Cermin merupakan elemen yang penting dalam seni susun atur dalaman rumah menurut Feng Shui.
Penggunaan cermin yang betul bukan sahaja dapat memperbaiki aliran tenaga positif dalam rumah, tetapi juga dapat memberi kesan estetik yang menenangkan dan menyenangkan.
1. Ruang Tamu
Cermin ruang tamu
Cermin di ruang tamu boleh mencipta ilusi ruang yang lebih luas dan cerah. Letakkan cermin di dinding yang berhadapan dengan tingkap untuk memantulkan cahaya semulajadi dan membawa masuk lebih banyak tenaga positif (Chi). Elakkan meletakkan cermin berhadapan langsung dengan pintu masuk kerana ia boleh memantulkan tenaga keluar dari rumah.
2. Ruang Makan
Di ruang makan, cermin boleh ditempatkan di dinding untuk memantulkan meja makan. Ini dipercayai dapat menggandakan kemakmuran dan kelimpahan dalam rumah anda. Pastikan cermin tersebut bersih dan tidak retak untuk memastikan tenaga yang dipantulkan adalah positif.
3. Bilik Tidur
Ads
Memasang cermin dalam bilik tidur boleh tapi perlu dielakkan letak di bahagian kepala. Ini kerana cermin menyerap tenaga terlalu besar tidak kiralah positif mahupun negatif. Selain itu, letak cermin di kepala katil sangat berbahaya kerana ada risiko untuk jatuh dan terkena kamu.
4. Pintu Masuk
Cermin
Cermin boleh diletakkan berhampiran pintu masuk tetapi bukan berhadapan dengan pintu secara langsung. Meletakkan cermin di sisi pintu masuk boleh membantu memperbaiki aliran tenaga dan memberi rasa ruang yang lebih luas. Ia juga boleh memberi kesan pertama yang baik kepada tetamu yang datang.
5. Dapur
Dalam dapur, elakkan meletakkan cermin yang memantulkan dapur atau periuk masak kerana ia dipercayai dapat menggandakan elemen api yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan tenaga. Cermin kecil boleh digunakan di kawasan tertentu untuk memantulkan cahaya dan menambah pencahayaan.
6. Tangga
Ads
Tangga yang curam boleh menyebabkan aliran tenaga yang tergesa-gesa dan tidak stabil. Meletakkan cermin di dinding tangga boleh membantu melambatkan dan menyeimbangkan aliran tenaga tersebut. Pastikan cermin diletakkan dengan ketinggian yang betul agar ia tidak memotong imej orang yang lalu lalang.
7. Bilangan cermin di satu dinding
Meletakkan cermin dengan banyak di satu dinding boleh memberi makna feng shui yang sangat bagus dan elok. Susunannya pula, kamu tidak boleh letakkan cermin tersebut sehingga menghampiri atap. Tetapi susun cermin di bahagian tengah seolah-olah ia seperti susunan bingkai gambar.
Ads
IMPIANA : Dengan memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip Feng Shui ini, anda dapat mencipta suasana yang harmoni dan seimbang dalam rumah anda, membawa masuk lebih banyak rezeki, kesihatan, dan kebahagiaan.
Jenama fesyen mewah yang berasal dari Paris ini sering menjadi kegilaan ramai dalam arena fesyen. Dari pakaian dan tas tangan wanita yang cukup elegan dalam sentuhan membuatkan ramai wanita di luar sana jatuh cinta dengan rekaan Yves Saint Laurent ini. Kali ini IMPIANA tertarik dan jatuh hati dengan kediaman milik pengasas Yves Saint Laurent ini.
Pernahkah Anda membayangkan, hunian seperti apa yang kira-kira dimiliki oleh seseorang yang begitu terkenal dengan karya-karyanya yang dilandasi oleh kecintaan akan seni dan kemewahan?
Fashion Designer ternama asal Prancis, Yves Saint Laurent, memberikan kita jawaban melalui salah satu villa mewahnya yang terletak di tengah Kota Marrakech ini.
