Tinggal di kediaman bertingkat seperti apartmen, kondominium atau rumah dua tingkat memang praktikal dan menjimatkan ruang. Tapi bila ada anak kecil, isu keselamatan jadi perkara utama yang tak boleh dipandang ringan. Ruang tinggi dan terbuka,tangga, balkoni, tingkap semuanya boleh jadi potensi bahaya jika tidak ditangani dengan betul.
Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian bila ada anak kecil di rumah;
Kunci
Pastikan semua tingkap, pintu gelangsar ke balkoni dan ruang berisiko tinggi dipasang dengan sistem pengunci keselamatan tambahan. Pilih jenis yang tidak mudah dibuka oleh kanak-kanak, walaupun mereka cuba.
Pasang Grill atau Jeriji Keselamatan
Grill berkualiti atau jeriji keselamatan di tingkap dan balkoni boleh menyelamatkan nyawa. Ia menghalang anak daripada terjatuh walaupun mereka memanjat. Pastikan materialnya kukuh dan tidak mudah berkarat atau reput.
Tangga Bertutup atau Pagar Keselamatan
Ads
Untuk rumah dua tingkat, pasang pagar keselamatan pada bahagian atas dan bawah tangga. Elak tangga terbuka tanpa penghadang. Tangga juga mesti mempunyai pemegang yang kukuh dan tak licin.
Elak Letak Perabot Dekat Tingkap
Meja, kerusi atau sofa berhampiran tingkap atau balkoni boleh jadi ‘tangga’ untuk anak kecil panjat. Jauhkan dari kawasan berisiko tinggi.
Pantau Dengan CCTV atau Monitor
Ads
Jika anda bekerja dari rumah atau anak bermain di bilik sendiri, gunakan baby monitor atau CCTV untuk pantauan segera.
Didik Anak Seawal Mungkin
Walau sistem keselamatan lengkap, pendidikan awal tetap penting. Ajarkan bahaya memanjat tingkap, bermain dekat balkoni dan tangga sejak kecil.
Keselamatan bukan hal remeh. Rumah tinggi bukan penghalang untuk anak membesar dengan selamat, asalkan ibu bapa peka dan bersedia. Lindungi mereka, kerana satu kecuaian boleh membawa padah.
Hias rumah jangan sampai nak jalan pun susah, perabot biar berpada-pada. Ramai yang teruja menghias rumah, terutama selepas masuk rumah baru atau selepas gaji bonus. Semua mahu nampak cantik, mewah dan ‘instagrammable’. Tapi dalam seronok membeli, ramai terlupa satu perkara penting, ruang untuk bergerak.
Hiasan dalaman yang cantik bukan hanya bergantung pada perabot atau aksesori, tetapi juga pada keseimbangan ruang. Jika terlalu banyak perabot, rumah bukan saja kelihatan sesak, malah pergerakan ahli keluarga akan terbatas. Lebih parah, risiko kemalangan kecil seperti tersandung atau terlanggar hujung meja jadi lebih tinggi.
Rancang sebelum beli – Ukur ruang dan tentukan keperluan sebenar. Jangan beli hanya kerana nampak cantik di kedai.
Utamakan fungsi – Pilih perabot yang ada lebih dari satu kegunaan, seperti sofa bed atau meja kopi dengan ruang simpanan.
Simpan dan ganti – Jika mahu tambah perabot baru, pertimbangkan untuk jual atau derma perabot lama.
Pilih saiz yang sesuai – Elak beli set perabot terlalu besar jika rumah bersaiz sederhana atau kecil.
Gunakan konsep minimalis – Lebih sedikit perabot, lebih mudah ruang bernafas dan nampak luas.
Ingat, rumah yang selesa bukan semata-mata dihias dengan barang mahal, tetapi bagaimana setiap ruang dimanfaatkan dengan bijak. Biarlah hiasan memberi ketenangan mata, bukannya menyesakkan dada setiap kali melangkah.
Silap Besar! JANGAN Sibuk Nak Dekor Rumah Jika Tak ‘Settle’ 7 Perkara Asas Ini. Apabila dapat kunci rumah, lazimnya ramai pemilik kediaman yang mula berangan-angan untuk merealisasikan konsep dekorasi rumah yang menjadi impian. Sebenarnya sebelum berhasrat untuk dekor rumah, kena selesaikan perkara asas renovasi rumah dahulu.
Kalau dapat rumah, jangan sibuk buat deko dulu tau.Selesaikan masalah masalah besar dulu. Ni antara perkara ASAS yang boleh diambil kira untuk bajet sederhana yang emergency nak masuk segera.
