Adab di meja makan, jangan ambil mudah. Meja makan adalah fokus utama ketika menerima kunjungan daripada tetamu. Tidak kiralah waktu musim perayaan ataupun tidak. Bukan sahaja makanan tersedia harus enak, malah perlu diatur dengan tertib.
Namun, dalam menghias meja makan pastinya ada tertib yang mungkin ramai terbawa-bawa budaya Barat sehingga menyebabkan tetamu tidak selesa menjamu selera. Oleh itu, IMPIANA sediakan tip adab meja makan ciri Melayu.
1) Alas Meja
Sebaiknya, pilih alas meja polos untuk mengelak keadaan kelihatan lebih serabut selepas terhidangnya makanan. Sebab itu, restoran atau hotel lebih gemar memilih alas meja putih. Tambahan pula, rona polos lebih membangkitkan selera berbanding corak yang serabut.
Tapi, jika rekaan meja anda menarik, IMPIANA nak cadangkan, anda tidak perlu menggunakan alas meja. Tonjolkan keunikan rekaan meja anda.
2) Place Mat
Bagi anda yang tidak menggunakan alas meja, place mat amat diperlukan. Ia bukan tujuan cantik semata. Fungsinya adalah bagi mengelak sisa makanan jatuh pada meja makan. Jadi, kerja-kerja mengemas anda lebih mudah. Hanya perlu alihkan place mat sahaja.
Ads
3) Pilihan Pinggan
Letakkan pinggan yang perlu sahaja di atas meja. Kenal pasti juadah yang disediakan. Cukup sekadar sediakan pinggan makan utama dan mangkuk sup sahaja. Mangkuk sup atau rim soup bowl sesuai untuk juadah berkuah sepert mi kari dan bihun sup, manakala dinner plate untuk makanan jenis kering seperti nasi dan mi goreng.
4) Padanan Sudu dan Garfu
Ikut table manner atau adab, posisi sudu di bahagian kanan dan garfu sebaliknya. Tak perlu dinner knife dan saiz sudu yang berbeza-beza. Jika perlu, sediakan dessert fork jika terdapat pencuci mulut.
5) Cawan atau Gelas Minuman
Ads
Sebaiknya, tanya tetamu pilihan minuman mereka. Sama ada panas, ataupun sejuk. Jika sejuk, cukup sekadar gelas minuman yang tidak berkaki. Jika anda menggunakan gelas minuman berkaki, ia membuatkan tetamu tidak selesa kerana sangat perlu berhati-hati. Cawan teh boleh disediakan selepas tetamu menjamu selera. Ia menjadikan keadaan lebih santai.
6) Napkin Cantik
Perlukah napkin atas pinggan? Budaya Melayu, bagaikan tidak sesuai dengan peraturan ini. Sebaiknya, sediakan napkin di dalam bekas atau tisu. Jadi, ia akan diambil apabila diperlukan. Tak perlu napkin kain.
7) Hiasan
Ads
Tidak perlu hiasan jika meja makan anda sudah sarat dengan makanan. Namun, bagi memberi keceriaan, rasanya tak lengkap tanpa jambangan bunga di atas meja makan. Tak perlu terlalu besar dan tinggi jambangan di atas meja makan kerana ia akan mengganggu interaksi anda ketika menjamu selera.
Pisau antara peralatan yang paling penting di dapur. Nak potong daging, sayur, buah, bawang, kentang dan sebagainya semua perlukan penggunaan pisau. Memiliki pisau yang tajam pasti akan mempercepatkan tugasan memasak.
Pisau yang kerap digunakan dan tidak dijaga dengan betul, pasti akan tumpul. Kalau pisau dah tumpul, memang susah la nak potong bahan-bahan untuk memasak. Malah menurut kajian, lebih kerap terjadi ‘kemalangan di dapur’ akibat menggunakan pisau yang tumpul berbanding pisau yang tajam. Jadi kalau nak elak berlaku kecederaan yang tidak diingini, jom kita ikuti tips penjagaan pisau dapur yang dikongsikan di bawah ini.
