Hias rumah jangan sampai nak jalan pun susah, perabot biar berpada-pada. Ramai yang teruja menghias rumah, terutama selepas masuk rumah baru atau selepas gaji bonus. Semua mahu nampak cantik, mewah dan ‘instagrammable’. Tapi dalam seronok membeli, ramai terlupa satu perkara penting, ruang untuk bergerak.
Hias Rumah Jangan Sampai Nak Jalan Pun Susah, Perabot Biar Berpada-Pada
Hiasan dalaman yang cantik bukan hanya bergantung pada perabot atau aksesori, tetapi juga pada keseimbangan ruang. Jika terlalu banyak perabot, rumah bukan saja kelihatan sesak, malah pergerakan ahli keluarga akan terbatas. Lebih parah, risiko kemalangan kecil seperti tersandung atau terlanggar hujung meja jadi lebih tinggi.
Tip Impiana untuk elak rumah jadi ‘stor’ perabot:
Rancang sebelum beli – Ukur ruang dan tentukan keperluan sebenar. Jangan beli hanya kerana nampak cantik di kedai.
Utamakan fungsi – Pilih perabot yang ada lebih dari satu kegunaan, seperti sofa bed atau meja kopi dengan ruang simpanan.
Ads
Simpan dan ganti – Jika mahu tambah perabot baru, pertimbangkan untuk jual atau derma perabot lama.
Pilih saiz yang sesuai – Elak beli set perabot terlalu besar jika rumah bersaiz sederhana atau kecil.
Ads
Gunakan konsep minimalis – Lebih sedikit perabot, lebih mudah ruang bernafas dan nampak luas.
Ingat, rumah yang selesa bukan semata-mata dihias dengan barang mahal, tetapi bagaimana setiap ruang dimanfaatkan dengan bijak. Biarlah hiasan memberi ketenangan mata, bukannya menyesakkan dada setiap kali melangkah.
Bayangkan anda sedang membasuh tangan seperti biasa di bilik air, tiba-tiba sinki jatuh berkecai di hadapan anda. Detik cemas ini benar-benar berlaku dan hampir mencederakan pengguna. Ramai tak sangka, sinki yang nampak kukuh itu sebenarnya boleh pecah tanpa amaran jika struktur pemasangannya tidak betul atau sudah lama rosak. Insiden seperti ini bukan sahaja bahaya, malah boleh mengancam keselamatan ahli keluarga, lebih-lebih lagi jika melibatkan kanak-kanak atau warga emas.
Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga apabila sinki bilik air di rumah mereka tiba-tiba tercabut dari dinding dan pecah berderai ke lantai.
Menurut pemilik rumah, beliau terdengar dentuman kuat dari tingkat atas pada awal pagi. “Mula-mula saya ingat anak jatuh dalam bilik air. Tapi bila naik, terkejut tengok sinki dah jatuh pecah, serpihan berselerak atas lantai,” katanya.
Lebih membimbangkan, kejadian berlaku sebaik sahaja suaminya selesai menggunakan sinki tersebut. Mujur beliau sempat keluar sebelum insiden berlaku. Serpihan seramik tajam bertaburan dan boleh mendatangkan kecederaan serius jika terkena.
Punca kejadian dipercayai akibat struktur pemasangan yang sudah lama dan tidak disokong dengan bracket tambahan. Penggunaan harian serta tekanan pada sinki dari masa ke masa menyebabkan skru dan dinding tidak lagi mampu menampung beratnya.
Bayangkan anda sedang membasuh tangan seperti biasa di bilik air, tiba-tiba sinki meletup dan jatuh berkecai di hadapan anda. Detik cemas ini benar-benar berlaku dan hampir mencederakan pengguna! Ramai tak sangka, sinki yang nampak kukuh itu sebenarnya boleh pecah tanpa amaran jika struktur pemasangannya tidak betul atau sudah lama rosak. Insiden seperti ini bukan sahaja bahaya, malah boleh mengancam keselamatan ahli keluarga – lebih-lebih lagi jika melibatkan kanak-kanak atau warga emas.Antara faktor risiko yang dikenal pasti:
– Pemasangan sinki hanya bergantung pada skru dinding tanpa bracket bawah.