Contoh begini :
Nak buat plaster ceiling ke tak?
Kalau tanya kami, kami cakap YA. Salah satu sebab, mudah nak play around dengan lighting dan kemas boleh sorok wayar. Tapi kami suggest flat ceiling saja. Moden dan tak payah kisah hal habuk.
Tapi kalau nak design ala Maharaja pun tak ada masalah asal ada pitih dan korang suka why not. Tapi, kalau poket masih tak mesra, boleh sahaja pakai slab sedia ada dengan point asas tu.
Syarat : Kena terima macam mana gaya pun lampu yang dipasang. Cons dia kedudukan lampu jadi terhad. Kita tak kacau point lain dan selalunya kalau nak relocate kita akan pasang casing yang mana tidak berapa cun tapi itu saja cara sebab nak hack tak boleh dan risiko.
Kalau bajet lebih, pasang je SPC/ Laminate/ Vynil dan sebagainya.
Tapi vinyl tak suggest dah sekarang sebab selepas beberapa ketika dia boleh terbuka dan lari daripada kedudukan asal.
Untuk nilai estetika, guna SPC atau Laminated flooring tu kurang nampak rambut gugur di lantai dan lebih kemas. Senonohla sikit ruang tu ada vibes-vibes tenang. Gitu.
Kalau nak maintain tiles sedia ada pun tiada masalah ini lebih kepada ” nilai instagram” je dan sesetengah orang ada allergic kaki sejuk dan merekah pijak tiles/ jubin. So boleh pasang. Tapi nak buat mesti pastikan ceiling dan wall siap dulu.
Jika ada ongkos lebih dah boleh rancang juga hendak pakai panel atau tidak untuk setengah “feature wall”. Jika rasa semak dan membazir, perlukan minimalis konsep, boleh guna cat sahaja. Penggunaan cat akan beri impak esklusif pada keseluruhan ruang. Jadi catla dinding anda ya. Kos lebih murah.
Paling mustahak.Dalam proses ni kena selesai dahulu. Kena tahu dah nak pakai saiz peti ais macam mana, pakai built in oven tak, pakai water heater ke atau ada banyak nau gajet ke?
Beritahu dan rancang. Sebab apa? Sebab kita nak buat marking kedudukan dan rancang supaya nanti nak pasang kabinet, nak susun atur point tu tak kacau.
Dia akan cun cun molek dekat situ. Boleh sorok lebih kemas dan boleh tambah source lagi dekat DB supaya tak short bila looping atau tarik baru.
Walaupun mungkin concept dan design belum confirm, tapi kita sekurang kurangnya da aware dengan penggunaan gajet dalam rumah kita. Pihak ID mesti da dapat baca punya jadi perancangan tu penting. Jangan dah hujung hujung baru teringat nak pakai itu ini. Memang tak dapek nak bantu da.
Kalau boleh fix pun akan tambah kos lagi.
Ini elemen penting juga. Lagi lagi kalau kita buat custom made. Kita masuk kalau boleh kabinet seperti dapur, kabinet bilik dan kasut mesti dah tersedia. Jimat masa kita nak susun sikit sikit barang untuk pindah.
❌️Jangan kedekut labur duit sikit untuk bina custom made cabinet. Sebab apa? Sebab cara hidup kita berbeza. Kabinet direka khas untuk kesesuaian pemilik kediaman dan lifestyle. Anda boleh beritahu jenis bagaimana anda mahu.
Nak gantung lebih ke, nak jenis lipat lebih ke, suka open concept ke, nak hidden ke. Cakap saja kerja kami quote untuk korang, designkan dan akan nasihat sekiranya ia sesuai atau tidak.
Di akhirnya, apa kita mahu dan inginkan haruslah selaras dengan belanja poket yang kita ada. Jadi berbalik pada proses awal tadi, rancanglah kos anda sebelum buat renovasi. Kumpul dan simpan.
Jangan nak sumbat semua alih alih ada RM2.50.
Customade cabinet boleh direka pelbagai bentuk dan rupa, ia akan menaikkan ID rumah anda sekaligus memiliki manfaat yang praktikal.
Selesaikan juga secepat mungkin SEBELUM buat LANTAI. Buat awal awal lepas buat defect. Sebab habuk dinding untuk tebuk atau pasang aircond banyak ya dan berdebu. Jadi rancanglah nak pakai berapa banyak, hose power berapa dan jenis perlu hack dinding atau pasang casing saja.
