Menarik Rumah Kampung Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan. IMPIANA tertarik dengan perkongsian idea dan konsep pada rumah kampung yang terletak di Kota Tinggi ini.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, rumah tampak cukup lapang, luas dan mendamaikan. Ditambah dengan konsep terbuka, setiap ruang dibiar ‘saling berhubung’ tanpa ada sebarang sekatan. Sekaligus ‘menjemput’ pencahayaan dan pengudaraan semulajadi ke dalam rumah.
Perkongsian daripada pemilik kediaman Noor Inah ini boleh dijadikan panduan bagi yang berhasrat untuk membina rumah kampung dengan konsep terbuka begini.
Rumah kampung saya ni jenis open concept. Ruang tamu ,dining, kitchen semua bersambung takde partition. Saya memang suka suasana open macam ni sebab saya tak suka duduk dalam ruang tertutup. Suka sebab semua family member boleh berkumpul dekat satu tempat tanpa sekatan ❤️
Question that i always get about my open concept house ni :-
1.Takde nyamuk ke ?
Of course ada tapi manageable biasanya pada waktu petang ke maghrib je. So memang sentiasa pasang ubat nyamuk dan bakar-bakar sampah, daun-daun kering.
Ads
2. Takde lalat, semut,lipas, atau apa-apa serangga ke?
Sama juga ada, tapi boleh dikawal. Ada musim-musimnya. Kalau teruk sangat pun kita akan duduk dalam rumah je la. Lagipun kat dalam ada dry kitchen. Paling penting jangan kumpul sampah. Malam-malam sebelum tidur make sure dapur bersih, takde sampah. Tikus semua takde. Rezeki kami rumah ni senang nak jaga.
3. Tak ada monyet, babi, ular, biawak ke?
Takde. Memang takde. Kita pasang pagar untuk elak binatang masuk. Paling penting area ni memang sentiasa busy. We spend a lot of time kat area ni. Sebab ni la centre of the house. So maybe diorang pun malas nak kacau kot. Kita doa jela memang takde ye. Kawasan luar rumah ni bersih, kami jaga takde semak So alhamdulillah semuanya ok je.
4. Takde hantu ke?
Tak ada. Kitorang memang pemberani. Nak takut apa kita la tuan kat rumah sendiri. Tengah malam malam pun anak-anak kita berani dok luar makan maggie tau.
5. Takde pencuri?
Alhamdulillah.. alhamdulillah..tempat kami aman damai. Setakat ni takde pencuri.
Ads
6. Tak penat ke bersihkan habuk?
Rumah saya sangat kurang habuk. Maybe kawasan kampung jauh dari rumah orang lain dan jauh dari jalan raya. Kawasan ni diguna setiap hari dan dibersihkn setiap hari. So memang tak sempat berhabuk.
7. Tak tempias ke hujan?
Ada je tempias sikit tapi cepat kering sebab kawasan lapang angin tolong keringkan.
So ni la rumah kampung saya yang orang selalu ingat ‘homestay’.
IMPIANA: Wah seronoknya ada rumah kampung konsep terbuka begini. Cukup damai dan menenangkan apabila berada di rumah. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.
Nama Pemilik: Ahmad Rozaidi Bin Ujang Siakir
Jenis Kediaman: Apartmen
Konsep: Mix and Match / Moden Klasik
Keluasan: 1023 kaki persegi
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang makan dan dapur.
Bagi seseorang banyak menghabiskan masa dirumah, sudah pasti pemilik hanya mahukan yang terbaik dalam segala aspek termasuklah pemilihan perabot dan aksesori buat segenap sudut kediaman. Berfikirlah dengan kreatif dan diluar kotak agar hiasan tampak luar biasa dan menarik disamping dapat mengekalkan ciri-ciri yang mencerminkan keperibadian pemilik.
Menurut Encik Zaidi, cabaran utama setelah memiliki sebuah rumah adalah menentukan konsep yang bertepatan dan bersesuaian dengan minat dirinya. Memilih untuk tidak menetapkan apa-apa konsep khusus kepada kediaman, Encik Zaidi mula dengan membeli apa sahaja perabot yang cantik dimatanya. Dan dari situlah beliau akan suai padankan kesemua perabot dan perhiasan sehingga terhasilnya konsep mix and match ini.
