Tip memilih karpet outdoor, tahan lama dan mudah dijaga. Karpet ni bukan sahaja boleh digunakan di dalam rumah, untuk kegunaan luar rumah pun boleh. Anda boleh tempatkannya di gazebo, porch, dan sebagainya.
Jika anda dan keluarga banyak menghabiskan masa di area tersebut, karpet outdoor mampu memberi keselesaan dan menghidupkan suasana.
Namun, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli karpet outdoor berbanding karpet indoor. Jadi, IMPIANA kongsikan beberapa tip yang perlu anda ambil kira.
1) Material yang Tahan Cuaca
Pilih karpet yang diperbuat daripada bahan yang tahan cuaca melampau seperti sinar UV, hujan dan kelembapan. Bahan yang biasa digunakan untuk karpet luar termasuk polipropilena (olefin), poliester atau bahan sintetik tahan lama.
2) Kekukuhan dan Ketumpatan
Ads
Karpet untuk bahagian luar rumah perlu mempunyai kekukuhan dan ketumpatan yang mencukupi untuk menahan penggunaan dan lelasan. Ini juga memastikan karpet tidak mudah rosak atau berkedut.
3) Penjagaan yang Mudah
Pilih permaidani yang mudah dibersihkan dan diselenggara. Karpet luar sering terdedah kepada habuk, kotoran, dan juga kotoran yang boleh datang daripada makanan atau minuman yang tumpah. Pastikan anda boleh membersihkannya dengan mudah menggunakan vakum atau semburan air.
4) Saiz dan Bentuk
Padankan saiz dan bentuk permaidani dengan ruang luar anda. Pertimbangkan sama ada anda ingin menutup kawasan tertentu atau hanya menambah sentuhan hiasan di bawah meja atau perabot luar.
Ads
5) Warna dan Reka Bentuk
Pilih warna dan reka bentuk yang sesuai dengan gaya hiasan ruang luar anda. Warna neutral selalunya lebih mudah dijaga kerana ia tidak menampakkan kesan atau kotoran dengan mudah. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menambah sentuhan warna atau corak, pastikan permaidani mempunyai perlindungan terhadap warna pudar akibat sinaran UV.
6) Kualiti Jahitan
Periksa kualiti jahitan permaidani, terutamanya di bahagian tepi. Jahitan yang kuat dan kemas akan menjadikan permaidani lebih tahan lama dan mengurangkan risiko melelas atau kerosakan di bahagian tepi.
Ads
IMPIANA: Anda perlu memilih karpet outdoor yang bukan sahaja tahan lama dan mudah dijaga, tetapi juga menambah nilai estetik pada ruang luar rumah anda.
Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..
Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :
Bahan #1 SODABIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.
Bahan #2 CUKA Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.
Bahan #3 UBAT GIGI Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.
Bahan #4 MAYONIS Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan circular dan bilas dengan air.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biasalah kediaman yang mempunyai binatang peliharaan pasti akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang enak malah memberi kesan tidak baik terutama kepada mereka yang mempunyai alahan.
Terutamanya jika kucing tadi jenis ‘indoor’ dan tidak pernah dilepaskan di luar rumah.
Jadi, apa yang dilakukan bagi menghilangkan bau kucing yang kadang-kala agak kurang menyenangkan itu.
Perkongsian berkenaan tips kurangkan bau kucing dalam rumah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @qienaibrahim di akaun miliknya.
“Antara tip untuk majikan indoor. Selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan dan bersihkan litter box majikan,” tulis kapsyen muat naik wanita tersebut.
Menurut perkongsian video wanita tersebut, bahan utama untuk mengatasi masalah itu adalah kulit kayu manis. Bahan mudah yang berada di dapur rumah dan menjadi kegunaan untuk memasak makanan yang enak.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah ambil bekas kosong mengikut saiz bersesuaian dengan keluasan rumah anda.
Kemudian letakkan kulit kayu manis beberapa batang dan tuang air ke dalam bekas tersebut. Air boleh di isi separuh daripada bekas kosong yang disediakan tersebut.
Letak campuran bahan tadi di tempat yang tersorok seperti di bawah kabinet tv mahupun almari hiasan. Perkongsian wanita itu juga telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok yang lainnya. Antara komen yang mendapat perhatian adalah:
“Rumah saya flat ada 10 ekor kucing memang setiap penjuru saya letak air kayu manis. Memang takda bau,” tulis seorang pengguna yang berkongsi cara yang sama untuk hilangkan bau kucing.
“Cuma kena pastikan letak ubat jentik-jentik untuk elak jadi tempat pembiakan aedes,” tulis seorang pengguna yang memberi saranan tambahan.
“Sangat berguna untuk babu seperti saya…” tulis seorang lagi pengguna bergurau.
Sekarang ini, harga minyak masak dah makin menaik. Dan lepas itu, kita guna banyak pula. Mana tak nya, cepat habis. Nak beli baru, duit pula habis. Haihh. Oleh sebab itu, kita kena cermat dalam menggunakan minyak masak supaya minyak itu bertahan lama. Sebab itulah hari ini, saya akan berkongsi dengan hampa semua, tips-tips yang anda boleh guna, dalam berjimat semasa menggunakan minyak masak. Mari kita lihat tips-tipsnya.
CARA SIMPAN MINYAK MASAK SUPAYA TAHAN LEBIH LAMA DAN BOLEH GUNA SEMULA.
Demi menjayakan cara ini, sebaiknya kita jangan biarkan minyak masak itu panas terlalu lama tanpa bahan. Seterusnya, pastikan suhu minyak mencapai dalam sekitar 180-190 darjah celcius dengan api yang sederhana semasa melakukan deep fried. Paling penting, tutup terus api setelah selesai memasak.
Ada sesetengah orang dia biarkan api terbuka walaupun dah selesai menggoreng makanan. Katanya, terlupa. Selepas itu, seharusnya menggunakan bekas kedap udara untuk menyimpan minyak masak yang telah digunakan. Cara lain pula, boleh juga menyimpan minyak dalam peti sejuk kerana minyak akan kembali suhunya balik apabila hendak menggunakannya.
Tambahan lain, apabila sudah selesai memasak, mesti anda akan mengangkat makanan dengan penapis bukan? Sebaik-baiknya menggunakan penapis teh jenis kain dengan bentukkan dalam bentuk kon untuk menapis sesuatu.
Dengan cara ini, anda sudah tahu untuk menjaga minyak masak dan cara menyimpannya dengan sebaiknya. Selepas ini, anda dah boleh guna minyak yang sama berulang kali.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.