Wajib Tukar Cadar Tilam & Sarung Bantal 2 Kali Seminggu! Ramai di antara kita yang sekurang-kurangnya menukar cadar tilam dan sarung bantal sebulan sekali. Adakah ia memadai?
Ada juga yang mempunyai mentaliti untuk menukar cadar dan sarung bantal apabila ia benar-benar kotor. Hakikatnya, kita tak akan sedar bilakah ia benar-benar kotor atau berbau.
Menurut Goodman, kita sangat disarankan untuk mengganti semua yang ada di atas katil termasuk cadar, sarung bantal dan selimut sekurang-kurangnya 1 ke 2 kali seminggu minggu. Jadi, kenapa kita perlu tukar dengan kerap?
1. Menjaga Kebersihan
Cadar dan sarung bantal menyerap peluh, minyak dari kulit, sel-sel kulit mati, dan debu dari sepanjang hari kita. Tanpa menukarnya secara kerap, kotoran ini boleh berkumpul dan mencipta persekitaran tidur yang tidak higienik. Tambahan pula, bakteria dan kutu tilam juga boleh membiak jika tidak diganti secara kerap, meningkatkan risiko alergi dan masalah kesihatan lain.
2. Mengurangkan Risiko Alergi dan Gatal Kulit
Bagi individu yang menghidap alergi atau mempunyai kulit sensitif, menukar cadar dan sarung bantal secara berkala sangat penting. Kotoran yang terperangkap di dalamnya boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau memburukkan reaksi alergi yang sedia ada. Bed bugs atau dust mites, agak bahaya. Selain menyebabkan kulit menjadi gatal dan merah angkara gigitan makhluk kecil ini, ia juga akan mengakibatkan reaksi alahan terutama jika individu itu ada masalah ekzema dan dermatitis. Dengan menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu, anda dapat menjaga kesihatan kulit.
Ads
3. Pentingkan Keselesaan
Cadar dan sarung bantal yang telah digunakan untuk tempoh yang lama mungkin tidak lagi memberikan keselesaan yang optimum. Dengan menukarnya secara rutin, anda dapat memastikan bahawa tempat tidur anda tetap selesa untuk tidur yang berkualiti setiap malam. Ini sangat penting terutama jika anda berkongsi katil dengan pasangan atau berkongsi katil bersama haiwan peliharaan.
4. Mengurangkan Bau Tidak Menyenangkan
Peluh, minyak, dan kotoran lain yang ada pada cadar dan sarung bantal lama boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Dengan menukar cadar dan sarung bantal secara teratur, anda dapat menjaga keharuman dan kesegaran tempat tidur dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.
Ads
5. Meningkatkan Kualiti Tidur dan Kesihatan
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan. Dengan memiliki persekitaran tidur yang bersih dan segar, anda dapat meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan fokus dan produktiviti harian, serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
Tips untuk Menjaga Kualiti Cadar dan Sarung Bantal:
Cuci secara Berkala: Selain menukar cadar dan sarung bantal, pastikan untuk mencucinya secara teratur mengikut panduan penjagaan bahan.
Pilih Material yang Tepat: Memilih material yang berkualiti dan mudah dijaga dapat membantu memperpanjang jangka hayat cadar dan sarung bantal serta menjaga kebersihan dan keselesaan mereka.
IMPIANA: Dengan menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu, anda dapat mencipta persekitaran tidur yang lebih bersih, selesa, dan menyegarkan. Tindakan mudah ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti tidur anda tetapi juga dapat memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Tip Survive Apabila Mengalami Gangguan Bekalan Air. Gangguan bekalan air adalah situasi kecemasan atau darurat yang selalunya boleh berlaku tanpa diduga. Kehilangan akses kepada air bersih boleh menyebabkan banyak kesukaran harian, daripada keperluan asas seperti memasak dan mandi kepada memenuhi keperluan kebersihan diri dan persekitaran.
Namun, dengan adanya persediaan yang betul dan tindakan yang bijak, anda boleh bertahan dan menghadapi situasi gangguan bekalan air dengan lebih tenang.
Langkah pertama yang paling penting ialah menyimpan rizab air. Sebaik-baiknya, anda perlu mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 hari berikutnya untuk setiap ahli keluarga. Simpan air dalam bekas yang bersih dan selamat, seperti botol plastik kalis air atau tong air kecemasan. Pastikan bekas simpanan ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.
Apabila menghadapi situasi kecemasan, penggunaan air mesti diutamakan. Gunakan air yang mencukupi untuk setiap keperluan, seperti memasak, minum dan mandi. Mandi dalam baldi atau menggunakan kain lap basah untuk membersihkan diri boleh menjadi alternatif apabila air terhad. Pakai pakaian yang boleh digunakan beberapa kali sebelum mencuci untuk menjimatkan penggunaan air.
