Tip dekorasi ruang solat di rumah, selesa dan tenang. Mewujudkan ruang solat atau surau di rumah adalah langkah yang sangat baik untuk memudahkan keluarga beribadah dalam persekitaran yang peribadi dan selesa.
Bukan itu sahaja, dengan adanya ruang solat sendiri rumah, anda dan keluarga boleh beriabadah dengan tenang tanpa gangguan malah ia juga boleh digunakan oleh seisi keluarga untuk belajar mengaji dan memplejari ilmu agama bersama-sama. Ruang solat anda juga akan kekal bersih daripada sebarang kotoran.
1. Pilihan Warna Tenang
Gunakan warna yang menenangkan seperti hijau daun, biru lembut atau krim untuk cat dinding atau perabot. Warna-warna ini membantu mewujudkan suasana yang damai dan fokus.
2. Pencahayaan
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
Ads
3. Letak Karpet atau Sejadah
Sediakan karpet atau sejadah yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
4. Susun Atur Mudah dan Tertib
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai.
Ads
5. Tambah Tumbuhan Hijau
Tumbuhan hijau di surau dapat menambahkan kesegaran dan rasa semula jadi. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad.
6. Hiasan Dinding
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, atau gambar semula jadi yang tenang. Ini bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
IMPIANA banyak mendapat maklum balas tentang penyelesaian isu samada perlu untuk membeli meja makan, letakkan di antara ruang tamu dan dapur atau mansuhkan sahaja.
Idea yang bernas adalah dengan menggabungkan meja makan dan dapur, menjadi meja bar. Tetapi sebelum anda survey katalog jualan, apa kata periksa dahulu senarai meja bar yang IMPIANA sediakan dalam entri kali ini.
Skandinavian minimalis
Ciri utama gaya Skandinavia adalah penggunaan material semulajadi dan jika anda rujuk gambar di bawah, table top nya menggunakan papan kayu dan digabungkan dengan cat putih untuk menyerlahkan lagi eleman natural.
2. Meja bar Monokrom
Stail ini sesuai untuk mereka yang masih bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Gaya simple ini pasti memikat sesiapa sahaja yang melihat. Jimat ruang sudah semestinya kerana anda sudah menghadkan saiz minibar ini di ruangan dapur sahaja.
3. Dapur pulau dan meja makan jadi satu
Penulis merasakan implementasi konsep dapur pulau di Malaysia masih baru dan jarang untuk kita lihat. Tetapi, apa salahnya kalau kita cuba terapkan idea ini ke dalam planning dekorasi kediaman anda. Mana tahu, anda boleh menjadi trend setter selepas memasang kelengkapan ini suatu hari nanti. Belum cuba, belum tahu.
4. Meja bar kitar semula
Anda juga boleh kitar semula kayu-kayu yang masih elok atau selamatkan kayu pallet yang dibuang dan jadikan meja minibar anda sendiri. Bumi selamat, anda gembira.
5. Idea meja bar klasik vintage
Penggunaan material kayu juga boleh di upgrade kepada design klasik vintage. Ala-ala zaman cowboy. Ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba Untuk pilihan design kerusi, ianya tidak menjadi masalah samada anda ingin meletakkan penyandar atau tidak, kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda.
Bagaimana usaha anda dalam menghindari lalat? Adakala kita lebih mudah memilih bahan komia sebagai jalan pintas bagaimana untuk menghindari lalat ini kan. Bagi orang lama, masih banyak cara lain yang boleh anda praktikkan dalam menghindari lalat. Malah ada jalan ini yang tidak pernah sangka ia amat mudah lagi ringkas.
Tahukah anda timun juga boleh dijadikan bahan untuk menghindari lalat? Ia dilihat amat berkesan untuk membasmi lalat dari menghurung ruang dapur anda.
Caranya juga muda hanya meletakkan beberapa hirisan timun pda meja makan anda dan lalat mula menjauhi juadah makanan anda. Di samping itu juga anda boleh menggantung air di dalam plastik jernih. Ia dilihat mampu mengelirukan pandangan lalat yang mempunyai mata kumpuan yang banyak.
KAEDAH RINGKAS YANG MAMPU MENGHALAU LALAT DENGAN BIASAN CAHAYA DARIPADA PLASTIK YANG BERISI AIR . TERNYATA MAMPU MENGGANGGU PANDANGAN LALAT.
Jika anda tidak mempunyai semua ini, jangan risau, rendamkan sahaja daun kari ke dalam satu mangkuk kecil dan biarkan. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah anda .
Siapa sangka dengan bahan masakan ringkas seumpama ini, masalah lalat boleh kita hapuskan. Ayuh semua kita pastikan juadah di bulan puasa ini lebih selemat , bersih dan terjaga. Basmi lalat, tingkatkan kesihatan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA kongsikan 10 tip dan petua untuk anda di luar agar mudah dan cepat melakukan kerja di dapur.