1) Pisau Berkualiti
Perkara yang paling utama adalah membeli pisau yang berkualiti iaitu diperbuat dari jenis yang tidak mudah berkarat. Anda boleh pilih sama ada menggunakan pisau jenis stainless steel atau pisau yang diperbuat dari bahan keramik.
2) Kegunaan Yang Sesuai Dengan Fungsi
Pisau datang dalam pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza. Pastikan anda tahu menggunakan saiz pisau yang berbeza mengikut fungsinya. Contoh pisau roti untuk memotong roti . Jangan pula anda guna pisau pemotong roti untuk memotong daging atau bahan makanan yang keras. Jika salah kegunaannya pasti pisau tersebut tidak akan tahan lama.
3) Jaga Kebersihan Pisau
Setiap kali selepas menggunakan pisau, pastikan anda cuci dengan bahan pencuci pinggan mangkuk dan air yang bersih. Selepas itu lap dengan kain yang kering dan bersih. Simpan pisau di tempat yang sesuai dan kering. Pisau yang dijaga dengan baik akan tahan lebih lama dan tidak mudah tumpul.
4) Kerap Mengasah Pisau
Pisau yang digunakan berulang-ulang kali, perlu diasah sekali sekala. Beli alat mengasah yang sesuai untuk mengasah pisau-pisau dapur yang telah mula menunjukkan tanda-tanda tumpul. Selalunya pisau pemotong daging yang perlu diasah dengan lebih kerap berbanding pisau-pisau lain.
Rupa dan konsep industri dalam reka bentuk dalaman telah lama wujud dan menjadi kegemaran dikalangan pemilik rumah dan pereka, menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat. Konkrit juga merupakan bahan versatile yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu atau side table. Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang. Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka untuk gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya! Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa. Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang dihantar melalui dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi dengan bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit. Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini. Dibawah IMPIANA kongsikan gambar-gambar untuk kita sama sama terinspirasi dengan konkrit. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selalunya urusan melipat baju memang renyah berbanding membasuh dan menyidainya. Kena tunggu ada ‘mood’ dan ada masa yang sesuai, barulah nak ‘menghadapnya’ lipat satu persatu. Memang lebih penat bila ada anak kecil yang ramai, maknanya makin banyak baju yang perlu dilipat.
Malah lebih ‘syahdu’nya bila dah elok siap lipat semua, jenguk dalam almari, habis berterabur baju-baju yang ada pula sebab lipatannya mudah terbuka, ketika anak-anak tarik baju dari laci.
Sebenarnya ada trik mudah bagi penyelesaian masalah ini. Barulah lipatan baju tak mudah terbuka, tetap elok tersusun kemas dalam almari!.
Menerusi perkongsian video di tiktok yang dikongsikan oleh Puan Juelinerwinnieada cara tersendiri dalam melipat baju.
Cara-Caranya:
1. Hampar/ bentang kan baju t-shirt yang ada. Biarkan ia dalam keadaan terbalik.
2. Lipat bahagian kiri dan kanan baju.
3. Kemudian lipat ke atas.
4. Selepas itu, lipat lagi untuk kecilkan ia.
5. Kemudian terbalikkan, keluarkan pada bahagian leher baju dan kemaskan.
Siap!
Boleh rujuk video tutorial lipat baju seperti berikut.
Menurut Puan Juelinerwinnie, dia suka dengan cara lipat baju seperti ini kerana menjadikan baju lebih kemas, tak mudah terlerai/terbuka lipatan baju bila ditarik keluar dari laci almari setelah disusun.
IMPIANA : Menarik juga trik dan tip lipat baju yang dikongsikan ini. Barulah baju yang dilipat tetap elok kemas tersusun, tak berterabur dalam almari. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.