat sampai ke dekor buat sendiri. Jimat kos upah. Jangan ingat rumah kayu tak boleh jadi macam rumah batu

Kos keseluruhan makeover bilik ni adalah RM 3,000. Bahagian dinding kayu ditutp menggunakan sistem siling kapur.Kesemua perabot dan aksesori di dalam bilik ini dibeli baru. Walaubagaimanapun, kerja-kerja menukang bilik bujang ini sudah pasti menuntut kerja yang teliti agar bahagian-bahagian sambungan dilakukan kelihatan sempurna.

 

IKLAN