Melakukan kerja dapur bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang rasa penat yang tak terkata, sebab tak habis-habis kerja di ruang ini. Tapi ruang ini akan lebih meriah dan seronok jika kerja yang dilakukan mudah dan cepat. Sememangnya kita semua tahu ruang dapur adalah nadi dalam sesebuah rumah. Jika tiada ruang dapur pastinya rumah itu tidak lengkap dengan hidangan yang lazat.
1. Mengelakkan nasi cepat basi
Pastikan beras dibasuh dengan betul-betul bersih. Sebelum membilas buat kali kedua atau ketiga, pastikan air bilasan yang terdahulu telah dikeluarkan kesemuanya terlebih dahulu. Nasi juga boleh dibilas dengan bilasan terakhir menggunakan air bertapis dan memasak nasi dengan air bertapis itu.
2. Sukatan air untuk memasak nasi
Bagi mereka yang baru bermula untuk belajar memasak di dapur, walaupun nasi merupakan paling mudah dan asas, pastinya anda akan teragak-agak untuk menentukan sukatan air bagi nasi yang dimasak.
Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang dimasak. Bagi masakan nasi untuk beras yang digunakan dalam masakan harian, tips yang cukup mudah adalah gunakan menggunakan cawan. Cawan yang sama digunakan untuk menyukat beras untuk dimasak digunakan untuk menyukat air dengan formula 1 cawan beras bersamaan 1 hingga 1 ½ cawan air.
3. Hilangkan bau pada ikan sungai/ikan air tawar
Bagi penggemar ikan sungai atau ikan tawar seperti ikan lampam, ikan baung pastinya sudah biasa dengan masalah ikan ini yang mempunyai lendir dan sedikit hanyir. Terdapat beberapa cara yang anda boleh guna untuk menghilangkan lendir dan hanyirhanya dengan barang yang mudah terdapat di dapur.
Air basuhan beras
Jikalau anda bercadang untuk memasak ikan sungai atau ikan tawar, air basuhan beras jangan dibuang. Simpan air basuhan untuk membasuh lendir dan hanyir ikan akan hilang.
Perap dengan halia
Halia bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama setengah jam.
Perap dengan asam jawa
Asam jawa juga dapat digunakan bagi menghilangkan hanyir dan lendir ini. Ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.
4. Hilangkan bau kurang menyenangkan pada pengisar makanan (blender)
Pengisar makanan kebiasaannya akan berbau kurang menyenangkan terutamanya jika anda menggunakan pengisar itu untuk mengisar cili atau bawang. Gunakan sedikit beras yang ditambah dengan sedikit air dan kisar seketika. Bilas pengisar makanan dengan air bersih dan bau tadi yang kurang menyenangkan pastinya hilang.
5. Hilangkan bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk
Daun Pandan
Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti anda juga akan berbau wangi.
Roti
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
6. Elakkan semut menghurung bekas gula
Semut dan gula seperti tidak dapat dipisahkan. Pastinya menjengkelkan bagi mereka yang memasak di dapur kerana semut yang halus sentiasa menghurung bekas gula walaupun ditutup rapat dan kedap. Nak hapuskan semut? Petua mudah, letakkan bunga cengkih ke dalam gula. Semut tidak lagi akan menghurung gula kerana bau dari bunga cengkih itu.
7. Hilangkan kutu beras
Bubuk atau kutu beras akan menjadikan beras anda lembik, kurang enak dan mudah basi. Halau kutu beras ini dengan hanya menggunakan cili kering. Potong dua cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpanan beras anda. Sifat panas dan bau kuat dari cili kering akan menyebabkan bubuk atau kutu beras ini tidak bersarang pada beras anda.
8. Pastikan sayur-sayuran tahan lebih lama
Memastikan sayur anda lebih segar dan tahan lama hanya mudah sahaja. Pastikan anda menyimpan sayur anda di dalam bekas kedap udara sebaik sahaja pulang ke rumah. Kesegaran dan ketahanan sayur anda pastinya akan terpelihara lebih lama.
9. Halau lalat dari hinggap pada makanan
Lalat merupakan salah satu masalah utama bagi memastikan kebersihan makanan anda terjaga. Untuk menghalau lalat anda ini dengan cara yang lebih semulajadi, ambil daun kari dan letakkan di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Anda akan lihat perubahan ketara kerana bau dari daun kari tidak disukai lalat.
10. Elakkan terkena percikan minyak panas
Pastinya bagi anda yang baru belajar memasak, atau sudah lama, percikan minyak panas semestinya membuatkan anda berhati-hati semasa menggoreng. Untuk mengelakkan anda terkena percikan minyak panas ini, mudah sahaja.
Ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam minyak masak sebelum dipanaskan. Hasilnya, tiada lagi percikan minyak panas dan anda juga akan lihat perbezaan bau dan rasa masakan yang digoreng dengan aroma yang lebih enak.
Jangan lupa untuk mencuba petua dan tip yang kami kongsikan dengan anda! Jikalau anda mempunyai komen atau lebih banyak tips, jangan segan silu untuk berkongsi bersama IMPIANA. Selamat mencuba!
KLIK DI SINI untuk pembelian 4 In 1 Hand Blender Set Pengisar Pegang Tangan Electric, memang wajib ada di ruang dapur anda.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.