– Dinding lembap atau usang yang melemahkan daya cengkaman skru.
Sinki digunakan untuk meletakkan beban seperti baldi air atau pengguna bersandar.
Kejadian ini menjadi peringatan bahawa perkara yang kelihatan remeh seperti sinki, rak atau kabinet dinding, sebenarnya boleh menjadi bahaya tersembunyi jika tidak dijaga atau diperiksa dari semasa ke semasa.
Jangan tunggu sampai berlaku kecelakaan baru bertindak.
IMPIANA : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah cuba cara yang dikongsikan ini. Memang mudah, barulah aliran sinki lancar dan boleh elak sinki tersumbat dari sebarang kotoran.
Sebelum beli, faham dulu kelebihan dan kekurangan ‘sofa bed.’ Amat penting untuk anda memahami terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan sofa bed supaya anda tidak tersilap pilih.
Perabot dua dalam satu ini semakin menjadi pilihan ramai kerana fungsinya yang praktikal di siang hari berfungsi sebagai sofa, di malam hari boleh bertukar menjadi katil. Namun, di sebalik kesenangannya, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan agar pembelian berbaloi dan sesuai dengan keperluan rumah anda.
1. Jimat ruang
Sofa bed adalah penyelamat untuk kediaman bersaiz kecil seperti apartmen, studio, atau rumah dengan bilik terhad. Anda tidak perlu menyediakan bilik tetamu khas, cukup dengan meletakkannya di ruang tamu atau bilik kerja. Apabila ada tetamu bermalam, sofa tersebut boleh ditukar menjadi katil dengan mudah.
2. Fleksibiliti penggunaan
Dengan satu perabot, anda boleh menikmati dua fungsi. Pada waktu siang, ia menjadi tempat duduk untuk menonton TV atau bersantai. Apabila diperlukan, hanya buka lipatan atau tarik mekanisme yang ada, ia bertukar menjadi katil. Ada model yang direka untuk dilipat hanya dengan satu tarikan tanpa memerlukan tenaga berlebihan.
3. Rekaan moden dan pelbagai pilihan
Kini, sofa bed hadir dalam pelbagai saiz, warna, dan bahan seperti kain linen, kulit sintetik, atau campuran fabrik moden. Ada juga model dengan laci simpanan tersembunyi di bahagian bawah untuk menyimpan bantal, cadar atau selimut — membantu mengurangkan kekacauan di rumah.
1. Tidak selesa untuk tidur jangka panjang
Walaupun praktikal, tidak semua sofa bed memberi keselesaan seperti tilam katil biasa. Tilam yang terlalu nipis, permukaan yang berlekuk atau sambungan lipatan boleh menyebabkan tidur tidak lena, terutama jika digunakan setiap malam. Ia lebih sesuai untuk penggunaan sementara atau untuk tetamu sekali-sekala.
2. Mekanisme boleh cepat rosak
Sofa bed mempunyai bahagian lipatan dan engsel yang digunakan berulang kali. Jika mekanisme ini tidak berkualiti atau digunakan secara kasar, ia mudah longgar atau patah. Pembaikannya juga mungkin memerlukan kos tambahan.
3. Berat dan sukar dialihkan
Disebabkan strukturnya yang kukuh dan adanya komponen tambahan, sofa bed biasanya lebih berat berbanding sofa biasa. Ini menyukarkan proses mengalihkan atau menukar susunan perabot.
4. Harga lebih tinggi
Model berkualiti dengan tilam tebal dan mekanisme tahan lama biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi. Walaupun pelaburan ini berbaloi untuk jangka panjang, pembeli perlu menyediakan bajet yang mencukupi.
