Cili kisar atau giling memang antara bahan wajib buat mak-mak yang rajin memasak. Bila cili kisar tersedia, kerja memasak lebih mudah. Tapi, ramai mak-mak yang gagal buat stok cili kisar untuk tahan lebih lama. Betul tak? kebiasaannya, lepas 2 minggu, cili kisar akan berubar warna, tekstur dan kemungkinan rasa nya juga tercemar.
Tapi, Ya Norma ada tip untuk hasilkan cili kisar tahan lebih 3 minggu.
Hi,assalamualaikum.. ok hari ni saya nk share rahsia cili kisar tahan lama kalau simpan dalam peti ais.. tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nnty bila menumis bAnyak minyak sangat dekat masakan..
tips ni saya dapat dari ibu mertua saya..
bila saya praktikkan sendri,
memang betul tahan lama..
yg penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangatt..
dan palinggg best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu jerr..
follow setiap gambar di bawah step by step:
1. Gunting cili besar nipis2 utk senang keluarkan biji..saya gunting nipis dan serong..2. letakkan cili yg digunting tadi tu ke dalam bekas penapis yang mempunyai saiz lubang untuk asingkan biji dari cili. Ketuk-ketuk sikit bakul untuk memudahkan proses pengasingan
3. kemudian basuh cili yg digunting tadi dengan air paip dan rebus
Ads
4. Rebus sehingga mendidih, pada kadar api dapur sedehana
5. Biarkan mendidih seketika. tips saya, letakkan senduk untuk elak air menggelegak jatuh ke bawah.
6. tutup api dapur, tapis balik cili tadi tu kedalam penapis ni balik
7. Ini penting. Cuci cili yang telah siap direbus degan air paip sehingga hilang warna. Jika air basuhan dah tinggal sikit-sikit sahaja warna merahnya, itu sudah memadai. Siap basuh, boleh lah kisar
Ads
p/s : tips basuhan ini penting, ini utk mengelakkan cili rebus dari bau hapak. ini tip dari mertua
8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR. Masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender
ikut suka korg la nk letak bawang holland ke bawang besar biasa, kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis..
Ads
9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu. Air agak-agak paras cili sahaja.
Pemilihan warna yang sesuai buat ruang merupakan proses yang signifikan dalam membina identiti kediaman. Pastikan setiap pemilihan rona pada cat dinding, perabot, langsir serta aksesori kecil yang lain berupaya membentuk sebuah harmoni dalam sesebuah kediaman.
Kecintaan dan minat mendalam Puan Suhaila terhadap warna merah jambu telah beliau terjemahkan dengan jelas dalam dekorasi kediaman miliknya. Rona putih dan element kayu diselit bersama merah jambu bagi menambah keharmonian dalam setiap ruang. Pemilik juga bijak menyuai padan perabot dalam pelan lantai terbuka agar ruang tampil lebih luas tetapi dalam masa yang sama, kemas tersusun.
Rumah jenis superlink 2 tingkat ini telah didiami bersama suami dan 2 ekor kucingnya sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun terletak agak jauh dari tempat kerja, hal ini tidak menjadi masalah buat Puan Suhaila kerana baginya, pengorbanan yang datang bersama kediaman impian beliau ini amat berbaloi untuk ditempuhi.
PESONA WARNA HARMONI
Merah jambu merupakan cerminan tepat personaliti Puan Su sendiri. Tutur kata yang tertib serta tingkah laku tuan rumah yang lemah lembut membuatkan penulis selesa beramah mesra bersamanya. Berpandukan cita rasa, fungsi serta praktikaliti ruang, Puan Su sememangnya amat teliti dalam menata rias setiap sudut di mahligai mewah ini.
Tingkat bawah kediaman di lengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur serta sebuah bilik tidur tetamu. Selain itu, disebalik pintu gelangsar juga terdapat ruang balkoni yang cukup luas buat tuan rumah bercucuk tanam dan mendekatkan diri dengan alam sekitar yang nyaman.
Sebagai warna dominan, rona merah jambu telah di’lembut’kan oleh padanan rona putih serta palitan elemen kayu yang menjadikan setiap sudut lebih tenang dan tidak kelihatan terlalu memaksa. Sebaliknya, pengunjung akan merasa lebih santai apabila berada di ruangan kediaman ini.
RUANG PENYIMPANAN PRAKTIKAL
Kebanyakan kediaman dengan pelan terbuka sering menghadapi masalah membahagikan antara satu ruang dengan satu ruang yang lain. Pelbagai teknik boleh digunakan tetapi pemilik memilih untuk membinakan kaunter pulau yang besar bagi membahagikan ruang tamu dan ruang makan dengan dapur.
