Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai dekorasi ruang dalaman bilik mandi yang sentiasa bersih, cantik dan kemas.
Bagaimana jika anda mempunyai bilik mandi yang suram dan tidak lagi tampak menarik? Pastinya akan membuat anda berasa bosan dan tidak seronok untuk menikmati waktu mandian anda di rumah. Tetapi dengan adanya aksesori rekaan pemanas air mandian yang moden boleh membuatkan dekorasi bilik mandi anda tampak lebih menarik dan mewah. ‘Classy’ bak kata orang putih.
Apa kata anda pasangkan pemanas air mandian keluaran jenama Panasonic model U Series Jet Pump Water Heater ini. Apa yang menariknya mengenai pemanas air mandian ini? Lihat sahaja lah pada reka bentuk yang dimiliki pada Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini, yang sememangnya tampak moden dan begitu elegan sekali!
Jika kita lihat pada keseluruhan rekaan pemanas air mandian ini, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini memiliki struktur reka bentuk yang lebih nipis berbanding dengan pemanas air mandian jenama lain yang ada di pasaran.
Di samping itu, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini juga telah direka dengan kemasan rona hitam dan kelabu pada seluruh permukaan luaran badan pemanas air mandian. Oleh itu, sudah pasti pemanas air mandian ini akan menjadi pelengkap kepada dekorasi ruang bilik mandi anda.
Ads
Jangan ada yang tidak tahu, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini bukan sahaja telah direka dengan rekaan yang cantik semata-mata. Ia juga telah didatangkan dengan rekaan permukaan badan yang diperbuat daripada Ag+ Crystal yang berupaya untuk melindungi daripada bakteria.
Oleh itu, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini merupakan sebuah pemanas air mandian pilihan yang terbaik untuk dekorasi bilik mandi anda di rumah supaya tampak lebih menarik dan elegan.
Jadi ia amat sesuai bagi anda yang sentiasa gemarkan citarasa yang lebih moden dan bergaya.
Jangan pandang sebelah mata pada perabot yang dijual di kedai-kedai secondhand kerana jika nasib menyebelahi kita, mungkin ada “harta karun” yang sedang tunggu untuk diberikan peluang kedua. Tambahan pula, barangan dikedai sebegini biasanya amat limited dan mungkin ada satu saja yang tinggal, justeru meningkatkan lagi nilai estatiknya.
Itulah yang dilakukan pengguna Facebook Fithry Anaqi yang telah berkongsi hasil ubahsuai kerusi dengan rekabentuk retro yang tampak lusuh dan kurang menarik menjadi sebuah set kerusi yang lebih elegan. Kerusi lama yang dibelinya dari kedai perabot terpakai itu telah ditambahbaik dengan menukar cat serta kusyen yang baharu.
Kerusi yang menggamit memori lama itu telah diberi peluang kedua apabila ada yang tahu menilainya.
Batu bata hiasan ataupun decorative bricks mahupun stone verner memang cantik.
Namun bagi memastikan kesan rustik dari penggunaan batu ini ini kekal cantik, berkilat dan nampak mewah ada tip penjagaan yang perlu dilakukan. Tip ini dikongsi oleh アリフ モクタル.
Tip untuk jaga stone verneer atau decorative bricks (boleh juga facing bricks)
Gunakan Glass Finish Topcoat ini (acrylic base atau special blend untuk jenama bricks) untuk:
Naikkan warna semula jadi bata (seperti red bricks). Warna akan jadi lebih ‘deep’, ‘darker’ dan evergreen.
2. Kesan berkilat atau glossing effect. Nampak ‘mewah’ sikit.
3. Waterproofing, untuk mengelakkan air hujan/ lembapan masuk ke celah-celah rekahan grouting atau liang-liang bricks (porousities). Lapisan pertama kena sapu topcoat pada semua bahagian, liang-liang, rekahan antara bata dan grouting. Guna berus dan roller.
Water repellent effect
4. Kalis kotoran / stain proofing, untuk mengelakkan kotoran (air hujan dan tanah) yang merecik kepada bata melekat. Hanya dengan sembur air senang hilang kotorannya. Lumut pun susah nak lekat atas permukaan yang telah ‘coat’.
