Mencari warna yang sesuai untuk cat dinding atau perabot rumah boleh menjadi satu cabaran. Pemilihan warna yang betul akan memberikan impak besar terhadap suasana dan gaya kediaman anda.
Bukan sahaja warna dinding, malah perabot, langsir, dan dekorasi lain juga perlu disesuaikan agar selari dengan konsep yang diinginkan. Bagi yang baru pindah rumah info ini penting untuk disimpan.
Apabila rumah kita dilanda banjir, salah satu cabaran yang perlu dihadapi ialah membersihkan pakaian yang terendam dalam air banjir.
Air banjir biasanya kotor dan mengandungi pelbagai kekotoran seperti lumpur, sisa buangan. Oleh itu, pakaian yang terkena air banjir memerlukan penjagaan khas agar bersih dan selamat dipakai semula.
Bagi membolehkan pakaian ini bersih dan boleh dipakai kembali berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mencuci pakaian yang terendam banjir.
1. Bersihkan dulu dari lumpur
Pakaian begini memang tak diterima oleh dobi jadi kita kena cuci sendiri. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan bersihkan lumpur dengan cara merendam baju.
Rendam baju ini hingga lumpur keluar dari baju. Kemudian bilas beberapa kali hingga air bilasan tiada warna lumpur. Selain rendam boleh juga sembur menggunakan semburan air yang kuat.
2. Asingkan
Selepas tanggal lumpur, asingkan pakaian putih dengan berwarna untuk proses basuhan seterusnya.
3. Rendam air panas
Bagi menghilangkan bakteria atau kuman yang mungkin masih ada pada baju, rendam pakaian dengan air panas. Rendam paling kurang 5 minit, jika ingin lebih lama tambah air panas lagi. Ketika ini boleh tambahkan dengan cecair pencuci anti kuman atau virus.
4. Baju bayi rendam sekali lagi dalam cairan pembersih kuman
Jika yang terendam itu adalah baju anak-anak atau bayi, rendam sekali lagi dalam air yang ditambah cairan pembersih kuman. Tak perlu lama, 10 minit mencukupi. Boleh guna cecair pembasmi.
5. Basuh
Selepas itu basuh sekali lagi seperti biasa menggunakan mesin basuh menggunakan mode paling lama supaya cucian bersih.
Kemudian jemur di bawah pancaran matahari hingga benar-benar kering. Ataupun keringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri. Panjangkan tempoh supaya baju sepenuhnya.
Boleh dikatakan setiap kediaman pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk yang digunakan dan ianya akan dipasang 24 jam sehari secara berterusan. Ini tip penting yang boleh dijadikan panduan supaya peti sejuk tahan lama, tak mudah rosak serta dapat jimatkan bil elektrik bulanan.
Disarankan beli peti sejuk yang mempunyai label penggunaan elektrik cekap star-rating yang baik, dan lebih baik lagi jika ada teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk peti sejuk tersebut.
Kedudukan peti sejuk perlu strategik dan terlindung daripada cahaya matahari ataupun peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Pendedahan pada cahaya matahari akan menyebabkan peti sejuk berkerja lebih keras untuk memastikan suhu di dalam ruang simpanan berada dalam keadaan optimum.
Pastikan juga peti sejuk diberikan ruang pengudaraan yang mencukupi; sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk (10-30 cm) daripada dinding di bahagian belakang, tepi dan atas.
Penting, elakkan memasukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk. Ia boleh merosakkan thermal fuse dan menyebabkan compressor bekerja keras. Sekaligus mengakibatkan peti sejuk gagal berfungsi.
Kurangkan kekerapan buka-tutup pintu peti sejuk. Peti sejuk yang terlalu kerap dibuka akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk. Ini juga meningkatkan beban kerja peti sejuk tersebut.
Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum; suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC. Kecekapan suhu di dalam ruang simpanan amat penting bagi memastikan makanan yang disimpan berada dalam suhu yang tepat bagi mengelak pembiakan bakteria.
Jangan terlalu penuhkan peti. Pastikan ada ruang untuk aliran udara didalamnya. Tetapi, pada masa yang sama, jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong pula. Jika tiada barang untuk disimpan dalam peti sejuk, letakkan sahaja beberapa bekas kosong. Ini akan mengurangkan aliran keluar udara sejuk.
Akhir sekali, cuci peti sejuk sekurang-kuranya 1-2 minggu sekali. Keluarkan semua bahan, dan bersihkan. Kemudian, langkah terakhir, titiskan sedikit asen vanilla di atas kain bersih dan lap keseluruhan permukaan dalam peti sejuk. Tutup dan biarkan 30 minit sebelum masukkan semula barang untuk disimpan.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi jika nak peti sejuk di rumah tahan lama, tak mudah rosak dan dapat jimatkan bil elektik bulanan, ikut tip yang dikongsikan ini.
Adakah anda mengalami masalah dengan laci yang susah untuk dibuka dan ditutup? Mungkin rail laci anda sudah rosak atau haus akibat penggunaan bertahun-tahun.
Jangan risau, anda boleh membaiki laci anda dengan mudah tanpa perlu mengupah tukang dengan beberapa langkah DIY yang ringkas ini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.