Penulis sekali lagi kagum dengan ketelitian pemilik memilih warna bagi setiap perkakas dan perabot di dapur. Dari kabinet, permukaan kaunter hinggalah periuk belanga, semuanya pasti mempunyai sentuhan warna campuran merah dan putih itu.
Di satu sudut, Puan Su juga mempunyai sebuah pantri di dapurnya bagi memudahkan beliau menyimpan stok barangan kering serta makanan dengan lebih kemas dan tersusun. Ruang penstoran sebegini adalah lebih praktikal kerana pengguna mudah melihat dimana letaknya setiap bahan selain dapat menjimatkan masa di dapur.
SANTUARI NYAMAN DI BILIK TIDUR
Menjengah ke bilik tidur utama di tingkat dua kediaman ini, dan seperti yang dijangkakan penulis, kamar beradu pemilik juga amat comel dihias dengan warna kegemaran beliau. Walaupun tampak ringkas dan moden, bilik tidur ini jelas mempunyai karakter tersendiri.
Bilik mandi di bilik tidur utama ini juga tidak kurang menariknya. Umpama melangkah masuk ke sebuah spa, ruang ini amat ideal untuk merehatkan fizikal dan mental setelah seharian penat di tempat kerja.
Bahkan, keseluruhan kediaman ini bagaikan menjemput tetamu untuk “take a step back, and relax” dengan suasana yang nyaman dan ceria.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Puan Suhaila
Jenis Kediaman: Superlink 2 tingkat
Konsep: Moden Scandinavian
Keluasan: 2345 kaki persegi
Spesifikasi: 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Proses pemilihan material untuk permukaan kaunter dapur bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ia memerlukan penelitian dan pemerhatian dari pemilik. Selain ketahanan dan jangka hayat, rupa material juga perlu diambil kira supaya seiring dengan tema dapur. Buat checklist, kemudian senarai pendek kan segala kelemahan dan kelebihan material bagi memastikan bahan yang dipilih itu bersesuaian dengan dapur anda. Jangan lupa juga untuk lakukan penyelidikan dan bertanyakan pendapat pihak yang lebih arif seperti pereka atau kontraktor terlebih dahulu sebelum membeli. Disini IMPIANA akan bantu anda menyenaraikan 8 meterial pilihan popular untuk kemasan permukaan kaunter dapur.
1. Quartz
Diperbuat daripada campuran resin polyester dengan salah satu mineral yang paling teguh di bumi, Quartz boleh dikatakan material yang hampir mustahil untuk tercela atau rosak. Sifat bahan ini yang tidak berongga juga dapat menghalang bakteria yang menyebabkan bau busuk dan kesan kotor daripada menembusi permukaan.
Pros ; Fizikal yang kukuh dan menarik, datang dalam pelbagai warna.
Bahan yang tidak berongga, memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Cons ; Memerlukan kos yang banyak berbanding material yang lain.
Tidak tahan suhu tinggi yang melampau, perlu sentiasa gunakan lapik periuk.
Tidak sesuai digunakan diluar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari akan memudarkan warna kaunter.
2. Granite
Batuan semulajadi granite kini mempunyai persaingan yang lebih sengit berbanding sebelum ini, tetapi popularitinya masih tidak dapat disangkal lagi. Permukaanya material ini kuat dan anggun dengan jalur urat semulajadi yang unik dalam setiap pemasangan. Walaupun begitu, sifatnya yang berongga memerlukan penyelenggaraan yang lebih cermat. Biasanya permukaannya akan dilitupi kemasan glossy tetapi juga boleh datang dalam penampilan matte.
Pros ; Rekaan yang tampak moden dan classy menjadikan dapur anda lebih elegan. Juga datang dalam pelbagai warna dan aliran urat yang unik.
Material ini tahan panas dan kalis kotoran.
Cons ; Bergantung pada tahap kualitinya, kos batuan Granite agak tinggi.
Penjurunya mudah pecah jika dikenakan tekanan yang kuat dan kasar.
Perlu kerap deselenggara bagi mengekalkan ketahanan dan sifat semulajadinya.
3. Marble
Marble atau marmar layak diletakkan seiring batuan semula jadi yang lain dengan penampilan yang sofistikated dan elegan sesuai untuk rekabentuk klasik yang mewah.
Pros ; Versatile dan datang dalam pelbagai warna dan gaya.
Tahan haba dan cenderung untuk bertukar sejuk, menjadikannya pilihan yang tepat untuk kaunter pembuatan pastri.