Uji sendiri di kedai – Duduk dan baring untuk menilai keselesaan tempat duduk dan tilamnya.
Periksa mekanisme – Pastikan lipatan atau tarikan sofa bed lancar dan tidak terlalu berat.
Pilih bahan yang mudah dibersihkan – Fabrik tahan lasak atau kulit sintetik memudahkan penyelenggaraan.
Pertimbangkan saiz ruang – Ukur ruang sebelum membeli untuk memastikan sofa bed muat tanpa menghalang laluan.
Fikirkan tujuan utama – Jika untuk kegunaan harian, pilih model dengan tilam lebih tebal dan sokongan lebih baik.
Kesimpulannya, sofa bed adalah pilihan bijak untuk mereka yang mahukan perabot serbaguna, terutamanya di kediaman dengan ruang terhad. Walaupun ia menawarkan banyak kelebihan, kekurangannya juga perlu diambil kira sebelum membuat keputusan.
Dengan memilih model yang sesuai, anda bukan sahaja dapat menjimatkan ruang, tetapi juga menambah nilai keselesaan di rumah.
Silap Besar! JANGAN Sibuk Nak Dekor Rumah Jika Tak ‘Settle’ 7 Perkara Asas Ini. Apabila dapat kunci rumah, lazimnya ramai pemilik kediaman yang mula berangan-angan untuk merealisasikan konsep dekorasi rumah yang menjadi impian. Sebenarnya sebelum berhasrat untuk dekor rumah, kena selesaikan perkara asas renovasi rumah dahulu.
Kalau dapat rumah, jangan sibuk buat deko dulu tau.Selesaikan masalah masalah besar dulu. Ni antara perkara ASAS yang boleh diambil kira untuk bajet sederhana yang emergency nak masuk segera.
Contoh begini :
Nak buat plaster ceiling ke tak?
Kalau tanya kami, kami cakap YA. Salah satu sebab, mudah nak play around dengan lighting dan kemas boleh sorok wayar. Tapi kami suggest flat ceiling saja. Moden dan tak payah kisah hal habuk.
Tapi kalau nak design ala Maharaja pun tak ada masalah asal ada pitih dan korang suka why not. Tapi, kalau poket masih tak mesra, boleh sahaja pakai slab sedia ada dengan point asas tu.
Syarat : Kena terima macam mana gaya pun lampu yang dipasang. Cons dia kedudukan lampu jadi terhad. Kita tak kacau point lain dan selalunya kalau nak relocate kita akan pasang casing yang mana tidak berapa cun tapi itu saja cara sebab nak hack tak boleh dan risiko.
Kalau bajet lebih, pasang je SPC/ Laminate/ Vynil dan sebagainya.
Tapi vinyl tak suggest dah sekarang sebab selepas beberapa ketika dia boleh terbuka dan lari daripada kedudukan asal.
Untuk nilai estetika, guna SPC atau Laminated flooring tu kurang nampak rambut gugur di lantai dan lebih kemas. Senonohla sikit ruang tu ada vibes-vibes tenang. Gitu.
Kalau nak maintain tiles sedia ada pun tiada masalah ini lebih kepada ” nilai instagram” je dan sesetengah orang ada allergic kaki sejuk dan merekah pijak tiles/ jubin. So boleh pasang. Tapi nak buat mesti pastikan ceiling dan wall siap dulu.
Jika ada ongkos lebih dah boleh rancang juga hendak pakai panel atau tidak untuk setengah “feature wall”. Jika rasa semak dan membazir, perlukan minimalis konsep, boleh guna cat sahaja. Penggunaan cat akan beri impak esklusif pada keseluruhan ruang. Jadi catla dinding anda ya. Kos lebih murah.
Paling mustahak.Dalam proses ni kena selesai dahulu. Kena tahu dah nak pakai saiz peti ais macam mana, pakai built in oven tak, pakai water heater ke atau ada banyak nau gajet ke?
