Cegah Serangga Di Kebun, Sembur Je Air Rendaman Kulit Bawang. Biasalah, kalau dah berkebun tu mesti anda akan alami masalah serangan semut, ulat beluncas, thrip, bena dan lain-lain. Biasa lah, kalau si perosak ni menyinggah tanaman, kalau tak diselesaikan segera memang boleh undang mudarat seisi kebun.
Mudah je nak atasi. Anda boleh pilih penggunaan pencegah dan pembasmi serangga komersial yang mengandungi bahan kimia berjadual, atau boleh pilih pencegah organik. Sebelum ni, Impiana dah kongsikan pelbagai resepi pencegah serangga organi yang mudah seperti bunga cengkih, kulit limau, nasi basi dan pelbagai lagi.
Ada satu lagi resepi pencegah serangga dari sisa dapur yang Impiana nak kongsi iaitu kulit bawang. Resepi pencegah serangga ni dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad. Jom kita lihat cara penyediaannya
Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara saya bg kat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya.Semut kecik dan semut hitam dah x ada.
Ni bawang bawang yag telah dikupas. Mereka sedia untuk membawang. Yang ni guna untuk masakan sahaja.
Ads
Kulit kulit bawang rendam sekejap aje dalam beberapa minit.
Kemudian,isi air penuh dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya. Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Selapas dua hari, tapis airnya dan masukkn dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yang besar sekali, contoh botol jus oren twister. Tambah air paip bagi penuh. Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lepas tu spray pada pokok yang brmasalah setiap pagi dan petang selang sehari. InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Di sini, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
Bersihkan dan kemas halaman atau kebun sekeliling rumah dengan kerap. Persekitaran yang penuh semak-samun yang tidak terurus bakal mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.
Elakkan menanam pokok yang terlalu lebat dan tinggi kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian yang selesa buat sang ular.
Periksa semua lubang di sekitar kediaman, jangan dibiarkan terbuka atau terdedah dan mempunyai air bertakung. Apabila cuaca panas, ular akan mencari kawasan berair dan lembap bagi menyejukkan badannya.
Pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Elakkan kawasan bawah katil dan almari tidak dipenuhi dengan barang-barang kerana ditempat tersorok dan gelap beginilah ular suka duduk.
Tikus merupakan salah satu sumber makanan ular. Jadi, hapuskan kehadiran tikus di kediaman dengan memastikan keadaan dan persekitarannya sentiasa bersih. Buang semua sisa makanan yang dapat mengundang tikus.
Sediakan perangkap ular di kawasan kediaman dan anda boleh gunakan tikus sebagai umpan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Warna bukan hanya sekadar pengalaman visual. Ia dilihat sebagai salah satu bentuk komunikasi yang membolehkan manusia menyerlahkan personaliti dan perwatakan. Selain itu, warna juga merupakan salah satu cabang psikologi yang boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang.
Sudah tentu saja, reaksi terhadap setiap warna adalah subjektif bergantung kepada individu, tetapi secara umumnya, beberapa jenis warna menghasilkan tindak balas yang lebih spesifik. Warna-warna hangat seperti merah, kuning dan oren boleh menghasilkan perasaan panas atau agresif, manakala warna sejuk seperti hijau dan biru boleh menenangkan atau melambangkan melankolik.
Warna yang dipilih untuk setiap ruang dalam rumah akan mencerminkan keperibadian anda. Walaupun kebanyakan dari kita mungkin tidak menghabiskan banyak masa berfikir tentang warna cat dinding dan menganggap ianya perkara yang remeh, sebenarnya pemilihan warna yang tepat boleh memberi kesan kepada mood dan perasaan kita setiap hari.
Tidak perlu bimbang dan terlalu mengejar trend semasa untuk mempunyai rumah yang indah. Trend atau gaya hiasan dalaman akan sentiasa datang dan pergi. Pemilik kediaman yang bijak akan memastikan proses pemilihan warna cat dinding dan aksesori dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar ruang kelihatan sepadan dengan personaliti serta gaya hidup seseorang..
BIRU
Warna ini boleh menurunkan tekanan darah dan menstabilkan pernafasan, oleh kerana itu biru dianggap warna yang menenangkan, santai dan tenang. Paling sesuai digunakan di bilik tidur dan bilik mandi, biru pastel cantik apabila dipadankan dengan warna warm agar ruang tidak kelihatan terlalu ‘sejuk’.