Apabila disapukan lapisan perlindung dengan teliti, ia boleh menjadi kalis kesan kotoran.
Cons ; Seperti batuan semulajadi yang lain, harganya agak mahal.
Mudah pecah dan memerlukan lapisan perlindungan berkala untuk mencegah kesan kotoran yang berkekalan.
Pendek kata – ia lebih kompleks untuk diselenggara.
4. Solid Surface
Bahan buatan manusia yang dibuat dari campuran alumina trihidrat dengan arkrilik, epoxy atau resin polyester dan pigmen warna. Solid surface datang dengan kemasan yang lebih moden dan tidak memiliki rongga menjadikannya salah satu bahan untuk kaunter yang paling mudah untuk dibersihkan.
Pros ; Tahan lama dan memiliki permukaan licin yang membolehkan ia disambung menjadi sinki atau backsplash.
Mudah untuk dibersihkan sekiranya terdapat kotoran dan calar.
Banyak pilihan warna dan corak, boleh menyerupai bahan-bahan lain seperti konkrit dan marmar.
Cons ; Tidak tahan dengan suhu yang tinggi, mudah tercalar dan lekuk.
5. Jubin Seramik
Terdapat pelbagai kemungkinan atau hasil yang boleh diperolehi dengan permukaan kaunter dari jubin seramik ini. Ia datang dalam banyak warna, corak serta saiz yang berbeza bagi memenuhi setiap citarasa. Jadi, amat mudah untuk anda membuat pilihan mengikut style yang anda inginkan.
Pros ; Tahan lama, mudah untuk dipasang, kalis panas dan lembapan.
Pilihan corak, warna , bentuk dan saiz berbeza yang mudah didapati dipasaran.
Cons ; Boleh tercalar, retak dan pecah jika tidak cermat.
Permukaan yang tidak sekata atau lurus.
Susah untuk membersihkan grouting yang terkena kotoran.
6. Laminate
Walaupun sering menjadi pilihan bagi pemilik dengan bajet yang terhad, ia tidak bermaksud laminate kurang dari segi kualiti. Malah, kaunter dengan kemasan laminate biasanya praktikal dan sangat berbaloi. Juga datang dalam pelbagai rupa.
Pros ; Kos yang rendah berbanding material lain.
Amat mudah untuk diselenggara.
Terdapat banyak pilihan warna dan gaya yang boleh menyerupai kayu atau batuan semulajadi.
Cons ; Amat mudah tercalar jika tidak berhati-hati.
Tidak tahan lama jika ingin dibandingkan dengan batuan.
Bergantung pada kualitinya, laminate mungkin akan terlihat ‘murah’.
7. Kayu
Material ideal untuk memotong, menghiris atau penyediaan bahan, menggantikan tugas papan pemotong kerana bahan ini tahan lasak. Walaupun begitu, jauhi kaunter kayu anda dengan alatan atau periuk panas kerana ia mudah rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi.
Pros ; Rupa klasik yang tampak lebih cantik dan warm.
Tahan lama dan sesuai untuk memotong bahan persediaan masakan terus dipermukaannya.
Cons ; Risiko warna luntur jika diletakkan berhampiran sinki atau punca air.
Perlu dilindungi daripada peralatan bersuhu tinggi.
Perlukan penyelenggaraan yang kerap.
8. Konkrit
Boleh menahan suhu tinggi dengan baik dan susah untuk bercalar. Pemasangan kaunter konkrit harus dilakukan dengan cermat dan memerlukan masa dan perhatian yang terperinci, jadi walaupun bahan itu sendiri adalah murah, anda perlu bersedia untuk kos upah pekerja.
Pros ; Tahan haba, licin, kuat dan agak tahan lama.
Kos bahan yang murah.
Cons ; Mudah retak jika dikenakan tekanan yang terlampau kuat.
Bahan yang berongga, tetapi boleh disapukan lapisan pelindung.
Mesti diselenggara dengan kerap untuk mengelakkan kotoran dan kerosakan air.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Backsplash atau dinding belakang tempat memasak kebiasaanya diberi kemasan jubin agar mudah dibersihkan dan kalis air. Namun ramai antara kita mengabaikan. Akibatnya, permukaan konkrit di dapur mudah kelihatan kotor dan sukar dibersih terutamanya pada bahagian tempat memasak.
Bagi yang sedar kepentingan dan keperluan tersebut, nak pilih padanan rekaan jubin yang sesuai pun boleh memeningkan kepala. Kali ni, IMPIANA nak kongsikan beberapa trend rekaan backsplash untuk memberi inspirasi kepada anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.