Tak semua orang ada rumah besar, tapi itu bukan alasan ruang kecil tak boleh nampak wow! Dengan trik simpanan bijak dan susun atur kreatif, rumah comel pun boleh jadi luas, kemas, dan super stylish.
Guna cermin besar untuk ilusi ruang
Letak bertentangan tingkap, terus nampak luas dan cerah.
2.Pilih perabot kaki tinggi
Senang bersihkan bawah, ruang rasa lapang, dan boleh selit storage bakul atau kotak.
3.Pasang rak terapung
Boleh letak buku, dekor, atau barang dapur tanpa makan ruang lantai.
Ads
4.Guna pintu sliding atau pintu lipat
Jimat ruang berbanding pintu biasa yang perlukan ruang bukaan.
5.Pilih warna cerah dan motif minimalis
Dinding putih, pastel atau nude buat ruang nampak lebih “lega”.
6.Gantung barang guna rail atau hook
Ads
Contohnya di dapur dan bilik air—semua barang mudah capai, tak perlu kabinet besar.
Kesimpulan:
Rumah kecil tetap boleh nampak luas dan kemas kalau pandai guna storage tersembunyi dan perabot multi-fungsi. Susun barang dengan kreatif, pastikan hanya simpan yang perlu—confirm rumah sentiasa selesa!
Tip penting sebelum beli peti sejuk baharu untuk kediaman. Jika anda sedang merancang untuk membeli peti sejuk baharu, sama ada untuk menggantikan yang lama atau buat pertama kali, mungkin anda rasa sedikit buntu untuk memulakannya.
Ini bukan seperti membeli pakaian yang boleh ditukar saiz jika tersilap pilih. Peti sejuk adalah pelaburan jangka panjang, dan kesilapan boleh menyebabkan kerugian ruang dan wang.
Jadi, berikut beberapa panduan praktikal untuk membantu anda membuat keputusan bijak.
Semoga proses membeli lebih mudah dan menyeronokkan!
Di kebanyakan rumah, kita sering lihat peti sejuk berdiri bebas digunakan. Namun, terdapat satu lagi pilihan iaitu peti sejuk jenis built-in yang direka khas mengikut saiz dan reka bentuk dapur anda.
Peti sejuk berdiri lebih mudah dipasang kerana hanya memerlukan ruang kosong dan sambungan elektrik. Sebaliknya, peti sejuk built-in dipasang terus ke dalam kabinet dapur dan menyatu dengan susun atur keseluruhan dapur. Ia boleh direka dengan kapasiti yang besar, bergantung pada keperluan anda.
Peti sejuk hadir dalam pelbagai bentuk dan konfigurasi. Anda boleh memilih jenis menegak dengan bahagian beku di atas atau di bawah, atau jenis melintang seperti model ‘side-by-side’. Pilihan ini bergantung kepada gaya hidup dan bagaimana anda biasanya menggunakan dapur. Pastikan reka bentuk peti sejuk tidak mengganggu aliran kerja di dapur anda.
Luangkan masa untuk meneliti ciri-ciri peti sejuk yang sedang anda guna. Apa yang anda suka? Apa yang anda rasa kurang praktikal? Senaraikan perkara penting dan keutamaan anda. Jangan mudah terpengaruh dengan fungsi tambahan yang jarang digunakan pastikan setiap ciri benar-benar memberi manfaat kepada rutin harian anda.
Walaupun sesetengah rumah sudah ada ruang khusus untuk peti sejuk, anda tetap perlu ambil ukuran secara teliti. Ingat, peti sejuk perlukan ruang di bahagian belakang dan sisi untuk pengudaraan. Sebelum membuat pembelian, pastikan anda tahu dimensi ruang tersedia dan bandingkan dengan saiz peti sejuk yang ingin dibeli. Biarkan ada ruang lebihan sebagai langkah berjaga-jaga.
Teknologi hari ini banyak menghasilkan produk elektrik yang menjimatkan tenaga. Peti sejuk yang efisien bukan sahaja mengurangkan bil elektrik, malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Pilihlah model yang mendapat penarafan tenaga yang baik serta menggunakan teknologi mesra alam.