Beza uncoated dengan gloss coated (2 layers). Yang tak coated (tiada gloss effect) sudah berumur 4 tahun. Yang baru coated baru sebulan dinaikkan (outdoor stone table) dan terus coat.
INFO
Pastikan sapu minimum 2 lapisan dan dibuat ketika cuaca kering dan panas, minimum 30-60 minit tempoh pengeringan antara coating pertama dan coating kedua.
NOTA: Saya adalah DIY Guy, bukannya professional, cuma berkongsi apa yang saya telah buat, dan hasilnya memuaskan.
Dekorasi rumah ala Jepun yang terkenal dengan kesederhanaan dan keharmoniannya, menawarkan satu pendekatan unik terhadap reka bentuk dalaman yang menekankan keselarasan dengan alam semula jadi.
Gaya yang menggabungkan unsur minimalisme dan bahan semula jadi ini mencipta suasana yang tenang dan menyenangkan di setiap sudut rumah.
https://axxla.com/japanese-interior-design/
Dengan elemen-elemen seperti tatami, shoji dan penggunaan kayu, dekorasi rumah Jepun bukan sahaja memperindahkan setiap ruang tetapi juga mempromosikan kesejahteraan dan ketenangan jiwa.
Minimalisme dan Kesederhanaan: Dekorasi Jepun menekankan kepada penggunaan perabot yang minima dan ruang yang terbuka. Gaya ini mengelakkan keserabutan dan mengekalkan hanya barang-barang yang penting dan berfungsi.
Tatami: Lantai di rumah Jepun tradisional sering dilapisi dengan tatami iaitu tikar anyaman jerami. Tatami memberikan suasana yang tenang dan selesa lalu membolehkan ruang itu digunakan untuk pelbagai tujuan.
Shoji dan Fusuma: Dinding dan pintu gelangsar yang diperbuat daripada kertas beras (shoji) atau pintu panel yang boleh diubah suai (fusuma) sering digunakan dalam konsep dekorasi ini.Ia membantu untuk memisahkan ruang tanpa menutupnya secara sepenuhnya, membolehkan cahaya semulajadi masuk dan memberi rasa ruang yang lebih luas.
Penggunaan Kayu dan Bahan Semulajadi: Kayu, buluh, dan bahan-bahan semula jadi lain sering digunakan dalam dekorasi Jepun. Warna dan tekstur kayu mencipta suasana yang hangat dan harmoni.
Taman Dalam Rumah: Banyak rumah Jepun mempunyai taman kecil di dalam atau di sekitar rumah. Taman ini biasanya direka dengan elemen air seperti kolam atau air pancut, batu dan tumbuh-tumbuhan yang disusun secara semula jadi.
Feng Shui: Prinsip feng shui digunakan untuk memastikan aliran tenaga positif dalam rumah. Ini melibatkan susunan perabot dan elemen rumah mengikut arah dan elemen yang baik.
Ruang Tokonoma: Ruang khas dalam bilik tatami yang digunakan untuk meletakkan barang-barang seni seperti gulungan kertas lukisan atau kaligrafi dan susunan bunga (ikebana).
Perabot Rendah: Perabot dalam rumah Jepun biasanya rendah dan mendekati lantai seperti meja kopi rendah dan kusyen lantai (zabuton) yang menambah kepada suasana kesederhanaan dan keselesaan.
Cahaya Semula jadi: Penggunaan cahaya semulajadi adalah penting. Tingkap besar, pintu gelangsar dan bukaan lain membolehkan cahaya masuk ke dalam rumah serta memberikan suasana yang terang dan cerah.
Palet Warna Neutral: Warna-warna yang digunakan dalam dekorasi Jepun cenderung neutral dan lembut seperti putih, beige, coklat dan hijau. Warna-warna ini membantu mencipta suasana yang tenang dan harmoni.
Dengan menggabungkan elemen-elemen ini, dekorasi rumah ala Jepun akan dapat mencipta ruang yang damai, teratur dan selesa yang mana sekaligus memberikan sentuhan alam semula jadi dan tradisi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!