10 Tahun Kerja Keras, Capai Impian Bina Rumah Banglo Untuk Keselesaan Mak Ayah. Setiap kerja keras dan usaha gigih tanpa berputus asa pasti beroleh kejayaan.
Perkongsian daripada Azmil Sani ini wajar dijadikan pemangkin semangat dan inspirasi untuk kita berusaha gigih dalam mencapai impian. Lebih-lebih lagi dalam berbakti untuk memberi kebahagiaan buat mak ayah dengan memberikan tempat berlindung dan berteduh dengan lebih selesa. 10 tahun bukan tempoh yang singkat, namun impian untuk membina rumah impian buat mak ayah akhirnya tercapai juga.
“Kejayaan paling beharga dalam hidup aku bukan dapat duit juta-juta bukan beberapa syarikat yang ada. Tapi dapat bina rumah untuk my mom menggunakan hasil dan idea sendiri oleh syarikat aku sendiri. Telah aku impikan sejak kecil lagi.
“Aku keje kuat bukan nak kaya, tapi untuk kesenangan orang tua. 10 tahun untuk capai semua ni..Hanya tuhan yang tahun susah dan senang.
“Aku bukan dari keluarga yang senang, tapi kesenangan untuk org tua atas pilihan aku sendiri..10 kali aku jatuh, 100 kali aku bangkit,” Azmil Sani
Banglo Setingkat 3365kps
Dalam perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan, tersergam indah binaan rumah jenis banglo setingkat dengan keluasan 3365kps yang terletak di Manjung, Perak berjaya didirikan.
Berbanding rupa asal rumah yang pernah didiami dahulu, rumah baru yang dibina ini di atas tapak yang lain.
“Before dan After..Ianya sangat melegakan..Thanks Allah..Sangat bersyukur atas izinNya.” Azmil Sani
Ads
Ruang Kediaman
Rona tanah ‘earth color’ mendominasi pemilihan warna di rumah ini.Ruang di dalam rumah ini mempunyai 3 bilik tidur, bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur yang cukup luas dan selesa.
Ads
Bahagian luar rumah pula mempunyai ruang patio yang luas boleh dijadikan ruang untuk bersantai seisi keluarga sambil menghirup udara segar. Dinding rumah juga dilengkapi dengan batu angin dan pintu lipat ‘Folding door’ bagi mendapatkan pengudaraan yang maksimum.
Banglo ini dikelilingi oleh pagar batu yang cukup ‘solid’ dengan kemasan batu angin dan bata merah.
Pemilik memilih material jubin sebagai kemasan utama pada keseluruhan lantai rumah yang dapat memiliki ketahanan jangka panjang. Pemilihan ‘fluted wall’ sebagai aksen bagi menambah seri kediaman seperti di ‘breakfast counter’, ‘bed frame’, kabinet TV, kabinet sinki bilik air dan sebagainya.
IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman, berjaya merealisasikan impian membina rumah yang lebih selesa untuk kebahagiaan orang tua. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Nak beli air-cond biasanya mesti penjual akan tanya nak yang lengkap inverter atau pun tidak. Ini juga antara “selling point” yang banyak digunakan oleh penjual-penjual. Sebenarnya, bukan air-cond sahaja yang menggunakan sistem ini. Peti sejuk, oven dan mesin basuh tidak terkecuali menggunakannya.
Apa beza air-cond inverter atau non-inverter ni?
Inverter
Tindakbalas Pantas untuk mencapai suhu yang dikehendaki
Memberikan suhu yang kekal dan selesa
Lebih menjimatkan tenaga elektrik sekiranya digunakan pada waktu yang lama
Mengurangkan bunyi pada sisitem operasi
Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih mahal dari normal unit.
Harga lagi mahal dari unit biasa
Non Inverter
Lebih masa yang diperlukan untuk mencapai suhu yang dikehendaki
Lebih banyak menggunakan tenaga elektrik
Sistem operasinya lebih bising
Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih murah berbanding inverter
Harga lebih murah
Air conditioner adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan elektrik. Maka jika anda memilih akan memasang air conditioner di rumah, sudah sewajarnya anda akan memilih AC yang menjimatkan elektrik. Disinilah peranan teknologi inverter boleh dimanfaatkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman adalah cerminan keperibadian kita, bagaimana segala susunan dekorasi, warna dan konsep yang kita pilih kebiasaannya melambangkan personaliti kita. Paling utama peletakan perabot perlu lah hadir dan berfungsi seperti yang kita inginkan. Bukan kecil atau besar sesebuah kediaman menjadi ukuran tetapi andai ia bersih, kemas dan cantik sudah semestinya membuat kita rasa tenang dan menyejukkan hati – home sweet home. Tidak kiralah rumah teres, rumah banglo mahupun rumah flat, setiap perincian yang kita pilih akan mempengaruhi mood keseluruhan rumah.