Ujar pemilik, “pada mulanya memang saya memilih konsep modern scandi, akan tetapi apabila saya mengunjungi kedai kedai perabot, saya mula menyedari bahawa majoriti perabot yang menarik perhatian saya bukanlah cenderung kearah konsep tersebut.”
Susun atur perabot yang bersesuaian dengan pemilihan aksesori dapat membangkitkan suasana dekorasi elegan dan timeless. Selain itu, keselesaan dan kepuasan hati pemilik juga harus diambil kira dengan mewujudkan ruangan rapi yang menimbulkan rasa tenang.
“Alhamdulillah saya amat berpuas hati dengan hasil dekorasi dan tata rias apartment saya”, tambahnya lagi.
+TIP DEKORASI
– Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana ia akan benar-benar mencerminkan personaliti diri seseorang.
– Pilihlah apa jua konsep atau tema asalkan selesa dan dapat menjadikan sesebuah rumah itu kediaman yang mencerminkan dirikita.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Courtyard dalam bahasa mudah difahami merupakan taman didalam rumah yang dikelilingi pagar atau bangunan. Sama ada dibina di dalam atau di luar kediaman, ternyata ruang ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Courtyard juga berperanan sebagai ruang terbuka yang boleh menyeimbangkan dan menyejukkan suhu dalam kediaman. Selain itu, ia juga memberikan aliran udara yang lebih sihat, privasi, dan ketenangan kepada penghuni. Jika anda sedang berkira-kira untuk mewujudkan sebuah kediaman yang harmoni dan dekat dengan alam semulajadi, inilah salah satu pilihan bijak yang boleh anda pertimbangkan.
Berikut merupakan kelebihan untuk kediaman yang memiliki courtyard :
Pencahayaan
Selain berperanan sebagai salah satu langkah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, limpahan cahaya matahari melalui ruang terbuka di courtyard juga dapat mempengaruhi faktor kesihatan penghuni.
Pengudaraan
Sumber ventilasi semulajadi yang membekalkan udara segar dari luar juga dapat meningkatkan kualiti oksigen. Pengudaraan di kawasan courtyard dapat menurunkan suhu kediaman menjadikannya lebih sejuk dan segar walaupun ketika musim panas.
Pembahagi Ruang
Ia juga bertindak sebagai pemisah ruang di dalam rumah. Contohnya, courtyard yang terletak antara ruang tamu dan bilik tidur dapat meningkatkan privasi di antara kedua kawasan ini dan sebagai pembahagi ruang makan dan dapur.
Persekitaran Nyaman
Dengan perancangan yang rapi dan tepat, sebuah courtyard dapat dijadikan satu ruangan santai yang selesa menepati segala aspek kehidupan yang memerlukan kesegaran alam semulajadi didalam rumah.
Gambar: Hasil Carian Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cara mudah untuk menghindari pembiakan nyamuk di rumah yang melibatkan penggunaan pasu-pasu tanaman ataupun water plants container ialah pastikan air yang bertakung diletakkan serbuk pencegah aedes di dalamnya. Cara paling mudah dengan menggantikan air secara kerap sekurang-kurangnya 5 hari sekali. Selain menjaga kebersihan dan mencegah kawasan air bertakung yang boleh menggalak pembiakan nyamuk, ramai di antara isi rumah telah mengambil pelbagai pendekatan di persekitaran rumah mereka termasuk penggunaan bahan kima. Namun, terdapat beberapa kaedah mudah dan tidak berbahaya dapat digunakan untuk menghindari kehadiran tetamu tidak di undang ini iaitu melalui tumbuhan. Sebenarnya terdapat beberapa jenis tumbuhan renek telah dikenal pasti sesuai ditanam di dalam pasu dapat membantu anda untuk mencegah kehadiran nyamuk di rumah anda. Tumbuhan yang digeruni nyamuk kebiasaannya mempunyai bau busuk dan mengandungi zat citronella yang boleh mewujudkan suasana tidak senang oleh nyamuk yang cuba singgah ke laman rumah.
Geranium
Geranium atau lebih dikenali sebagai cranesbills merupakan tumbuhan iklim malar tropika. Terdapat lebih dari empat ratus jenis tumbuhan dari spesies ini dari keluarga Geraniaceae. Geranium sangat sesuai untuk ditanam di dalam pasu sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Di kalangan rakyat Malaysia, tumbuhan ini lebih dikenali sebagai pokok jermin. Geranium mempunyai kandungan zat citronella yang tinggi dan sangat tidak di gemari oleh nyamuk. Cara penggunaan nya adalah dengan cara menggoyangkan pokok geranium atau dengan meniupnya sehingga ia menghasilkan aroma khas. Tumbuhan ini sesuai untuk di tanaman di dalam rumah dan memerlukan kawasan yang mempunyai teduhan kerana sifat batang pokok yang berair menyebabkan ia tidak sesuai terdedah kepada terik mentari.
