Memang sakit mata lihat kesan cakaran kucing di sofa, lebih-lebih lagi jenis fabrik kain. Berbulu-bulu dibuatnya.
Tapi, kenapa dalam banyak-banyak tempat si bulus ni suka cakar pada sofa?
Dipetik dari artikel Icatecare, Sifat mencakar sofa yang dilakukan oleh si bulus atau kucing adalah bagi tujuan melatih kekuatan otot kaki hadapan yang juga digunakan untuk pertahanan dan memburu.
Ada sesetengah kucing suka mencakar dalam keadaan berbaring. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana tujuannya sama. Kebiasaanya, permukaan yang dipilah untuk mencaakr adalah yang tidak mudah berganjak dan tetap.
Ads
Atasi Kucing Cakar Sofa & Perabot
Untuk mencegah kucing merosakkan barang, terdapat beberapa cara yang boleh diterapkan untuk mencegah kucing-kucing mengcakar barang di rumah, antaranya:
1. Menyediakan sesuatu untuk dicakar
Untuk mencegah kucing mengcakar sembarangan, anda boleh menyediakan sesuatu yang khusus untuk kucing mencakar. Sebagai contoh, tiang pengcakar kucing atau mainan kucing interaktif. Pastikan tiang cakaran tersebut kuat, kukuh, tinggi dan tertutup dari bahan yang suka dicakar kucing.
2. Letakkan tiang mencakar di kawasan strategik
Letakkan tiang garukan di tempat yang disukai kucing, seperti di ruang tamu atau dekat jendela, untuk mendorong mereka menggunakan tiang tersebut. Kamu juga bisa menempatkannya di dekat area tidur mereka.
Ads
3. Buat barang-barang tidak menarik untuk dicakar
Ada beberapa method yang boleh dilakukan untuk melindungi perabot dari cakaran kucing, termasuk: Semburkan pada permukaan barang dengan semburan beraroma lemon kerana kucing secara semula jadi tidak menggemari bau limau. Selitkan selembar kain di sekitar kawasan yang tergores sehingga kucing tidak dapat terus mengcakarnya. Menggunakan penutup sofa juga boleh jadi salah satu alternatif dan menggunakan double tape atau aluminium foil pada perabot untuk jangka waktu tertentu yang membuat kucing merasa tidak selesa.
4. Buat jadual waktu bermain
Menurut Righetti, jika kucing bosan atau tidak mampu untuk menghilangkan stress mereka menjadi lebih terdedah dengan rasa untuk mengcakar barang. Jadi, cubalah mengjadualkan waktu setiap hari untuk bermain dengan kucing dan memperkenalkan mainan baru yang menarik untuk mencegah kebiasaan tersebut.
5. Potong kuku kucing secara berkala
Righetti mengatakan, memotong kuku kucing secara rutin bukan hanya aspek penting untuk menjaga kesihatannya tetapi juga salah satu cara paling efektif untuk mengurangkan kerosakan akibat cakaran kuku pada perabot.
Dekor rumah hebat, susun atur aksesori menarik, tetapi bila pandang atas siling, kipas berhabuk. Pasti akan bagi situasi ‘potong stim’ bila kita tengok bilah kipas penuh dengan habuk berwarna hitam. Kalau kita tengok dah rasa rimas, apatah lagi kalau tetamu yang datang bertandang.
IMPIANA bantu anda bagaimana untuk memastikan anda tidak penat mencuci bilah kipas setiap minggu. Penat juga setiap minggu nak panjat tangga, guna banyak tenaga, sepatutnya hari minggu kita berehat tetapi kita penat membuang habuk kipas. Kalau kipas meja gagah lagi, kipas siling, memang surrender.
Ikuti langkahnya dibawah ini:
Ambil satu bekas penutup pelembut pakaian dan letakkan dalam satu mangkuk. Buat langkah yang sama dengan cuka makanan dan air biasa. Nisbahnya adalah 1:1:1 atau ikut agak-agak saiz bilah kipas. Kacau hingga sebati campuran tersebut.
2) Basuh bilah kipas tersebut dengan air biasa untuk membuang habuknya.
3) Letakkan campuran air tadi ke dalam botol penyembur dan semburkannya di setiap bilah kipas. Sama juga kalau kipas meja, semburkan di bilah dan juga jaring penutup kipas depan dan belakang. Selepas itu, biarkan selama 5 minit dan lap dengan kain lembab.
Ulangi 3 langkah ini setiap 2/3 bulan sekali. Jimat tenaga dan jimat belanja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tinggal di kuarters syarikat atau pun kuarters kerajaan bukanlah penghalang untuk berdekor atau menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Asalkan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Boleh juga ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Periuk, kuali dan pelbagai lagi peralatan memasak tidak mudah lekat atau non-stick menjadi pilihan masyarakat zaman moden. Ini disebabkan perlatan atau perkakas memasak non-stick ni menjimatkan masa disamping memudah kan kerja memasak. Namun ramai yang tak sedar ada antara kaedah atau cara penggunaan yang dilakukan menyebabkan perkakas memasak non-stick tadi rosak. Antara kerosakkan yang kerap berlaku adalah permukaan kuali mula melekat. SEBAB APA YE?
ELAK PANASKAN SEBELUM LETAK MINYAK ATAU BUTTER
Kalau kita menonton atau belajar memasak, mesti secara teknikalnya cef yang mengajar akan suruh panaskan terlebih dahulu kuali tu. Betul tak? Namun tidak bagi kuali atau periuk non-stick. Jika anda memanaskan periuk atau kuali non-stick terlebih dahulu sebelum memasukkan minyak, ia akan menyebabkan risiko pembebasan bahan toksik yang merbahaya. Sebaiknya, terus letak minyak apa kuali telah diletakkan di atas api
JAGAN KERINGKAN AIR DALAM KUALI
Ramai yang buat macma ni. Selepas dibasuh, kuali atau periuk nono-stick yang telah digunakan pasti di panaskan terlebih dahulu untuk dikeringkan air. Sama seperti yang di katakana di atas, cara penggunana ini akan menyebabkan kesan pembebasan bahan toksik apabila air yang terdapat di dalam kuali dapat dikeringkan sepenuhnya. Jadi, sebaiknya gunkan kain bersih atau tisu untuk keringkan permukaan kuali yang basah
JANGAN GUNAKAN API YANG TERLALU PANAS
Kondisi panas melampau akan menyababkan lapisan non-stick rosak. Oleh itu, gunkan api sederhana panas dan suhu tidak melebihi 200 darjahC ketika memasak atau memanggang dengan peralatan memasak non-stick.
DILARANG MENGGUNKAN UTENSIL METAL
Memang Nampak professional bila memasak menggunkan sudip atau senduk metal. Selain itu juga, metarial ini tahan lebih lama. Betul tak? Namun, penggunaanya akan menyebabkan lapisan non-stick pada kuali tadi tercalar dan rosak. Sebab itu lah, bila dah lama-lama permukaan non-stick tadi mula melekat. Jadi, ada yang kata kuali tu murah lah, tak berkualiti lah. Padahal, carang penggunana anda yang salah
CARA CUCIAN YANG BETUL
Adaklanya, pemilihan pencuci atau sabun yang digunkan boleh menyebabkan permukaan non-stick anda cepat rosak. Perkara ini yang paling ramai orang buat silap. Sebaiknya, anda gunakan serbuk baking soda dan sentalkan dengan span yang lembut untuk mencuci kotoran pada kuali non-stick anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.