Bagi pemilik akaun FB Syuki Cuki, rumah flat tingkat 4 yang didiami bersama suaminya sejak bulan Mac 2018 ini merupakan kanvas untuk beliau berkarya. Kediaman berkeluasan 590 kaki persegi ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air yang telah di’transform’ dengan baik sekali. Ruang yang terhad tidak menghalang pemilik untuk megekspresikan personaliti mereka menerusi pemilihan warna cat serta susun atur perabot. Menurut tuan rumah lagi, anggaran kos keseluruhan renovasi rumah ini tidak lebih dari RM20k.
Kerana gemarkan corak geometrik abstrak, tuan rumah memilih untuk mengecat sendiri dinding rumah dengan hanya menggunakan cat dan masking tape. Walaupun penat, tapi dapat jimat banyak wang dan masa.
Saya memilih untuk buat corak pada dinding berbanding wallpaper kerana nak pasang wallpaper perlukan kesabaran yang tinggi. Sebenarnya kalau nak buat dinding bercorak abstrak macam ni, (penggunaan) cat warna sangat jimat . Bayangkan, untuk satu rumah saya cuma guna 5 liter cat berwarna dan selebihnya cat putih..jimat kan??
Jom kita sama-sama lihat transformasi mengagumkan rumah flat PKNS ini menjadi sebuah kediaman moden yang santai.
SEBELUM
SELEPAS
Menarik kan? Kalau ada yang mahu meniru gaya cat geometrik seperti ini, anda boleh klik pada pautan video di bawah untuk tutorial step-by-step. Selamat mencuba semua!
Ni contoh sahaja taw. Cara tampal tape bergantung pd corak n kreativiti uolsss k.
Macam Ni Cuci “Indoor Plant” Untuk Sentiasa Kelihatan Segar Dan Berkilat. Indoor plant, bagaikan satu kemestian dalam dekorasi agar ia kelihatan lebih segar dan menarik. Terdapat pelbagai jenis dan spesis indoor plant yang sesuai dijadikan hiasan. Bukan sahaja tugas anda untuk menyiram dan membaja, kalau nak nampak inddor plant anda sentiasa segar, tak kusam dan daun nya sentiasa kilat, boleh cuba 4 teknik mencuci daun indoor plant ni
1. CUKA DAN AIR
Cuka adalah bahan paling mudah dan mujarab untuk membersihkan permukaan daun supaya kelihatan kilat sentiasa. Caranya, campurkan 1-2 sudu teh cuka kedalam 1 liter air. Isi campuran air tadi kedalam botol semburan dan sembur terus pada permukaan daun. Biarkan seketika semburan tadi menjalankan tugas. Kemudian, lap dengan kain kering dan bersih.
Campurkan sabun cecair pencuci pinggan 6-8 titik ke dalam 1 liter air dan kacau rata. Celupkan atau basahkan kain lembut dan bersih ke dalam campuran air tadi. Kemudian, lap permukaan daun. Biarkan seketika baru di bilas dengan kain yang lembap dengan air bersih
Nak lap daun tu, pakai kain microfiber adalah yang terbaik. Boleh beli kain microfiber murah dan berkualiti dekat link ni https://invol.co/cl8ogqo tak samapai RM 1 sehelai
3. JUS LEMON DAN AIR
Jika anda tidak mempunyai cuka, boleh guna jus lemon sebagai ganti. Kaedah dan caranya sama seperti menggunakan cuka
4. AIR SULING
Air suling sesuai untuk bersihkan permukaan daun yang tidak mempunyai kotoran yang banyak dan kotoranya tidak degil. Sebaiknya gunakan air suam kerana ia dapat mengelak kejutan pada struktur daun dan pokok. Hanya perlu basahkan kain lembut dengan air suling dan lapkan pada permukaan daun
Macam Ni Cuci “Indoor Plant” Untuk Sentiasa Kelihatan Segar Dan Berkilat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.