Adalah penting untuk mengetahui dan menyediakan sumber air alternatif di sekitar tempat tinggal anda. Sumber ini boleh termasuk air bukit, telaga, kolam dan tangki air hujan. Pastikan anda menyemak keselamatan dan kualiti air daripada sumber alternatif sebelum digunakan. Jika perlu, ambil langkah untuk membersihkan air sebelum digunakan.
Satu cara yang berkesan untuk mendapatkan air tambahan adalah dengan menangkap air hujan. Anda boleh meletakkan bekas bersih di luar rumah untuk mengumpul air hujan yang boleh digunakan untuk mencuci atau tujuan lain. Pastikan bekas ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.
Walaupun air terhad, menjaga kebersihan diri dan persekitaran tetap penting untuk mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan. Gunakan tisu basah atau pembersih tangan untuk membersihkan tangan dan bahagian badan yang lain jika tidak boleh mandi.
Sediakan diri anda dengan pengetahuan tentang langkah kecemasan yang perlu diambil sekiranya berlaku gangguan bekalan air. Berkomunikasi dengan keluarga atau jiran tentang rancangan kecemasan dan cara menangani situasi yang mungkin berlaku boleh membantu dalam menghadapi masa sukar ini.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan mengikuti tip-tip di atas dan kekal tenang, anda boleh menangani gangguan bekalan air dengan lebih baik. Penyediaan yang baik dan pengurusan sumber air yang bijak akan membantu anda dan keluarga anda kekal selesa dan sihat dalam situasi kecemasan ini.
Trik Hilangkan Kesan Lekukan Perabot Pada Karpet Dengan Kiub Ais, Memang Menjadi! Menjadi kebiasaan pemilik kediaman suka meletakkan hamparan karpet pada bahagian ruang tamu, bilik tidur atau ruang tertentu. Ia membuatkan ruang kediaman nampak lebih elegan dan cantik, menaikkkan lagi seri dekorasi rumah.
Karpet juga sering dijadikan alas untuk perabot seperti almari atau sofa. Namun demikian, apabila dialihkan perabot tersebut, boleh nampak dengan jelas kesan dan bekas kaki perabot. Lekukan pada karpet mahupun hujung karpet yang bergulung rupanya boleh diatasi dengan trik menggunakan ketulan ais.
Caranya memang mudah, malah kesan lekukan boleh hilang serta merta.
1. Alihkan perabot yang nak dialih tempatnya.
2. Letakkan satu kiub ais pada tanda dan tunggu hingga ais mencair.
3. Selepas kiub itu cair. Ambil sudu dan gosokkan pada lekukan itu. Hanya beberapa minit saja terus hilang kesan lekukan.
Begini pula untuk ratakan hujung karpet yang bergulung.
Selamat Mencuba! Mudah kan.
IMPIANA : Lepas ni tak perlu risau dah, guna saja kiub ais untuk hilangkan tanda lekukan dan ratakan hujung karpet yang bergulung.
Tip Transformasi Rumah Banyak Barang Jadi Minimalis, Sedap Mata Memandang. Rumah bila ada banyak barang, bebanan mengemas sudah pasti akan jadi lebih banyak juga. Sesetengah daripada kita mempunyai sikap ‘sayang barang’ sehinggakan barang yang tak guna pun nak simpan!
Jadi IMPIANA kongsikan beberapa tip untuk mengubah rumah yang penuh dengan barangan menjadi lebih teratur dan sedap mata memandang:
Mulakan dengan mengenal pasti item yang tidak lagi digunakan atau diperlukan. Buang atau dermakan barang yang tidak lagi digunakan atau rosak.
Atur barang yang selebihnya dengan cara yang berkesan. Gunakan rak, kotak penyimpanan atau pengatur untuk mengumpulkan item mengikut jenis atau fungsinya. Jika boleh, tambahkan perabot storan seperti almari, rak gantung atau storan bawah katil untuk mengoptimumkan ruang.
Manfaatkan dinding untuk penyimpanan tambahan dengan memasang rak dinding atau papan gantung untuk menggantung peralatan atau barang kecil.
Rancang ruang agar mempunyai fungsi yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan dan kekacauan.
Kurangkan jumlah hiasan atau aksesori yang tidak diperlukan supaya ruang kelihatan lebih bersih dan luas.
Gunakan pencahayaan yang baik dan pilihan warna terang untuk memberi kesan ruang yang lebih besar dan teratur.
IMPIANA: Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda boleh mengubah rumah anda menjadi tempat tinggal yang lebih selesa dan kemas.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.