Mudah rupanya nak tanam solok lada sendiri di rumah. Semai hanya guna biji benih dari solok lada yang kita beli di pasaraya je.
Tanam pula guna kaedah nutripot, lebih memudahkan tak perlu siram setiap hari hanya perlu pantau sukatan air dalam bekas selang 2, 3 hari.
Ini cara yang tanam solok lada yang dikongsikan daripada Kebun Dapur Alin sebagai panduan;
Saya ingin kongsikan sedikit tanaman yang paling mengembirakan hati. Lada solok je pon tapi sangat membanggakan hasil dia. Mari saya cerita serba sedikit ye. Saya pon budak baru belajar mana tau perkongsian saya ini bermanfaat untuk orang lain untuk mencuba juga tanamkan.
1. Biji Benih
Untuk biji benih saya dapat hasil dari beli di pasaraya sahaja saya ambil dan semai.. lada solok yang asal memang jenis besar dan panjang. bila tanam dia tak la sebesar lada yang asal tapi takpe la..hasil masih memuaskan hati.
2. Bekas Media
Untuk bekas media tanaman saya menggunakan bekas terpakai dari bekas biskut dan sabun basuh pinggan je dan ada juga bekas botol sahaja. senang kan apa yang ada je tak perlu kuar modal beli pasu pun.
Ads
3. Kawalan Bena
Untuk kawalan bena saya hanya pantau bawah daun setiap kali siram. Bila ada bena saya akan buang daun yang dah terkena bena putih. Manakala bila pucuk daun memgerekot sy akan cantas terus tanpa fikir panjang. Sebab tak nak pokok berpenyakit terus bila di biarkan.
4. Baja
Untuk pembajaan pula saya menggunakan baja biji untuk bunga dan buah. Manakala untuk baja cecair saya akan letak di dalam air kerana lada yang saya tanam ni secara nutripot yang mana air akan di serap secara automatik menggunakan sumbu.Jika menggunakan media tanah saya hanya akan siram terus sahaja ke tanah.
5. Kaedah Nutripot
Untuk kaedah nutripot pastikan ada lubang sedikit di tepi bekas untuk mengelakkan akar terendam dan membusuk yang boleh menyebabkan pokok mati awal. Lubang pada tepi bekas untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
Cara ini lebih mudah kerana cuma pantau sahaja air setiap 2 or 3 hari sekali untuk tambah air. Bila tambah air kadang-kadang guna baja ab dan ada kalanya hanya guna air paip sahaja. Sebab bila tabur guna baja biji saya akan letak air paip sahaja.
Ads
6. Media Tanaman
Media tanaman yang saya gunakan adalah campuran dari tanah hitam 6 in 1 dan cocopeat. Anggaran nisbah campuran 1:1 or 1:2 pon boleh juga.
Akhir sekali untuk belajar menanam lada kena la banyak bersabar kerana cabaran tanam cili ni tak semudah tanam sayur lain sebab paling senang kena serangan bena putih dan penyakit daun berkerekut.
Di sini saya kongsikan tutorial cara tanam sehingga petik lada solok ni.
Ads
Info Ekstra!
Nak jimat tanam cili tanpa keluarkan modal boleh guna cili yang dalam peti ais je atau yang dibeli di pasaraya tu dan boleh guna bekas terpakai sahaja. Kena kreatif sedikit sebab nak jimatkan. Bolehla share pada kawan-kawan yang baru nk belajar tanam cili. usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba.
IMPIANA: Mudah nak tanam solok lada kampung, semai dari biji benih je, tanam guna kaedah nutripot tak payah nak siram setiap hari. Memang puas hati, jimat belanja dapur.
Pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu di laman rumah apabila semakin membesar memerlukan ruang yang lebih selesa. Ini bagi memastikan akar pokok dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa dan membantu tumbesaran pokok yang lebih baik.Salah satu cara dengan memindahkan pokok-pokok tersebut pada pasu yang lebih besar atau tanam terus ke dalam tanah.
Namun demikian, kebiasaannya sukar untuk memindahkan pokok dari dalam pasu ke bekas yang lebih besar, kerana tanahnya yang telah padat dan keras. Cara yang selalu dilakukan bagi memindahkan pokok ini dengan mengorek tanah sedia ada di dalam pasu.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk pindahkan pokok pada pasu yang lebih besar, tanpa perlu mengorek tanah atau memecahkan pasu sedia ada. Malah cara ini lebih praktikal, pasu lama juga boleh digunakan.
