Tip bajet buat renovasi ruang dapur, barulah hasilnya macam diidam-idamkan. Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur.
Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari.
Berikut 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina dapur.
1.Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinetyang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
2. Jenis Material Yang Anda Mampu
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
3. Bahagian Penstoran Yang Sesuai Dengan Peralatan Anda
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
Ads
4. Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
5. Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
Ads
6. Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Jadi jangan terlalu taksub hanya dengan melihat rekaan tombol yang pelbagai. Fikirkan juga rekaan pintu kabinet anda juga adakah ia dapat dijodohkan dengan baik dan cantik. Ia hanya sekadar pelengkap rekaan pintu kabinet dapur anda bukannya material utama yang perlu dilihat setiap masa.
7. Pencahayaan
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Ads
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
8. Permukaan kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
9. Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
Jadi ada konsep yang memerlukan aksesori yang banyak dan pelbagai ragam. Ada juga yang memerlukan aksesori yang ringkas seragam seperti hitam, jernih mahu pun putih. Malah ada yang memerlukan aksesori yang minimal. Awas, jangan tersalah beli aksesori. Hiasan klasik di tempatkan pada dapur moden?
10. Kemasan
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan.
‘Masa itu Emas’, itulah pepatah yang kita semua kenali sejak dari dulu. Kita mesti menghargai masa yang kita dan jangan sia-sia kan begitu sahaja dengan perkara yang tidak penting atau membuang masa. Oleh sebab itu, kita mestilah ada jam dinding di rumah supaya kita tidak leka jikalau kita ada perkara atau kerja hendak dibuat, kita tidak akan terlepas. Hari ini, saya akan memberi beberapa jenis jam dinding yang cantik untuk dekorasi rumah anda serta fungsinya.
JAM DINDING KAYU IMLEK
Jam dinding ini akan berfungsi sebagai jam tangan dan perhiasan untuk perayaan Tahun Baru Cina. Jam dinding ini biasa terdapat di ruang tamu dan ruang keluarga.
Jam di dinding diperbuat daripada kayu MDF berkualiti tinggi yang tahan bahaya. Saiz jam dinding ini ialah diameter 30 cm. Selain daripada saiz yang sesuai, reka bentuknya juga agak tersendiri, terutamanya frasa “Angpao na lai” yang tertera di atasnya. Siapa tahu, mungkin meletakkan jam dinding itu boleh menyebabkan lebih banyak paket merah.
MIRACLE M26 VT01
Designya adalah vintage dan lawa sekali untuk di dekorasi pada ruang tamu anda dan mempunyai warna yang sudah tersedia.
Tidak mahu menghabiskan banyak wang tetapi masih memperoleh jam tangan yang bagus? Jam dinding Miracle M26 VT01 adalah jawapannya. Jam dinding ini dibina dalam gaya klasik dan akan kelihatan hebat dalam hiasan yang indah.
Jam 20 x 20 cm ini terdiri daripada plastik dan kaca, dan ia dikuasakan oleh enjin kuarza biasa. Produk ini ditawarkan dalam versi warna hitam, putih dan coklat.
THE EVEREST 3M012G
Jam dinding ini mempunyai ukuran yang sangat besar dan designnya kelihatan mewah. Bukan itu sahaja, keunikan jam dinding ini mempunyai detak jam yang halus dan hening.
Everest 3M012G ialah jam dinding 3D yang besar yang boleh menambah dimensi baharu pada ruang anda. Menggunakan jam tangan ini boleh menjadikan tempat anda kelihatan lebih bergaya dan mahal. Jam ini dibina menggunakan gam melekit mengikut corak. Konfigurasi jam selepas ia diletakkan di dinding, iaitu 120 × 120 cm.
Peranti ini menggunakan mesin kuarza yang beroperasi dengan lancar dan senyap. Anda boleh memilih antara rona perak, emas atau hitam yang boleh dikontraskan dengan warna dinding anda. Tambahan pula, anda boleh memilih daripada pelbagai corak. Buih dan akrilik digunakan dalam pembinaan jam tangan ini.
Maka dengan ini, itu sahajalah jenis-jenis jenama jam yang sesuai yang boleh anda beli dan dekorasi rumah anda supaya kelihatan cantik dan menawan.