Marigold
Terdapat pelbagai jenis marigold yang tergolong dalam genus Tagetes ini. Marigold mempunyai bunga berwarna kuning dan bau yang tidak menyenangkan. Namun, ramai antara penggemar taman memilih tumbuhan ini sebagai salah satu tumbuhan hiasan di rumah kerana teksturnya dan bentuk menarik dan warna yang menyerlah. Marigold merupakan tumbuhan sesuai untuk pelbagai iklim dan setiap iklim mempunyai bentuk bunga yang berbeza. Tumbuhan dari keluarga Asteraceae merupakan tumbuhan malar dan sesuai di tanam di dalam pasu. Marigold mengandungi Pyrethrum, kandungan ini selalu digunakan sebagai salah satu ramuan penting untuk kegunaan perubatan terutamanya untuk melegakan gigitan serangga. Tumbuhan ini gemarkan pencahayaan semula jadi secara langsung untuk memudahkan proses penghasilan bunga.
Ageratum
Ageratum merupakan tumbuhan berasal dari hutan belukar tropika. Mempunyai lebih kurang empat puluh hingga enam puluh jenis dan merupakan tumbuhan renek dari keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini mempunyai bau yang boleh mengundang masalah kepada nyamuk dan digunakan secara komersial sebagai bahan utama untuk membuat ubat melegakan gigitan nyamuk. Ageratum selalu ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana memerlukan penjagaan yang mudah selain bentuk bunganya seakan powder-puff like yang mempunyai warna menarik iaitu ungu, merah jambu dan putih. Tumbuhan ini sesuai ditanam di bawah teduhan mahupun terdedah kepada terik mentari secara langsung. Ia juga sesuai di jadikan sebagai tanaman berpasu . Bagi mendapatkan kesan cepat untuk menghalau nyamuk, anda hanya perlu menggosokkan beberapa keping daun sehingga mengeluarkan aroma. Manakala untuk mengubati gigitan nyamuk, anda hanya perlu gosokkan beberapa helai daun di bahagian gigitan tadi .
Rosemary
Rosmarinus officinalis lebih mesra dikenali sebagai rosemary merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai kegunaan. Tumbuhan malar hijau ini sering digunakan sebagai salah satu bahan rempah dalam masakkan dan digunakan secara komersial untuk penghasilan ubat. Selain itu juga, rosemary selalu digunakan untuk tujuan perubatan secara tradisional di negara-negara barat seperti mengubati penyakit gout dan sebagainya. Aromanya sering menyerlahkan lagi rasa makanan terutamanya apabila dipanggang. Namun, tidak bagi nyamuk yang cuba singgah di halaman rumah anda. Rosemary dari keluarga Lamiaceae memerlukan teduhan sepenuhnya untuk menjamin tumbesaran sihat. Bagi mendapatkan impak lebih cepat untuk mencegah kehadiran nyamuk, anda perlu membakarnya terutama pada waktu petang. Untuk tujuan penanaman, ia boleh ditanam di dalam pasu atau dijadikan sebagai salah satu tumbuhan herba di kitchen garden anda.
TIPS MENCEGAH KEHADIRAN NYAMUK MENGGUNAKAN TUMBUHAN
Tanamkan tumbuhan yang boleh mencegah nyamuk di dalam pasu dan diletakan pada patio, wakaf atau di mana sahaja kawasan laman yang sering anda gunakan sebagai ruang santai
Letakan pasu berisi pokok yang boleh menghalang kehadiran nyamuk di bahagian pintu masuk hadapan dan pintu belakang rumah anda.
Wujudkan window garden dengan menanam tumbuhan yang boleh mencegah nyamuk dan di mana-mana sahaja laluan angin.
Tanam tumbuhan penghalang nyamuk secara berselang seli dengan tumbuhan hiasan lain yang terdapat di halaman rumah anda.
Jadikan tumbuhan yang boleh memberi ancaman kepada nyamuk sebagai tanaman pagaran.
IMPIANA banyak menyajikan video yang menarik boleh klik di sini
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.