Beritahu dan rancang. Sebab apa? Sebab kita nak buat marking kedudukan dan rancang supaya nanti nak pasang kabinet, nak susun atur point tu tak kacau.
Dia akan cun cun molek dekat situ. Boleh sorok lebih kemas dan boleh tambah source lagi dekat DB supaya tak short bila looping atau tarik baru.
Walaupun mungkin concept dan design belum confirm, tapi kita sekurang kurangnya da aware dengan penggunaan gajet dalam rumah kita. Pihak ID mesti da dapat baca punya jadi perancangan tu penting. Jangan dah hujung hujung baru teringat nak pakai itu ini. Memang tak dapek nak bantu da.
Kalau boleh fix pun akan tambah kos lagi.
Ini elemen penting juga. Lagi lagi kalau kita buat custom made. Kita masuk kalau boleh kabinet seperti dapur, kabinet bilik dan kasut mesti dah tersedia. Jimat masa kita nak susun sikit sikit barang untuk pindah.
❌️Jangan kedekut labur duit sikit untuk bina custom made cabinet. Sebab apa? Sebab cara hidup kita berbeza. Kabinet direka khas untuk kesesuaian pemilik kediaman dan lifestyle. Anda boleh beritahu jenis bagaimana anda mahu.
Nak gantung lebih ke, nak jenis lipat lebih ke, suka open concept ke, nak hidden ke. Cakap saja kerja kami quote untuk korang, designkan dan akan nasihat sekiranya ia sesuai atau tidak.
Di akhirnya, apa kita mahu dan inginkan haruslah selaras dengan belanja poket yang kita ada. Jadi berbalik pada proses awal tadi, rancanglah kos anda sebelum buat renovasi. Kumpul dan simpan.
Jangan nak sumbat semua alih alih ada RM2.50.
Customade cabinet boleh direka pelbagai bentuk dan rupa, ia akan menaikkan ID rumah anda sekaligus memiliki manfaat yang praktikal.
Selesaikan juga secepat mungkin SEBELUM buat LANTAI. Buat awal awal lepas buat defect. Sebab habuk dinding untuk tebuk atau pasang aircond banyak ya dan berdebu. Jadi rancanglah nak pakai berapa banyak, hose power berapa dan jenis perlu hack dinding atau pasang casing saja.
Hack lebih cantik dan kemas tapi kalau tak mampu sangat rancang betul betul nak lalu macam mana laluan dia. Bincang dengan tukang buat.Jadi tidakla tiba tiba bersilang dengan tingkap atau pintu. Atau dipasang di tempat sakitnya mata.
Ini elemen penting juga. Mesti kena pasang dulu. Sebab apa?
1. Privacy awakla. Senang sikit nak kemas rumah masa pindah kalau dah bertutup sikit.
2. Elak rumah menjadi terlalu panas. Adanya langsir atau bidai akan memberi kesan sedikit redup dan nyaman pada ruang.
Pasang di akhir proses selepas langkah 1 – 6 semua sudah siap.
Cukuplah 7 ni dahulu sebagai pemula ASAS nak masuk rumah. Selesai yang 6 ini, maka langkah seterusnya bolehla memikirkan nak beli perabot apa, deko lampu apa, barang deko mana, styling vogue the vas macam mana atau bedsheet yang bagaimana.
Ini terpulang kepada poket anda nak ID selesai semua sampai cuci kaki bawa bag luggage saja atau kerja kami berhenti setakat 6 perkara asas tadi.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat yang dah dapat kunci rumah, sebelum fikir nak dekorasi atau tentukan konsep rumah, utamakan 7 perkara asas ini dahulu. Lakukan ikut langkah yang betul supaya rumah yang didiami nanti lebih selesa dan tak menyesal apabila terlepas pandang untuk melakukannya.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.