Hack lebih cantik dan kemas tapi kalau tak mampu sangat rancang betul betul nak lalu macam mana laluan dia. Bincang dengan tukang buat.Jadi tidakla tiba tiba bersilang dengan tingkap atau pintu. Atau dipasang di tempat sakitnya mata.
Ini elemen penting juga. Mesti kena pasang dulu. Sebab apa?
1. Privacy awakla. Senang sikit nak kemas rumah masa pindah kalau dah bertutup sikit.
2. Elak rumah menjadi terlalu panas. Adanya langsir atau bidai akan memberi kesan sedikit redup dan nyaman pada ruang.
Pasang di akhir proses selepas langkah 1 – 6 semua sudah siap.
Cukuplah 7 ni dahulu sebagai pemula ASAS nak masuk rumah. Selesai yang 6 ini, maka langkah seterusnya bolehla memikirkan nak beli perabot apa, deko lampu apa, barang deko mana, styling vogue the vas macam mana atau bedsheet yang bagaimana.
Ini terpulang kepada poket anda nak ID selesai semua sampai cuci kaki bawa bag luggage saja atau kerja kami berhenti setakat 6 perkara asas tadi.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat yang dah dapat kunci rumah, sebelum fikir nak dekorasi atau tentukan konsep rumah, utamakan 7 perkara asas ini dahulu. Lakukan ikut langkah yang betul supaya rumah yang didiami nanti lebih selesa dan tak menyesal apabila terlepas pandang untuk melakukannya.
Tikus dalam rumah bukan sekadar menjijikkan, tapi juga membawa pelbagai risiko kesihatan dan kerosakan harta benda. Dari najis yang mengundang penyakit, hinggalah gigi tajamnya yang boleh merosakkan kabel, perabot atau makanan, kehadirannya memang tak dialu-alukan langsung.
Lebih membimbangkan, jika dibiarkan, tikus boleh membiak dengan sangat cepat dan menukar rumah anda jadi ‘sarang’ tanpa anda sedar. Jadi, penting untuk bertindak awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Berikut adalah langkah bijak untuk mengelakkan tikus masuk ke rumah dan cara menghalaunya dengan selamat:
Periksa celah pintu, tingkap, lubang paip, rekahan dinding dan sebarang bukaan kecil. Tikus boleh masuk walaupun melalui ruang sebesar syiling 50 sen.
✔️ Gunakan jaring besi, simen, atau silikon penutup lubang kecil.
✔️ Pasang penapis longkang dan pelapik pintu bawah (door seal).
Tikus tertarik pada makanan dan tempat gelap yang lembap.
✔️ Jangan biarkan sisa makanan terdedah.
✔️ Simpan makanan dalam bekas kedap udara.
✔️ Bersihkan dapur dan tempat makan setiap hari.
✔️ Jangan biarkan tong sampah terbuka semalaman.
✔️ Cuka & Lada Hitam – Campur dan sembur di kawasan tikus selalu lalu. Bau pedas dan masam kuat sangat tidak disukai tikus.
✔️ Daun Pudina / Minyak Peppermint – Tikus tak tahan bau menyengat ni. Titiskan minyak peppermint pada kapas dan letakkan di penjuru rumah.
✔️ Serbuk Kopi – Tabur serbuk kopi di tempat tikus masuk, ia boleh mengganggu deria bau tikus.
✔️ Kulit Limau Purut/Kering – Tikus kurang gemar bau sitrus yang tajam.
✔️ Gunakan perangkap live-trap atau glue trap. Letak umpan seperti mentega kacang, pisang, atau biskut.
✔️ Elakkan perangkap racun kerana ia boleh menyebabkan tikus mati di tempat tersembunyi dan mengeluarkan bau busuk.
✔️ Buang timbunan kotak, surat khabar lama dan pakaian tak terpakai.
✔️ Potong pokok rimbun yang bersentuhan dengan rumah.
✔️ Elak kawasan stor terlalu bersepah dan gelap.
Kesimpulannya, untuk halau tikus tak semestinya guna racun. Dengan kaedah semula jadi dan kawalan kebersihan yang konsisten, anda boleh cegah rumah daripada jadi ‘hotel’ untuk tetamu yang tak diundang ini.
Jangan tunggu sampai ada bunyi “ciap-ciap” waktu malam atau jumpa najis kecil atas meja dapur baru nak bertindak!
Mulakan langkah pencegahan hari ini, demi keselesaan dan keselamatan rumah anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!