Pelakon Azhar Sulaiman,53 atau juga lebih mesra membahasakan diri ‘Behar’ baru-baru ini berkongsi antara aktiviti malamnya di bulan Ramadan. Dalam perkongsian di media sosial, jelas pengacara yang juga seorang arkitek ini, sejak 1 Ramadan dirinya tak boleh tidur malam dan memenuhi waktu malam tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mencuci karpet di rumah.
“Sejak 1Ramadan Behar takleh tido malam. I think i dah terkena Amnesia – Terlupa untuk tido malam!” katanya.
Kreatif Jemur Karpet Guna Rangka Laundry Bag
Dalam video ringkas yang dikongsikan, pelakon yang dikenali suka bertukang serta melakukan aktiviti DIY ini juga turut berkongsi tip cara dia mencuci dan menjemur karpet di laman rumah.
Menariknya Behar cukup kreatif menggunakan rangka laundry bag IKEA dan rod panjang untuk dijadikan tempat menjemur karpet yang telah dicuci nanti.
Ads
Bukan itu sahaja, ayah kepada Kasih Iris Leona, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin ini turut merancang untuk memperbaiki semula rumah kucingnya yang rosak terbiar sebelum ini. Behar merancang untuk mengecat, meletak lampu raya sebelum diletakkan di laman rumah menjelang raya nanti.
Ads
Memang rajin sungguh dan cukup kreatif pelakon Azhar Sulaiman ni. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Langsir menggunakan rail masih dipakai di banyak kediaman walau pun sudah ada pelbagai jenis langsir terbaru.
Penggunaan langsir ini memerlukan cangkuk yang mana kerja memasangnya agak mencabar.
Perasan atau tidak, cangkuk langsir ini ada dua jenis iaitu, cangkuk di tengah dan satu lagi cangkuk di atas.
Biasanya kita ‘belasah’ saja guna yang mana-mana pun, janji langsir dapat digantung menutup tingkap atau pintu. Jangan begitu ya. Ramai tak tahu sebenarnya dua cangkuk ini berbeza fungsi.
Kalau salah guna cangkuk, langsir nampak tak kemas, railing kelihatan dan langsir pun boleh tersangkut. Cara guna cangkuk yang betul dikongsi oleh Mea Edie.
“Kalau ada yang dah lupa atau tak tau lagi. Saya share semula tentang jenis cangkuk dan fungsinya,”katanya
-No.1 untuk day curtain (railing belakang)
-No.2 untuk night curtain (railing depan)
-Fungsi cangkuk 1 supaya langsir tidak tersangkut pada braket railing.
-Fungsi cangkuk 2 untuk menutup railing
Nampak sama tapi tak serupa. Bagi pengguna double railing pastikan guna cangkuk yang betul.
INFO : TIP PASANG RAILING DAN ROD LANGSIR.
✅ Pastikan langsir menutup tingkap dengan sempurna.
✅ Gantung railing lebih lebar & tinggi dari frame tingkap.
✅ Railing dan langsir yang tinggi paras siling memberi kesan ruang nampak lebih tinggi dan luas.
Rumah besar dan bayangkan ada tujuh orang anak dengan 7 bilik dan 7 tandas, plus halaman luas 11,000 kaki persegi—tapi tak ada pembantu rumah!
Bunyi macam mustahil, kan? Tapi Mohd Yazid Ismail dan isterinya berjaya uruskan semua ni dengan sistem yang mereka cipta sendiri.
Nak tahu rahsia dia? Jom baca perkongsian beliau yang tular baru baru ini.
Kami ada 7 orang anak. Paling kecil umur 6 bulan, sulung umur 17 tahun. Kat rumah tak pernah ada maid. Semua kerja rumah buat sendiri.
Keluasan rumah 6 ribu kaki persegi, ada 7 bilik 7 tandas. Luas tanah 11 ribu kaki persegi. Tak ada bibik, tak ada tukang kebun.
Secara berkala, anak-anak akan dikerah jadi tukang cleaner kemaskan laman rumah, bersihkan longkang, buang pokok-pokok liar.
Anak-anak dari umur 3 tahun diajar bertanggungjawab buat apa yang termampu.
Bersihkan tempat makan masing-masing, kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah kena pastikan clear selapas selesai makan.
Kemas mainan sendiri, tolong buangkan sampah ke tong sampah. Letak baju di tempat nak basuh.
Anak-anak jika di”bibik”kan dari awal, diorang akan jadi rajin buat kerja rumah dan faham tanggungjawab.
Bila masuk umur 7 tahun, kami ajar gosok baju sendiri. Basuh pinggan mangkuk sendiri.
Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak umur 5 tahun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak buat.
Kami tak nak anak-anak ada penyakit “princess syndrome” yang akan menyebabkan mereka jadi pemalas tanpa rasa bersalah. Tak nak hilang common sense dalam hidup mereka.
Anak lelaki atau perempuan sama je kami ajar buat kerja rumah sama-sama. Tak ada beza.
Sebenarnya semua kerja rumah adalah mudah untuk anak-anak selesaikan dengan senang hati dan gembira.
Dalam gambar ini Saeed umur 7 tahun. Dari kecik lagi saya bagitahu dia, bila dah sampai tangan ke sinki, kena basuh sendiri pinggan. Dia ikut. Ini dah jadi tradisi keluarga.
Saeed gosok baju sekolah sendiri. Sama macam abang dan kakak sebelum ni mula gosok baju sendiri umur 7 tahun. Jika anak tak diajar buat kerja dari kecil, rumah jadi kelam kabut, kotor, sink penuh dengan pinggan mangkuk, baju bergunung tak sempat nak lipat.
Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Anak jadi macam raja.
Bila anak-anak jadi raja, ibubapa akan jadi hamba sampai tua.
Moga perkongsian saudara Yazid ini dapat kita praktikan pada anak-anak kita juga.
Elak RISIKO Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bencana Banjir, Tip Keselamatan Kena Tahu. Sewaktu banjir melanda, faktor keselamatan paling penting dan perlu diutamakan. Arus deras boleh mengalirkan arus elektrik sekaligus mengakibatkan renjatan elektrik yang boleh meragut nyawa.
Lokasi rendah atau di kawasan yang berisiko dinaiki air banjir, serta mereka yang
sedang menghadapi bencana tersebut agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan sebarang kes kemalangan elektrik yang tidak diingini.
Sebagai contoh, tiang elektrik patah/tumbang atau tiang elektrik ada kebocoran arus, talian elektrik putus/jatuh, serta kabel bawah tanah terputus akibat banjir boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik.
Ini antara tip keselamatan elektrik semasa dan selepas banjir yang perlu kita praktikkan jika kediaman ditenggelami air.
Sekiranya mempunyai masa sebelum diarah berpindah, pastikan perkara berikut dilakukan:
-MATIKAN bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis
utama pada kedudukan ‘OFF’.
– PASTIKAN semua suis dalam keadaan ‘OFF’ dan cabutkan palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik.
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepada TNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan.
-ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
-JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
-JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
-DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
-JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
-JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
-JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
-SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
– AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
– BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya. Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
-JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
-ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
-Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini dijadikan panduan bagi pemilik kediaman yang sedang berdepan dengan bencana banjir. Ikut langkah keselamatan yang dikongsikan ini bagi mengelekkkan risiko terkena renjatan elektrik akibat banjir.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.