Pemilihan warna yang terang dalam penataan membuatkan rumah milik peribadi beliau ini kelihatan ceria dan bertenaga. Kesenian dalam penataan gaya Morocco membuatkan kediaman ini mempuyai elemen mewah tersendiri.
Salah satu kemewahan dari rumah ini adalah keindahan rona warna yang terinspirasi dari identiti kota Marrakesh, sebuah kota dengan jolokkan mawar merah kerana warnanya yang penuh dengan rona merah muda.
Pengaruh tersebut sangat signifikasi di villa ini, sehingga terlihat bagaimana pintu dalam bangunan ini dilukis dengan tangan dan telah berhasil dilestarikan di pintu utama rumah dan ruang tamu.
Selain itu, pengaruhnya dapat dilihat dari bunga bougenville yang menjadi pilihan utama dari landskap rumah.
Melihat di setiap sudut dan ruang yang direka dengan megah ini tidak ada sedikit pun yang dibiarkan polos. Keseimbangan tersebut diraih melalui gabungan warna sehingga ruang rekaan yang lain dipalit dalam rona yang sama.
Melihat kesenian dalam kamar tidur pula cukup mencuri perhatian. Kepala katil yang diukir dan dilukis dengan tangan ini membuatkan ia nampak lebih eksklusif tanpa ada persamaan dalam mana rekaan kepala katil di luar sana. Mengenakan warna merah dan lantai dari mamar hijau, kemasan dan perincian dekor lain yang mengenakan warna hitam dan emas membuatkan ruang ini nampak lebih menawan.
Kombinasi antik dan elegan membuatkan kediaman Yves Saint Laurent ini nampak lebih gah dalam ciri yang tersendiri. Dalam kediaman agam ini juga terdapat ruang membaca atau ruang untuk mendapatkan ilham (mini library). Ruang ini juga tidak dibiarkan hambar seperti ruang membaca biasa.
IMPIANA amatlah terinspirasi dengan kediaman milik pereka jenama mewah ini. Apa pendapat anda bila mealihat kediaman agam ini?
Guna Bunjut Rempah, Cara Berkesan Elak Lipas ‘Berkampung’ Dalam Kabinet Dapur. Lipas antara serangga yang cukup ‘dibenci’ buat setiap pemilik kediaman kerana ia kotor, meninggalkan najis merata-rata malah berbau busuk.
Jika dah cuba pelbagai cara namun tak berjaya untuk halau lipas ini, boleh cuba petua mudah dan berkesan ini untuk hapuskan semua lipas yang berkampung di dalam kabinet dapur. Hanya menggunakan bunjut rempah sahaja. Katanya memang menjadi dan ‘lari’ semua lipas yang ada!
Perkongsian daripada Ummi Akid ini boleh dijadikan rujukan;
Beberapa bulan lalu kita buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan kita nak kongsi idea kot boleh bantu atasi masalah “cikpas”.
Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak diziarahi cikpas lagi. Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu so tak mendatang dah kini.
So far hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangannya pun tiada. Bubuh 4 sekawan dalam mesh net beg tapi kena buh 3-4 beg la dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.
Cara Membuat:
Letak empat sekawan dalam mesh net (lebihkan cengkih dan buah pelaga).
Ikat di tombol pintu kabinet atau campakkan sahaja di dalam kawasan kabinet.
Cuba la, mana lah tahu berhasil juga. Berjaya untuk saya tidak semestinya untuk korang. Apa-apa pun usaha itu tangga kejayaan.
TAPI sebelum letak tu…bersihkan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer. Sembang-sembang dengan cikpas suruh dia jangan datang lagi…jangan marah-marah.
IMPIANA: Jika ada masalah lipas pada kabinet mahupun rak laci dapur tu, boleh cuba petua berkesan yang dikongsikan ini. Memang dapat menghalau lipas daripada terus ‘berkampung’ dalam kabinet.
Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Caranya :
Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...