Geran tanah merujuk kepada dokumen rasmi yang dikeluarkan pejabat pendaftar tanah. Ia adalah bukti pemilikan hak ke atas sebidang tanah.
Bagi pemilik tanah ia antara dokumen yang penting untuk kita simpan dengan selamat. Tapi jangan pula kita berlebihan dalam usaha memastikan dokumen ini tidak mudah rosak.
Antaranya seperti membuat kaedah laminate geran atau laminasi geran. Tindakan ini tidak boleh dilakukan pada dokumen geran tanah.
Dalam satu hantaran di media sosial oleh seorang peguam Khalil Md Rofiee, beliau menyatakan tindakan laminas akan menyebabkan dokumen tersebut dikategorikan sebagai rosak.
Situasi selalu berlaku
Menurut beliau lima senario berikut sering terjadi membabitkan geran tanah.
1. Geran yang koyak, basah, dimakan anai-anai dan diconteng sudah dianggap rosak atau ‘total lost’.
2. Sekiranya rosak, perlu buat permohonan geran baru yang mengambil masa sebulan.
3. Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli dan urusan pusaka selepas kematian pemilik kelak.
4. Terdapat kes pusaka yang sepatutnya selesai dalam tempoh dua bulan tetapi terpaksa tangguh sehingga hampir setahun disebabkan kerosakan dokumen ini.
Apa perlu buat bila geran rosak
-Proses untuk menggantikan geran ini termasuk dalam Permohonan Hakmilik Rosak
-Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Rosak ialah Dua (2) Minggu.
-Hakmilik Rosak adalah merupakan hakmilik yang telah dianggap rosak akibat bencana atau dimakan usia atau telah di “laminate” kan.
-Permohonannya adalah sama seperti permohonan hilang dan pemohon perlu membawa hakmilik yang rosak itu ke jabatan ini untuk diproses permohonan gantian hakmilik.
Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, setiap komuniti mempunyai keunikan dan cara hidup yang tersendiri.
Salah satu yang menarik adalah mengenai tabiat orang Cina yang jarang melakukan renovasi rumah berbanding dengan komuniti lain. Adam Kelvin kongsi sebab masyarakat Cina habiskan duit dalam posting di Facebook.
Habiskan Duit Untuk Makanan & Gaya Hidup
Saya tak tau macam nak terangkan benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah.
Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, itu dah cukup. Kalau renovate pun, kami pastikan reno yang penting-penting dan amat berguna saja. Contohnya, buat table top dan kabinet dapur atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry.
Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.
Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu.
Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain.
Hiasan dalaman pun sama.
Kalau anda biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple. Jarang sangat nak deko rumah nampak mewah. Perabot mewah atau grand pun jarang ada. Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Setel!
Hiasan lampu pun sama. Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.
Tak Perlu Renovation Rumah Semata-mata
Ini yang buatkan saya pelik bila melihat kawan-kawan isteri yang beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan renovate rumah. Nak nampak mewah rumah tu.
Banyak rugi. Sebabnya nak kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.
Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, kabinet dapur ke atau extend dapur sikit.
Masyarakat kami sayang habiskan untuk renovate rumah semata-mata. Kebanyakan kami tak perlukan validation dari orang luar yang kami ada banyak duit. Orang kaya ya. Saya tak kaya lagi.
Duit mostly kami habiskan untuk pendidikan, melancong dan makan.
Orang Cina cukup suka makan dan banyak spend duit untuk nikmati makanan yang sedap dan berkualiti.
Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap. Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita.
Prinsip Orang Cina
Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyak habiskan duit untuk makanan.
Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. We dont really buy material, but we do buy experience.
Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup. Kalau setakat reno rumah, duit sampai situ saja. Kepuasan tu hanya sementara. Takkan nak duduk rumah 24 jam je kan?
Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Tapi hidup ni untuk kayakan diri dengan pengalaman supaya bila tua nanti tak jadi orang yang membosankan. Kan?
Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni.
IMPIANA : Tak perlu la nak bandingkan rumah dan ikut cara orang. Janji bahagia dan gembira.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...