MERAH
Merah melambangkan keyakinan, kegembiraan dan tenaga. Pilihan yang sesuai jika anda ingin membangkitkan keseronokan, terutamanya pada waktu malam. Penggunaan warna ini di ruang tamu atau ruang makan, dapat merangsang perbualan ataupun perasaan lapar. Di pintu masuk pula, merah boleh memberikan impak dan first-impression yang berkekalan.
KUNING
Kuning memberi perasaan gembira dan bahagia ibarat cahaya matahari yang bersinar. Ia adalah pilihan yang sangat baik untuk dapur, ruang makan dan bilik mandi, di mana ia dapat menaikkan semangat. Dalam ruangan yang kecil pula, penggunaan warna kuning dapat memberikan perasaan luas dan mesra. Walaupun kuning merupakan warna ceria, ia bukan satu pilihan yang baik untuk skim warna utama. Kajian menunjukkan bahawa orang akan lebih cenderung untuk hilang sabar di kawasan yang dipenuhi kuning.
HIJAU
Hijau menenangkan dan menyejukkan mata. Menggabungkan kualiti menyegarkan biru dan keriangan kuning, hijau adalah warna yang sesuai untuk mana-mana bilik di rumah. Hijau juga mempunyai kesan menenangkan apabila digunakan sebagai warna utama untuk menghias. Ia juga dipercayai dapat membantu dalam isu kesuburan.
UNGU
Ungu yang gelap akan menjadikan ruang tampak kaya, dramatik dan sofistikated. Ia juga dikaitkan dengan kemewahan dan kreativiti yang dapat merangsang imaginasi. Bagi ungu yang lebih lembut seperti lavender pula, ia membawa kualiti yang sama seperti warna biru muda. Memberi ketenangan dan kenyamanan.
OREN
Warna ini membangkitkan semangat dan merupakan warna bertenaga. Walaupun bukan idea yang baik untuk ruang tamu atau untuk bilik tidur, warna ini mungkin sesuai digunakan pada ruang yang memerlukan produktiviti. Warna oren akan membawa keluar semua emosi yang anda perlukan ketika sedang bekerja mahupun bersenam. Dalam budaya masyarakat purba, oren dipercayai boleh membantu menyembuhkan paru-paru dan meningkatkan tahap tenaga.
NEUTRAL (PUTIH, HITAM, KELABU DAN COKLAT)
Warna-warna ini merupakan asas bagi semua teknik menghias rumah. Warna hitam yang digunakan dalam kuantiti yang kecil sesuai menjadi accent ruang. Malah, ada pakar berpendapat bahawa setiap bilik memerlukan sentuhan hitam kerana warna ini dapat memberikan ruang lebih karakter.
Putih pula sudah sinonim dengan kesucian dan kebersihan. Menjadikannya warna pilihan selamat bagi mereka yang masih tidak berani bermain warna. Kelabu klasik, elegan dan sesuai dipadankan dengan semua warna. Sesiapa yang sukakan kelabu adalah seorang yang bijak dan berdisiplin. Warna coklat pula mewakili alam sekitar, keselamatan dan kepuasan. Sesiapa yang memilih coklat cenderung untuk sukakan alam semula jadi, kesederhanaan dan keselesaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Konsep gaya Klasik Inggeris ini sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman kediaman tampak lebih cantik serta menarik. Jadi, tidak hairanlah mengapa konsep ini telah menjadi kegemaran dan pilihan ramai. Betul tak?
Bagi anda yang meminati dengan dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini khususnya, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum mula mendekorasi antaranya ciri-ciri konsep yang betul dan sebagainya.
Pertama, kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini seharusnya mempunyai permukaan siling yang lebih tinggi berbanding dengan konsep gaya yang lain. Ini kerana, konsep ini mengetengahkan ruang dalaman yang tampak lebih luas dan lapang.
Selain itu, konsep gaya Klasik Inggeris ini juga kebiasaanya dipadankan dengan tona warna serba putih bagi bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan nyaman dalam kediaman.
Untuk menyerikan lagi dekorasi ruang dalaman kediaman, konsep gaya Klasik Inggeris ini di bahagian permukaan lantai sering dipadankan dengan pemilihan jubin bercorak ‘Marble’ yang tampak lebih elegan dan mewah.
Di samping itu, kebiasaannya kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini mempunyai ruang tamu dan dapur yang terbuka bagi memberikan aliran pengudaraan yang lebih baik.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!