Daun Kucai sering digunakan dalam masakan. Ditumis begitu sahaja, dicampur dalam sup, kuetiaw atau meehon. Ada caranya untuk tanam daun kucai di laman rumah sendiri. Memang menjadi hasilnya, elok hidup subur.
Ini tip tanam daun kucai yang dikongsikan oleh Leo Leedari Grup Berkebun Tepi Rumah Sendiri yang boleh dijadikan panduan.
Biji benih yang di beli perlu disimpan di peti sejuk selama seminggu. Ini kerana biji benih itu perlu rehat dalam keadaan sejuk, kemudian perlu dibangunkan dengan air suam.
3. Semai Dalam Polybag/ Pasu/ Tanam Tanah
Selepas itu dikeluarkan dan direndam dalam air suam selama 20 minit, kemudian disemai di tanah dalam pasu atau polybag di tepi rumah.
Ads
Boleh beri baja tinggi N(nitrogen) supaya daunnya lebar.
Kucai ditanam sekali boleh makanya bertahun-tahun. Daun kucai berkhasiat untuk kesihatan kulit, rambut dan lain-lain.
Buah nanas Sarawak adalah antara nanas terbaik di Malaysia yang dikenali kerana kelazatannya. Buah ini biasanya memiliki isi yang manis dan sedikit masam, serta aroma yang kuat dan menyegarkan.
Buah ini sering dimakan terus atau dibuatkan sebagai jus, dijadikan salad buah, atau bahan masakan bagi melembutkan daging. Tapi takkan lah nak makan buah ni kena pergi ke Sarawak kan? Apa kata tanam je di halaman rumah anda.
Tidak lokek berkongsi ilmu, Jodi Cholo berkongsi tip dan penjagaan penanaman nenas Sarawak yang dipraktikkan oleh beliau mengunakan polibeg saja.
1.Tanam nenas Sarawak di tepi rumah saja. Tanam sejak Ramadan 2021 dan Ramadan 2022 dapat tuai hasil. Bilangan pokok ada 70 pokok.
2.Tanam melalui anak/ sulur bukan jambul dalam polibeg saja, saiz 13×13 atau 10×10. Median yang digunakan adalah 100 peratus tanah sawit. Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
3.Anak pokok diletakkan di tempat yang kena 100 peratus sahaya matahari. Nenas ini tanam manual, 2 minggu 1 kali disiram, itu pun kalau musim panas.
4.Baja yang digunakan adalah baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1 kali, sukatan sesudu makan untuk satu polibeg (saya tak pakai baja foliar).
5.Letak silver shine (tikar alas bawah polibeg) untuk elak rumput dari tumbuh sebab malas cabut rumput.
6.Fungsi pinggan polisterin/topi untuk lindung cahaya matahari yang terik elak buah rosak. Letak pinggan ini setelah buah besar.
7. Berat purata nenas 3-4.5kg/biji dan rasanya manis. Sepanjang tanam tiada racun serangga digunakan.
Tip ekstra
-Pastikan pokok sihat sebelum berbuah.
-Pokok besar buah pun akan besar.
-Selepas pokok berbuah berhenti letak baja untuk elak buah rosak.
Daun pudina, atau lebih dikenali sebagai daun mint, antara daun herba yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja penambah rasa dalam hidangan laksa, daun pudina juga sangat bagus untuk dimakan sebagai ulam-ulaman. Tetapi, agak sukar untuk temui pokok pudina yang fresh dijual di pasaran dan anda hanya perlu pergi ke pasar pagi.
Jadi apa kata tanam je sendiri tumbuhan renek ini, sebenarnya ada tip penjagaan yang perlu dilakukan bila pokok pudina berdepan masalah ini supaya kekal segar sentiasa. Boleh ikut panduan yang diberi oleh Azura Mohamad.
Bila ada daun pudina tanam dekat pasu dan hidup memang super menjimatkan dan seronok rasa. Ini cara saya nak kekalkan daun pudina hidup segar dan bertahun-tahun hidup.
✅Bila batang dan daun-daun semakin hitam dan gugur, ambil gunting dan potong batangnya. Tinggalkan sedikit di atas tanah.
✅ Batang yang berwarna hitam di atas tanah pilih dan buang.
✅Letak di tempat yang redup dan siram sekurang-kurangnya sekali sekali.
Gambar pertama pokok pudina saya sudah 3 tahun lebih saya jaga. Sekarang waktunya untuk buang daun dan batang yang hitam. Ini pokok induk yang saya beli.
Gambar kedua setelah sebulan dipotong. Daun mulai subur dan bolehlah petik untuk dimasukkan ke dalam air teh untuk sarapan pagi ini. Pokok kedua ini saya tanam dari keratan batang pokok induk tadi.
Daun pudina bukan sahaja beri kesan yang menyegarkan tetapi mengandungi khasiat dan manfaat untuk kesihatan.
1.Kurangkan sakit kepala- Ternyata, sakit kepala juga boleh dikurangkan dengan menggunakan daun pudina. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meletakkan sedikit daun pudina ke dalam minuman sejuk atau bau sahaja apa apa minyak yang berasaskan daun pudina.
2.Perbaiki emosi- Bukan itu sahaja, kalau emosi tidak berada dalam keadaan yang baik pun anda boleh mengubatinya menggunakan daun pudina.
