Sofa kotor dan bertompok apatah lagi bila berwarna berwarna cerah memang akan menyakitkan mata. Air atau makanan yang tertumpah akan meninggalkan kesan kotoran dan bertompok.
Kotoran sofa yang sebegini memang akan lenyap bila punya vakum yang khusus atau mengambil khidmat pembersihan sofa. Semua ini dah tentu memerlukan bajet. Tapi ada alternatif lain untuk bersihkan sofa ini dengan cara paling mudah dan murah.
Hanya mengguna penutup periuk bersama bancuhan air panas cecair pencuci pinggan, kotoran pada sofa dapat dibersihkan dengan mudah. Tak perlu upah khidmat pencuci, modal cuma penutup periuk saja. Kaedah ini dikongsi oleh Arya Cahya Oktavia melalui akaun TikTok beliau.
Bersih sofa kotor guna penutup periuk
“Cuba cara bersih sofa yang viral menggunakan penutup periuk. Macam tak percaya pula menjadi. Kalau cara yang dikongsi sebelum ini menggunakan cecair pencuci bentuk tablet tapi memandangkan bahan ini tiada di rumah jadi saya guna cecair pencuci pinggan. Tapi memang ternyata bersih,” katanya.
Ads
Sediakan bahan berikut
-Cecair pencuci pinggan
-Penutup periuk
-Kain
-Air panas secukupnya
Cara bersihkan sofa guna penutup periuk
1. Tuang cecair pencuci diikuti dengan air panas dalam besen atau bekas yang boleh muatkan penutup periuk.
2. Ambil kain dan ikat penutup periuk, pastikan bahagian ikatan di atas.
3. Celup penutup periuk yang diikat kain tadi dengan air sabun tadi.
Ads
4. Terus gosok pada sofa yang kotor. Ulang hingga kotoran hilang.
Ads
5. Selepas itu hidupkan kipas, anginkan agar sofa cepat kering.
Pintu lipat jenis plastik yang digunakan di tandas memang cepat rosak. Kebiasaannya, kerosakan yang dialami adalah bilah pintu lipat tercabut dari klip atau landasan. Ada pula tu, pintu cantik lagi dan tak sampai setahun pun dah jadi rosak.
Nak ganti dengan yang baru sayang pula. Ini jalan penyelesaian paling mudah dan menjimatkan poket anda. Tukar pintu lipat yang rosak tadi menjadi pintu biasa. Nak tahu macam mana? Tengok gambar yang telah disediakan ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Suatu ketika dulu, wainscoting hanya boleh dilihat pada dinding kediaman yang mewah sahaja. Tetapi sejak beberapa tahun yang lalu, ia telah menjadi trend yang boleh dinikmati oleh pelbagai golongan hidup. Evolusi wainscoting telah menjadikannya lebih mudah untuk didapati dan dengan harga yang jauh lebih murah.
Selain itu, cara pemasangannya yang tidak rumit juga telah menjadikan wainscoting sebagai salah satu elemen kegemaran buat pemilik rumah yang inginkan sesuatu yang lebih elegan. Ramai yang lebih memilih untuk pasang sendiri, yang penting hanya perlu teliti dan sabar.
Dalam perkongsian dari Pembekal Kayu Wainscotingini, ada menunjukkan step-by-step memasang wainscoting pada dinding, khususnya jenis double frame dengan mudah. Jika ikut betul-betul, pasti ruang anda akan kelihatan jauh lebih menarik dengan karakter yang tersendiri. Mari kita cuba!
Bahan-bahan utk projek wainscoting double frame:
kayu wainscoting (3pattern. 1 utk chair rail, 2 utk frame)
gam kayu x-bond
latex sealant
masking tape
cat
– jotun majestic putih
– jotun majestic turquoise kod 6084
Cara-caranya :
Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yg di perlukan
Gap antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci shj. (*Gap jgn terlalu besar, tak cantik)
Pilih saiz kayu yg bersesuaian
Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar.. untuk mendapatkn sudut cantuman yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian
Cantumkan batang kayu menjadi bingkai
Untuk gam bingkai ke dinding, perlu dibuat dengan teliti (supaya tidah senget)
Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul2 melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering
Isi ruang kosong (rongga2 kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas
Cat keseluruhan dinding & kayu, untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat jotun majestic sheen (kilat)
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Acuan batu pemijak (1 kaki x 1 kaki atau mengikut saiz yang diingini)
Peralatan pembinaan
Span dan berus lembut
Langkah-langkah:
Sediakan bancuhan simen dengan nisbah dua bahagian pasir dan satu bahagian simen. Air disukat berdasarkan kadar kepekatan bancuhan.
Sediakan acuan yang diperbuat daripada 4 keping kayu bersaiz 2 inci lebar. Letakkan di atas permukaan rata seperti papan bagi membentuk permukaan dan dasar sekata.
Masukkan bancuhan simen ke dalam acuan. Ratakan.
Kemudian taburkan batu pebble dengan rapat dan rata. Tekan perlahan-lahan sehingga batu pebble ditutupi lapisan nipis bancuhan simen sepenuhnya.
Biarkan di bawah cahaya matahari selama 1 jam.
Seterusnya, condongkan papan yang mendasari acuan membentuk batu pemijak tersebut. Dengan menggunakan span yang dipenuhi air, lap permukaan dengan lembut batu pemijak tersebut.
Menggunakan berus cat, berus permukaan batu pemijak secara lembut untuk menyucikan permukaan nipis simen daripada batu pebble. Setelah permukaan nipis simen selesai di sapu, keringkan batu pemijak selama sekurang-kurangnya 36 jam di bawah matahari penuh.
Batu pemijak batu pebble sedia digunakan!
Info
Bancuhan konkrit cair akan menyebabkan batu pemijak menjadi lebih ringan
Bancuhan konkrit pekat akan menghasilkan batu pemijak yang lebih berat dan padat.
Permukaan dasar yang tidak rata dan acuan tidak bersudut tepat menyebabkan batu pemijak gagal statik ketika pemasangan serta boleh menyebabkan keretakan.
Selain batu pebble halus, batu pebble bersaiz sederhana sesuai dijadikan salah satu kemasan batu pemijak serta boleh digunakan sebagai laluan refleksologi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.