Wang yang di simpan Dalam KWSP adalah bertujuan memastikan pekerja mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara. Ia berfungsi sebagai jaringan keselamatan kewangan bagi pekerja yang akan menghadapi hari tua tanpa pendapatan tetap.
Wang Habis Dalam Masa 7 Tahun
Namun, wang pesara dan juga bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.
Bekas pekerja swasta, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata bahawa duit persaraannya telah susut kerana digunakan untuk menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan yang bermula pada tahun 2017.
Berkerja Selama 27 Tahun
Lelaki itu menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara.
“Saya menerima wang persaraan berjumlah RM750,000, iaitu RM500,000 dari Akaun 1 dan RM250,000 dari Akaun 2. Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 yang merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.
Ads
“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018, manakala selebihnya habis digunakan untuk belanja makan, minum, kos elektrik, air, internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya kepada Sinar Harian.
Ubah Suai Rumah Untuk Keselesaan Anak Pulang
Menurut bapa kepada lima anak itu, dia mengubah suai rumah kerana ingin memberikan keselesaan kepada anak-anak yang sudah berkeluarga ketika pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.
ubah suairumah guna duit simpanan
Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.
“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih. Nasihat saya kepada pesara adalah supaya berjimat-cermat agar wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.
Ads
“Cuma saya bernasib baik kerana isteri saya, yang berusia 62 tahun, adalah pesara kerajaan yang menerima pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami dalam menghabiskan usia tua,” katanya.
IMPIANA: Pentingnya pengurusan kewangan yang bijak selepas bersara, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Pengubahsuaian rumah untuk keselesaan keluarga dan perbelanjaan harian yang tinggi boleh menyebabkan simpanan persaraan cepat susut.
Feature wall antara salah satu elemen dekor yang sering digunakan di dalam sesuatu ruang untuk memastikan sesuatu dekorasi yang dihasilkan tidak kelihatan mendatatar atau bosan. Kebiasaanya, ia di beri warna kontra atau berbeza dari keseluruhan dinding di dalam kediaman. Macam-macam cara atau teknik untuk menghasilkan feature wall ni.
Seperti yang dilakukan oleh pasangankembar suami puan Izzati filzah. Menerapkan rona maskulin iaitu hitam dengan gabungan garisan cat emas menjadikan ia kelihatan mewah.
Namun, nak hasilkan gaya yang kemas macam ni memang memerlukan kemahiran dan penetlitian yang tinggi. Jadi, jika anda berminat untuk hasilkan cat macam ni, boleh dapatkan perkhidmatan dari suami puan Izzati yang merupakan salah seorang kontraktor cat
Jenis cat digunakan
Cara-cara: 1. Tetapkan pattern menggunakan pita pelekat kertas . (Jangan terlalu tekan pelekat kertas tersebut bagi mengelak cat tercabut sekali ketika proses menanggalkan pelekat kertas)2. Cat hitam dulu2. Selepas cat hitam kering, tanggalkan pelekat kertas dan cat warna emas pula (untuk lebih kemas, buat garisan sempadan menggunakan pelekat kertas di atas cat hitam)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
MARI KITA BASUH KAIN! adakala pening kepala juga mana nak diletak mesin basuh. Dapur yang ada kecil, ruang balkoni pula sesak. Jadi bagaimana boleh kita manfaatkan ruang yang ada untuk penyediaan ruang mencuci baju?
Kita mungkin agak keliru mana nak letak mesin masih di rumah. Di dapur atau di pinggir bilik mandi mahupun di luar sahaja area dapur basah? Sebenarnya mesin basuh perlu ditempatkan di kawasan khas untuk membasih. Namun kediaman kita tidak punya ruang luas untuk membasuh, ia dlihat lebih sesuai ditempatkan pada area dapur basah atau di kondomonium sekarang, ia ditempatkan di luar,khas untuk dapur basah.
Jika anda sudah mempunyai ruang untuk mencuci baju, jangan lupa sertakan sama beberapa kelengkapan seperti rak untuk menempatkan segala sabun dan cecair pencuci. Begitu juga bekas cucian atau bekas kain kotor dan bersih. Termasuk ampaian kecil atau papan penggosok jika anda menggosok di ruang membasuh ini juga.
Benar setiap kali membasuuh kawasan ini agak sibuk dan mungkin sahaja lembab tetapi kelebihan menempat segala keperluan di kawasan separa terbuka ini memberi kita kitaran udara yang bagus dan segar. Anda boleh menjemur atau memilih mesin basuh muatan depan. Hias dengan kreatif dan anda yang mempunyai sudut membasuh yang luas mungkin juga boleh membina kabinet bina dalam untuk memastikan ia kemas dan tertutup.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Semua ibu bapa yang ada di dunia ini, pasti mahukan anak manja mereka sebuah tilam yang selesa untuk mereka tidur selain daripada fizikal dan kesihatan yang sihat. Jadi, apakah yang patut ibu bapa ini lakukan untuk mendapatkan tilam yang selesa? Mestilah pandai dalam memilih. Mahu tahu cara bagaimana hendak membeli tilam yang bagus untuk bayi anda? Jom saya ajarkan.
ELAKKAN BARANG TERPAKAI
Untuk mendapatkan keselesaan yang bagus, pastikan jangan cari barang yang 2nd hand kerana ia boleh merisikokan tilam tersebut kepada bayi seperti bakteria dan kulat yang banyak boleh menyebabkan bayi sakit.
KESELESAAN TILAM
Untuk bayi, keselesaan tilam amatlah penting. Jika tidak dapat keselesaan tilam, kemungkinan bayi itu akan kerap menangis kerana tidak selesa dengan tilam itu. Kalau tilam selesa, bayi akan merasa nyaman semasa tidur dan mereka akan kerap tidur.
KUALITI TILAM
Dalam mencari tilam yang bagus dan berkualiti, pasti tilam tersebut tidak mudah rosak dan koyak. Jika ia mudah rosak, berkemungkinan keselamatan bayi akan terjejas.
Dan yang terakhir,
SAIZ TILAM
Saiz tilam yang sempurna dan sesuai untuk bayi, adalah perkara yang penting sekali semasa beli tilam. Jikalau saiz tilam tersebut terlampau kecil, ia akan menyebabkan bayi sentiasa terjatuh ke lantai. Ia lebih baik dan bagus jika tilam itu besar dan luas daripada kecil.
Jadi, itu sahaja dari saya dalam memperjelaskan tentang tip-tip dalam memilih tilam yang baik untuk bayi anda. Semoga berjaya.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.