3.Melegakan selesema- Selain makan ubat, antara petua tradisional yang lain untuk merawat selesema adalah dengan menggunakan daun pudina.
4.Legakan loya dan muntah pun boleh hilang jika anda gunakan daun pudina.
5. Kurangkan kesan alahan menggunakan daun pudina sangat berkesan dan boleh digunakan jika minyak mempunyai kandungan pudina.
6.Nafas segar. Ini memang sudah pasti kerana mempunyai kandungan daun pudina dalam ubat gigi.
7. Jika kurang selera makan, makan beberapa helai daun pudina bersama-sama dengan ulaman. Boleh juga dijadikan jus dengan dicampur dengan buah-buahan yang lain.
8. Selepas bersenam, kadangkala kita mengalami masalah kekejangan otot, daun pudina mampu melegakan kesakitan akibat kekejangan.
9. Ia juga memudahkan penghadaman lemak dan perjalanan makanan ke dalam saluran usus.
10. Melegakan masalah wanita seperti sakit senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan melancarkan kitaran haid.
Masalah berkaitan ubah suai pagar ini sering menjadi ‘drama’ sesama jiran tetangga.
Benda kecil, kenapa perlu tarik muka sesama jiran? Yang nak ubah suai pagar tu pun, bukan boleh sebarangan buat ye. Ada undang-undang yang perlu anda patuhi.
Menurut Tips ubahsuai rumah, berikut cara-cara memohon kebenaran bina atau ubahsuai pagar rumah. Namun, undang-undang dan syarat ubah suai bergantung pada pihak berkuasa tempatan masing-masing.
1. Sediakan surat permohonan membina pagar baru ke MBSA
Untuk kemudahan anda, saya telah sediakan contoh surat permohonan membina pagar baru dalam bentuk fail pdf, anda boleh download contoh surat DISINI. Semak contoh surat tersebut & taip semula mengikut kesesuaian anda. Cetak 2 salinan surat ini & tandatangan kedua-duanyanya.
2. Sediakan gambar rumah sedia ada
Ambil gambar rumah anda & fokuskan kepada pagar rumah yang ingin anda bina semula. Sebaiknya ambil gambar depan/tepi/belakang jika rumah jenis lot tepi. Bagi rumah lot tengah anda hanya perlu ambil gambar depan+belakang rumah sahaja. Cetak gambar ini dalam kertas A4.
3. Isi borang permohonan permit letak bahan binaan MBSA
Sila download borang permohonan permit letak bahan binaan yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna kuning cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas kuning @ fotostat atas kertas warna kuning cair. Borang ini boleh juga diambil di kaunter 1, Jabatan Bangunan tingkat 8 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– alamat rumah & nama pemilik rumah/pemohon serta nombor telefon anda
– tulis nama kontraktor yang akan membina pagar anda serta alamat syarikat kontraktor; jika anda sendiri yang membeli bahan binaan & mengupah pekerja serta mengawasi kerja pembinaan, tulis sahaja nama anda sebagai kontraktor & tandatangan borang tersebut
4. Isi borang permohonan sewaan tong roro
Sila download borang permohonan sewaan tong roro yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna hijau cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas hijau @ fotostat atas kertas warna hijau cair. Borang ini boleh diambil di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam di tingkat 4 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– nama pemilik rumah & nombor telefon
– tarikh memulakan kerja pembinaan pagar
– alamat lokasi pembinaan & alamat surat menyurat
– pilih jenis tong roro yang ingin disewa, biasanya pilih 1 unit tong roro bersaiz 3 tan
5. Surat kebenaran jiran
– Jika ubahsuai pagar baru melibatkan pagar sebelah yang dikongsi dengan jiran, anda perlu mendapatkan kebenaran ubahsuai pagar dari jiran sebelah kiri atau kanan.
– DOWNLOAD SURAT DI SINI & minta jiran sebelah anda mengisi & tandatangan borang tersebut.
6. Submit surat permohonan & borang ke MBSA
Buat 2 salinan surat permohonan & sediakan kesemua borang serta gambar rumah dan kemukakan dokumen tersebut ke kaunter 1, tingkat 8 Jabatan Bangunan MBSA, Shah Alam. Simpan satu salinan surat permohonan yang telah di cop oleh mbsa untuk rujukan anda. Biasanya pegawai kaunter akan terima permohonan anda jika semuanya lengkap. Salinan surat ini anda perlu tunjukkan di kaunter sewaktu anda follow-up status permohonan di MBSA.
BILAKAH PERMOHONAN AKAN MENDAPAT JAWAPAN MBSA?
Selepas submit surat permohonan, MBSA akan beri tempoh 14 hari bekerja untuk memberi jawapan bersurat. Anda perlu follow-up dengan di MBSA seminggu sekali, jika bernasib baik MBSA akan keluarkan surat jawapan dalam tempoh kurang dari 14 hari. Dalam surat tersebut secara ringkasnya MBSA akan beri kebenaran untuk anda membina pagar dengan syarat membayar fee permit letak bahan binaan & fee sewa tong roro.
TIP: Kalau tak nak pening kepala urusan dokumentasi, sebaiknya lantik perunding bertauliah.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.