Membeli peti sejuk bukan keputusan yang boleh dibuat secara tergesa-gesa. Dengan mempertimbangkan lima aspek iaitu jenis, orientasi, ciri kegunaan, saiz ruang dan kecekapan tenaga. Anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat dan tidak menyesal di kemudian hari. Selamat membeli dan mendekorasi dapur anda!
Kucing suka kencing atas sofa, lelaki ini Kongsi cara hilangkan bau hancing. Memelihara kucing memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika kucing itu manja dan gebu. Namun, ada kalanya kucing kesayangan kita boleh buat perangai yang di luar jangkaan.
Antara masalah paling menjengkelkan ialah apabila kucing mula kencing merata-rata dan lebih malang lagi, apabila tempat pilihannya ialah sofa kegemaran kita. Bukan sahaja bau hancing sukar dihilangkan, malah sofa kesayangan pun boleh rosak jika tidak dibersihkan dengan betul.
Dalam satu perkongsian pengalaman seorang pemilik kucing, beliau menceritakan bagaimana kucing comelnya mempunyai ‘hobi rahsia’ suka kencing atas sofa walaupun sudah disediakan litter box lengkap dengan pasir wangi di tempat yang sesuai.
Pada awalnya, beliau hanya mencuci dengan sabun biasa dan berharap bau akan hilang. Namun sebaliknya yang berlaku, bau menjadi semakin kuat dan menjengkelkan sehingga menjejaskan keselesaan ketika menonton televisyen.
Beliau kemudian mencuba pelbagai kaedah: baking soda, cuka, semburan pewangi, namun semuanya tidak berkesan dalam jangka masa panjang. Hinggalah satu hari, seorang rakan mencadangkan penggunaan pil pembasmi kuman (disinfectant) yang biasa digunakan di hospital untuk mencuci najis dan darah. Pil ini didapati mudah didapati secara dalam talian dengan harga berpatutan.
1. Mula-mula, cuci kawasan yang terkena air kencing menggunakan sabun mandi dan berus. Gunakan sabun wangi untuk menutup bau asal buat sementara waktu. Elakkan menggunakan air pada peringkat ini.
2.Biarkan selama 30 minit, kemudian keringkan dengan pengering rambut.
3.Dalam bekas plastik, larutkan dua biji pil disinfectant ke dalam air biasa. Apabila larut sepenuhnya, tuangkan larutan tersebut ke atas kawasan yang telah dibersihkan tadi sehingga basah lencun.
4.Akhir sekali, biarkan ia kering secara semula jadi atau gunakan pengering rambut untuk mempercepatkan proses.
Keputusannya amat mengejutkan, bukan sahaja bau hancing hilang sepenuhnya, malah sofa kembali wangi seolah-olah baru selesai cucian profesional. Lebih menarik, kucing tersebut tidak lagi kencing di atas sofa selepas itu, seolah-olah menyedari perbuatannya itu tidak boleh diterima.
Kesimpulannya, walaupun masalah kucing kencing merata boleh menyebabkan tekanan emosi, ia sebenarnya boleh diselesaikan dengan kaedah yang betul. Tiada keperluan untuk membeli sofa baharu atau membuang kucing kesayangan.
Sebagai pemilik, kita juga perlu lebih memahami bahasa dan tingkah laku haiwan peliharaan. Kadangkala, apa yang mereka perlukan hanyalah perhatian dan sedikit kefahaman daripada kita.
Beli ‘rumah hantu,’ pemilik buat renovasi sampai jadi lawa. Ramai orang akan berfikir dua kali sebelum membeli rumah terbiar yang digelar ‘rumah hantu’, namun bagi seorang individu yang berani mengambil risiko, keputusan untuk memiliki rumah lama yang menyeramkan itu ternyata membuahkan hasil luar biasa.
Namun, di tangan pemilik baharu yang kreatif dan komited, rumah itu kini berubah wajah sepenuhnya hasil proses renovasi menyeluruh. Transformasi yang dilakukan bukan sekadar kosmetik, malah turut melibatkan pengubahsuaian struktur dan sistem asas rumah seperti pendawaian, saliran dan lantai.
Pemilik rumah tersebut turut berkongsi proses renovasi di media sosial, menarik perhatian ramai netizen yang kagum dengan perubahan drastik yang dilakukan. Ramai yang memuji keberanian dan ketekunan pemilik dalam menghidupkan semula rumah lama itu.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.