La ni memang ramai yang memilih untuk menggunakan santan kotak berbanding santan segar. Ia bukan sahaja lebih mudah dan cepat, ada juga yang berpendapat makanan lambat basi.
Tapi, adakalanya santan kotak tak habis digunakan pasti akan berketul bila disimpan di dalam peti sejuk atau tempat sejuk beku. Berketul tu bukan bermaksud santan anda rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Boleh je nak guna, cuma tak cantik dalam masakan dan rasa santan nya kurang.
Ads
Untuk elak santan kotak jadi berketul begini boleh praktikkan petua yang dikongsi oleh Wan Norhasni Wan Han.
Ads
Berkongsi tip dalam akaun TikTok miliknya kata beliau cara untuk pastikan santan berketul ini elok semula mudah saja. Caranya;
Ads
1. Ambil santan yang sudah cair dan berketul itu lalu masukkan dalam blender.
2. Tambahkan 1/2 kotak santan berketul bersama cawan air panas dan kisar sampai santan dah tak berketul. Mudah je
Umat Islam menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi penjarakan sosial di dalam melakukan ibadah di masjid. Seperti mana kita tahu bulan ini ramai yang mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah tarawih di masjid gara-gara 2 tahun tidak dapat melakukan ibadah ini beramai-ramai. IMPIANA tertarik dengan sebuah masjid yang terletak di negeri Perak iaitu Masjid Al-Badr di Pulau Pangkor dengan kaligrafi 1000 selawat ini.
Lakaran seni khat bait-bait ayat suci al-Quran pelbagai bentuk menggambarkan kehalusan, keindahan ilmu dan khazanah Allah SWT. Ayat suci ini sebagai kalamullah diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW mengandungi mukjizat untuk panduan umat-Nya.
Selain ditulis di dalam kitab atau buku untuk dibaca, ia diperluaskan dalam bentuk kaligrafi pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, logam dan lain-lain bahan.
Menariknya, seni khat ini memberi pesona sesebuah bangunan seperti masjid dengan ukiran ayat suci menambah seri hiasan dalamannya sekali gus mengangkat keagungan Islam.
Banyak masjid di seluruh dunia diperindahkan pada dinding, mimbar, mihrab, menara, dewan solat, kubah dan lain-lain sudut dengan hiasan kaligrafi.
Tidak terkecuali masjid di Malaysia. Antaranya, Masjid Al-Badr di Pulau Pangkor, Perak dibina pada 2014, dipenuhi dengan hiasan kaligrafi khat tulisan 1,000 selawat.
Masjid Al-Badr dikenali dengan nama Masjid Seribu Selawat. Segala pembinaan, hiasan dalamannya dan kaligrafi dihasilkan membawa motif yang menjadi simbolik kepada negeri itu.
Penyalinan kaligrafi ayat al-Quran di dinding bangunan adalah sebahagian usaha memastikan kalam-Nya terus dihidupkan dan tidak terhad kepada bahan bercetak sahaja. Usaha itu bertujuan menterjemahkan makna al-Quran melalui binaan yang indah sebagai sebahagian daripada dakwah seni.
Kesenian kaligrafi 1000 selawat seperti inilah perlu kita nikmati selagi berpeluang untuk melihat hasil tangan yang di buat pada setiap penjuru Masjid ini.
Nampak Cantik Tapi BAHAYA, Hati-Hati Ini 5 PUNCA Dapur Kaca Boleh Meletup, Pecah Berderai!Rekaan dapur gas kini sudah terlalu moden dan bukan lagi klasik seperti rekaan dulu-dulu. Ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in.
Tarikan utama dapur jenis ini ianya nipis dan kelihatan bergaya, ramai surirumah yang memilih untuk menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan dapur jenis ini cantik tetapi hakikatnya ia agak berbahaya.
Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan? Oleh itu, IMPIANA ingin berikan beberapa tips penjagaan dapur kaca dan kebanyakkan insiden yang berlaku adalah atas kecuaian diri sendiri. Hati-hati!
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat. Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Lagi beberapa hari ni dah nak raya. Mesti ada antara sahabat laman yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan. Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati. Jadi untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas bercuti raya, ini yang anda perlu lakukan.
1. Untuk jenis tanaman yang memerlukan air yang banyak dan kerap, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan medium lambat kering
2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, takkan nak cabut pula kan untuk diletakkan dibawah teduhan. Beli jaring pertanian atau net hitam dengan ketelusan cahaya 70% dan buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.
3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pulang ke kampung. Ini salah satu lagi cara untuk mengurangkan keperluan air pada tanaman
4. Untuk tanaman berpasu, sediakan miniture green house dangan menggunakan plastik. Tapi, anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi mengelak permukaan plastik bersentuhan dengan tanama kerana ia boleh menyebabkan bahagian yang tersentuh melecur
5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lebih tebal lapisan batu disediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan disejat oleh tanaman secara perlahan-lahan
6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu juga, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama
7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikannya sebagai sungkupan pada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air lebih banyak
8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol dan tali yang direndam dalam air
9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang diguanakn untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. kalau rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau tak rajin, guna sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendam kan semalam dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda pulang ke kampung. Kelembapan yang dipeganag oleh kristal atau jelly lampin pakai buang mampu bertahan lebih dari seminggu
10. Mintak bantuan pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk siramkan tanaman di laman sekurangnya 1 kali sehari terutamanya waktu pagi. Atau anda upah sahaja pekerja penyelenggara landskap yang membuat kerja kontraktor di taman anda tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.