Bahan Diperlukan:
Tong Cat/ Baldi
Air Secukupnya
Tanah
Pasu
Leca Ball
Cara Membuat:
1. Mula-mula, isikan air memenuhi tong cat atau baldi tersebut.
2. Masukkan pula pokok ke dalam tong cat/ baldi tadi. Pastikan tanah dalam pasu terendam dan biarkan seketika.
3. Selepas itu, keluarkan pokok tersebut daripada tong cat/ baldi tadi.
4. Ketuk sedikit pasu dan cuba longgarkan tanah dalam pasu bagi mengeluarkan pokok.
5.Ambil pasu yang lebih besar masukkan tanah sehingga separuh bahagian.
6.Kemudian, masukkan pasu kecil tadi dan tekap ke dalam tanam pada pasu yang besar. Ia bagi membentuk ‘cetakan’ dan memudahkan pokok ditanam nanti.
7.Selepas itu, masukkan pokok dan ratakan tanah dengan kemas.
8.Akhir sekali, boleh juga tambahkan ‘Leca Ball’ pada bahagian atas permukaan. Ia berfungsi seperti tanah untuk menyimpan air selain mencantikkan pasu.
9. Siram pokok seperti biasa.Siap!
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
IMPIANA: Mudah sangat untuk tukar pasu pokok ikut cara yang dikongsikan ini. Barulah ia dapat menggalakkan pembesaran pokok & akar pokok pun dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa.
Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratan tunggul yang dibeli dari pasar.
Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye
1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Memilih lokasi yang tepat untuk mengambil gambar OOTD (Outfit of the Day) adalah langkah penting dalam memastikan penampilan anda ditonjolkan dengan sebaik mungkin.
Lokasi yang menarik bukan sahaja memberikan latar belakang yang cantik tetapi juga membantu mencipta suasana yang selaras dengan gaya pakaian anda.
Sama ada anda mengambil gambar di rumah, di taman, di kafe atau di kawasan bandar, setiap lokasi menawarkan keunikan tersendiri yang boleh mempengaruhi hasil akhir gambar anda.
Oleh itu, pemilihan lokasi yang sesuai adalah kunci untuk menghasilkan gambar OOTD yang menawan dan berkesan.
Dinding Neutral:
Cari dinding yang berwarna neutral seperti putih, kelabu atau beige. Latar belakang yang sederhana membantu pakaian anda menonjol dalam foto yang diambil.
Taman atau Kawasan Hijau:
Taman dengan tumbuhan hijau atau bunga-bunga yang cantik boleh memberikan latar belakang yang segar dan ceria. Cahaya semula jadi di kawasan ini juga membantu menghasilkan gambar yang terang dan jelas.
Kawasan Bandar atau Jalan Raya:
Kawasan bandar dengan bangunan berwarna-warni, mural atau grafiti boleh memberikan suasana urban yang menarik. Jalan raya yang unik juga boleh menjadi latar belakang yang hebat.
Kafe atau Restoran:
Kafe atau restoran dengan dekorasi yang cantik dan suasana yang santai boleh menjadi tempat yang bagus untuk mengambil gambar OOTD. Pilih tempat dengan pencahayaan yang baik dan elemen dekoratif yang menarik.
Interior Rumah:
Jika anda ingin mengambil gambar di dalam rumah, pastikan kawasan tersebut kemas dan mempunyai pencahayaan yang baik. Pilih sudut dengan dekorasi yang menarik seperti rak buku, sofa yang cantik atau tanaman hiasan.
Pantai atau Tepi Laut:
Pantai dengan pemandangan laut dan pasir yang luas memberikan latar belakang yang menenangkan dan cantik, sesuai untuk pakaian musim panas atau kasual.
Bangunan Bersejarah:
Lokasi bersejarah atau tempat yang mempunyai seni bina yang unik dan latar belakang yang menarik boleh menambah nilai estetik pada gambar OOTD anda.
Tempat Dengan Elemen Seni:
Galeri seni, pameran atau kawasan dengan dekorasi seni boleh menjadi latar belakang yang kreatif dan menarik. Elemen ini boleh menambahkan dimensi visual pada gambar anda.
Teras atau Balkoni:
Jika anda mempunyai balkoni yang dihias dengan baik, ini juga boleh menjadi lokasi yang bagus untuk mengambil gambar OOTD. Pencahayaan semula jadi dan pemandangan luar boleh menambah daya tarikan pada gambar.
Tempat dengan Tema Spesifik:
Lokasi dengan tema tertentu seperti taman bunga, pasar malam atau festival boleh memberikan latar belakang yang sesuai dengan gaya pakaian anda dan mencipta suasana khas dalam gambar.
Dengan memilih lokasi yang tepat, gambar OOTD anda bukan sahaja akan menunjukkan pakaian anda dengan jelas, tetapi juga mencipta suasana dan latar belakang yang memperkuat gaya keseluruhan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.